Bab 4

Drama Series 3124

~~Bab 4~~
------------------------------------------------------------------------------
Langkah diatur laju ke meja kerjanya. Dia sudah lambat! Harap Encik Izkandar tidak memarahinya.

Semakin hampir dia dengan meja kerjanya, semakin jelas terlihat seorang lelaki berkot biru tua, berkemeja hijau muda dan tali leher berwarna kuning berdiri tegak di situ. Gulp! Marahkah dia? Hanani semakin laju menghayunkan kakinya.

"Awak lambat! Saya tak suka orang datang kerja lambat!" Marah Izkandar dengan suara yang tegas tetapi terkawal. Hanani menundukkan mukanya. Dia tahu, dia salah. Dia sudah lewat 1 jam 15 minit.

"Minta maaf, saya... err, saya tak sengaja," ujar Hanani. Izkandar mendekati Hanani. Kesian pula.

"Masuk office saya," arah Izkandar. Dia menuju ke pejabatnya dan disusuli dengan Hanani.

Izkandar duduk di kerusi sedangkan Hanani masih berdiri di hadapannya. Dan, masih tunduk.

"Lawak juga tengok muka bersalah awak. Lepas ni nak marah selalu lah," ujar Izkandar. Ketawa besar dia. Serta-merta Hanani mengangkat mukanya. Kurang asam jawa! Dia permainkan aku rupanya!

Hanani merenung Izkandar yang masih ketawa. Tajam. Macam nak menikam!
Izkandar yang perasan akan renungan itu, terus berhenti ketawa.

"Maaf. Saya memang suka bergurau dengan pekerja-pekerja saya. Sebab itulah tiada pekerja yang takutkan saya," ujar Izkandar. Hanani melepaskan keluhan lega. Selain marah, dia juga lega kerana Izkandar tidak memarahinya.

"Awak boleh teruskan kerja awak," arah Izkandar. Hanani hanya menurut. Jika tidak, panjang pula ceritanya nanti!

Baru sahaja dia ingin membuka pintu, "Eh, Lupa pula! Esok awak kena ikut saya pergi Cameron Highland. Ada projek kat sana. Tepat pukul 9 pagi dah ada di sini. Boleh?" pinta Izkandar.

Hanani tersentak. Kena ikut dia ni ke? Hanani memandang Izkandar dari atas ke bawah. Boleh percaya ke dia ni?

"Saya lelaki baik. Tak akan buat benda tak elok dekat awak. Kalau awak tak percaya, sudah. Tapi, saya harap awak boleh pergi. Saya perlukan PA saya di sana," ujar Izkandar.

Hanani berfikir sejenak. Ikut je lah! Lagipun, ini urusan kerja. Menyusahkan orang pula kalau tak pergi. Akhirnya, Hanani mengangguk.

"Terima kasih, baiklah, awak boleh pergi sekarang," arah Izkandar. Hanani cepat-cepat keluar.Semput dia duduk di dalam itu. Lagipun, ada banyak kerja tertangguh.

-------------

Hanani mengemaskan barang-barangnya. Dia memakai tudung bawal putih, blouse berwarna merah jambu lembut dan palazzo bitu muda. Jika pakai kain, susah pula dia hendak bergerak.

Pukul 8:30 a.m. Dia sudah bersedia! Sesudah bersarapan tadi, dia menyalami Datin Khadijah sebelum memandu keretanya ke tempat kerjanya.

Hanani memakirkan keretanya di kotak parkir. Kebetulan, sebuah kereta BMW mengambil tempat di sebelah keretanya. Hanani keluar dari keretanya. Dia tahu, kereta BMW itu ialah kereta Izkandar.

Tok! Tok! Tok!

Keadaan bunyi sesuatu dari kereta itu. Tingkap di sebelah pemandu diturunkan.

"Mari masuk! Duduk di depan," arah Izkandar. Hanani hanya menurut. Setelah mengunci keretanya, dia memasuki kereta Izkandar. Kereta itu terus memecut laju menuju ke destinasi.

Suasana ketika itu sepi. Masing-masing diam seribu bahasa. Izkandar yang bosan dengan kesepian itu, bersuara.

"Awak pernah bercinta?" Tanya Izkandar. Hanani terkejut dengan soalan yang tiba-tiba itu.

"Tak. Satu-satunya lelaki yang saya paling sayang ialah abang saya," ujar Hanani. Matanya mula berair. Tahan! Kau kuat, Hana!

"Saya tak pernah jumpa orang yang macam awak ni. Apa istimewanya Zakwan?" Tanya Izkandar. Hanani melemparkan pandangan ke luar.

"Dia segala-galanya. Dia nyawa bagi saya. Hanya ummi, dia dan ayah saja yang saya sayang. Tiada yang lain," luah Hanani. Dia tidak boleh tahan tangisannya. Dia terlalu sedih.

Izkandar tahu Hanani sedang menangis. Dia memberi ruang kepada Hanani untuk menangis. Betapa sayangnya Hanani kepada Zakwan.

Sampai sahaja di kawasan pembinaan, mereka berdua turun dari kereta. Seperti biasa, Izkandar berjumpa dengan pengurus projek itu. Hanani hanya menuruti setiap langkah Izkandar. Nasib baik dia tidak pakai kasut tumit tinggi!

Tiba-tiba, tampa disedari, ada seekor kucing liar yang mencakar kaki Izkandar. Hanani yang terkejut dengan kejadian itu lantas menghalau kucing liar itu. Walaupun takut, Hanani mencuba juga demi kebaikan semua.

"Encik ok tak ni? Macam dalam je luka tu. Tunggu sini saya ambil peti kecemasan di dalam kereta," ujar Hanani. Dengan pantas, Hanani berlari ke kereta.

Setelah itu, Hanani segera mendapatkan Izkandar yang sedang duduk di bangku. Mukanya selamba saja. Tak sakit ke?

"Encik, tak sakit ke?" Tanya Hanani. Dia mencuci luka di kaki Izkandar yang semakin banyak darah keluar itu.

Izkandar hanya mengangkat bahu. Dia memerhatikan kakinya yang dicuci oleh Hanani itu. Setelah selesai mencuci luka, Hanani menyimpan semula alat-alat yang digunakan.

"Jom kita ke klinik. Takut virus merebak pula," ajak Hanani. Izkandar menggeleng laju.

"Tak gentleman lah. Baru luka sikit nak pergi klinik. Tak payahlah. Ada banyak lagi kerja ni," tolak Izkandar. Hanani menggaru kepalanya. Degil betul dia ni!

"Nanti virus merebak, lah. Bahaya. Jom pergi klinik. Biar saya drive," ujar Hanani. Izkandar hanya menurut. Terpaksalah mengalah.

Izkandar berjalan seperti biasa. Tanpa bengkang-bengkok. Hanani pelik. Dia ni apa? Tak ada perasaan ke?

-------------

Sementara menunggu giliran, Hanani mula memecah kesunyian antara mereka berdua.

"Encik orang jenis apa? Kalau luka kecil ke, besar gedabak ke, memang tak rasa apa-apa ke?" Tanya Hanani.

"Saya tak sedar pun yang kucing liar tu cakar kaki saya. Tak payah difikirkan sangatlah. Hah, sekarang giliran kita. Jomlah," ujar Izkandar.

Setelah diperiksa oleh doktor, Hanani dipanggil oleh doktor sementara Izkandar tunggu di luar.

"Setelah diperiksa tadi, saya mendapati Encik Izkandar tidak dapat merasa kesakitan. Betul kah?" Tanya Doktor Haleem.

"Ya, memang betul. Tadi, sewaktu dicakar kucing liar itu, dia tidak sedar pun akan kejadian itu," terang Hanani. Doktor Haleem mendengar dengan teliti.

"Betullah sangkaan saya. Sebenarnya, Encik Izkandar sudah kehilangan sebahagian derianya," jelas Doktor Haleem.

"Macam ni lah, awak sebagai isteri dia tolong pantau pemakanan ubat dia pada masa yang ditentukan," ujar Doktor Haleem. Isteri? No! Doktor salah faham ni!

"Err, tak, doktor saya bukan isteri Encik Izkandar. Saya cuma setiausaha dia saja," bantah Hanani. Doktor Haleem menggaru kepalanya.

"Oh, ya ke? Maaf, saya tak tahu," ujar Doktor Haleem. Hanani hanya tersenyum.

"Jadi, boleh saya pergi sekarang?" Tanya Hanani. Doktor Haleem menggangguk. Hanani bangun dari kerusi dan terus keluar.

Kelihatan Izkandar sedang menunggu di luar. Mukanya kelihatan ceria. Entah apa yang difikirkannya.

"Boleh kita balik sekarang?" Tanya Izkandar. "Erm...boleh, tapi awak kena tunggu di dalam kereta, saya pergi ambil ubat." Ujar Hanani. Izkandar menurut. Yang penting, rancangannya perlu berjaya! Bila? Esok!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience