Bab 3

Drama Series 3125

~~Bab 3~~
Birthday girl
------------------------------------------------------------------------------
Hanani menuju ke dapur untuk membantu Datin Khadijah menyediakan sarapan. Memandangkan hari ini ialah hari cuti, dia ingin menenangkan minda di rumah. Lagipun, today is her birthday!

"Umi, ada apa-apa yang Hana boleh tolong?" Tanya Hanani apabila kelibat Datin Khadijah kelihatan. Datin Khadijah yang sedang menumis sambal sotong berpaling.

"Tak ada, umi boleh buat sendiri. Hana tolong kemas ruang tamu." Arah Datin Khadijah. Hanani hanya menurut. Ikatan di rambut dibetulkan. Langkah diatur ke ruang tamu.

Baru sahaja dia mahu memulakan operasi...

Ting! Tong!

Hanani mengintai di tingkap untuk melihat gerangan yang menekan lonceng itu. Izkandar! Datin Khadijah yang tadinya berada di dapur, kini sedang terkocoh-kocoh menuju ke pintu. Patutlah Datin Khadijah sudah sedia memakai tudung, ada tetamu rupa-rupanya.

"Hana pakai tudung dulu, ya?" Ujar Hanani sambil berjalan menuju ke tangga. Datin Khadijah hanya mengangguk.

Setelah sampai ke biliknya, tudung 'segera' dicapai dan disarungkan ke kepala. Tudung di kepala dibetulkan sebelum langkah diatur ke ruang tamu.

Tiada sesiapa di situ. Hanani ke dapur. Izkandar, Dato' Hisham dan Datin Khadijah sedang duduk di atas kerusi di meja makan. Hanani faham itu. Langkah diatur terus ke kerusi di sebelah Izkandar.

"Kenapa Iz datang ke sini?" Bisik Hanani kepada Izkandar.

"Umi dan ayah Hana yang jemput. Iz pun on je lah." Jawap Izkandar. Nada suaranya diperlahankan.

"Iz, baca doa makan." Arah Dato' Hisham. Izkandar membaca doa makan. Setelah selesai, nasi lemak sebagai sarapan dimakan dengan perlahan. Sampai sekarang, tak ada sesiapa pun yang wish aku! Sedihnya...

"Kenapa Hana? Tak suka Iz datang ke?" Tanya Izkandar. Dia menarik muka sedih. Hanani mengeluh. Ada juga lelaki kuat merajuk macam ni.

"Tak lah. Suka! Suka sangat! Cuma teringatkan arwah abang." Hanani tidak tipu. Memang setiap masa dia teringatkan arwah Zakwan.

"Hana sabar, ya? Umi dan ayah pun rindu arwah abang juga." Ujar Datin Khadijah. Hanani tersenyum tawar.

-------------

Sudah pukul 2 petang tetapi Izkandar masih tidak pulang ke rumahnya. Dia banyak menghabiskan masa bersama Dato' Hisham dan Datin Khadjah di bilik bacaan. Sudahlah hari ini ialah hari lahirnya, tetapi dipinggirkan saja.

"Boring ke?" Tanya Izkandar. Hanani janya mengangguk. Izkandar hanya tersenyum.

"Jom ikut saya main bowling." Ujar Izkandar. Hanani terdiam. Sejak kematian Zakwan, Hanani tidak lagi bermain bowling. Tiba-tiba hari ini Izkandar mengajaknya bermain bowling.

"Jomlah. Temankan saya." Ajak Izkandar lagi. Dia amat berharap. Jika tidak, habislah rancangan dia!

Hanani mengangguk. Sementaranya dia suka bermain bowling. Izkandar lega. Dia mengarahkan Hanani bersiap SEGERA!

Tahulah aku, sibuk je. Sama macam arwah abang. Apa-apa pun mesti kena cepat. Haih, mereka ni memang pelik!

Sejak dari tadi, Hanani hanya termenung. Hanya memerhati telatah orang-orang di situ.

Tanpa disedarinya, Izkandar sudah pun duduk di sebelahnya. Memerhati raut wajah bersih itu.

"Kenapa diam je? Tak nak main?" Tanya Izkandar. Hanani menoleh. Soalan yanh tiba-tiba je boleh ada sebelah aku.

"Tak. Tak ada mood nak main," Jawab Hanani. Izkandar tersenyum. Dia tahu, pasti Hanani teringatkan arwah Zakwan.

"Kalau macam tu, jom kita balik," Ajak Izkandar. Hanani menurut.

-------------

Hanani menjejakkan kaki ke dalam rumah. Gelap. Dia perlahan-lahan menuju ke suis lampu. Dia teringat Izkandar. Mana dia? Tadi ada kat belakang aku!

Hanani mula seram sejuk. Lantas, dia mengetik suis lampu.

"Suprise!"

Hanani terpegun. Rakan-rakan, pak cik, mak cik, saudara-maranya, ibu, ayah dan ibu bapa Izkandar turut ada di situ. Kek hari jadi di atas meja , belon-belon dan makanan yang bermacam jenis tersusun rapi. Rupa-rupanya, hari jadinya sentiasa diingati. Hanani terharu. Cuma, ada satu kekurangan. Biasanya, Zakwan akan menyanyi sambil bermain gitar. Kini, tiada. Hanani menitiskan air mata.

~I see those tears in your eyes,
I feel so helpless inside,
Oh love, there is no need to hide,
Just let me love you when your heart is tired.

Cold hands, red eyes,
Pick your bags at midnight,
They been there for week,
We don't know how can by me,
Just roll up, a ciggarette,
Just forget about this mess,
Been waiting on the sideliness,
From the sideliness.

I see those tears in your eyes,
I feel so helpless inside,
Oh love, there is no need to hide,
Just let me love you when your heart is tired.

If your ghost, pulls you up high,
And it feels like you lost who you are,
My love, there is no need to hide,
Just let me love you when your heart is tired.~

Nyanyian merdu itu terhenti. Hanani tersentak. Zakwan! Dia menangis semahu-mahunya. Hanani menoleh ke belakang. Izkandar bersama gitarnya berdiri sambil tersenyum. Jadi, dialah yang menyanyi tadi.

Datin Khadijah memeluk Hanani. Hanani memerlukan seseorang saat dia sedih. Dan, ibunya adalah orang itu.

"Umi, abang... Hana rindu abang... Dulu, abang selalu menyanyi untuk Hana. Sekarang, tak lagi," rintih Hanani dalam tangis. Datin Khadijah menahan air mata.

Izkandar menundukkan mukanya. Begitu dalam cinta Hanani kepada Zakwan. Cinta adik-beradik yang amat teguh. Izkandar terharu. Saya akan berusaha jadi pengganti terbaik sebagai Zakwan untuk awak, Hana. Saya janji!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience