Prolog

Drama Series 3124

~~Prolog~~
Permulaan cerita
------------------------------------------------------------------------------
Hanani duduk di atas sofa. Penat setelah berperang di dapur masih belum hilang. Pembantu rumah yang lebih mesra dipanggil Mak Jah telah mengambil cuti untuk menguruskan kenduri di rumahnya. Jadi, dialah yang perlu memasak sepanjang ketiadaan Mak Jah.

"Boring ke?" Tanya Zakwan, abang kepada Hanani yang tiba-tiba muncul. Hanani hanya tersenyum. Zakwan sudah pun mengambil tempat di sebelahnya.

"Abang ni halimunan eh? Tiba-tiba aje ada sebelah Hana" Gurau Hanani. Zakwan ketawa kecil.

"Nak ikut abang pergi main bowling?" Tanya Zakwan. Bukan dia tidak tahu adiknya itu gemar bermain bowling. Tidah mungkin pelawaannya ditolak.

Bercahaya muka Hanani yang tadinya menayang muka letih. Lantas dianggukkan kepalanya tanda setuju.

"Good. Pergi salin baju. Cepat, tau!" Arah Zakwan. Seperti orang mengantuk disorong bantal, laju saja Hanani mendaki anak tangga menuju ke arah biliknya.

-------------

Hanani masuk ke dalam kereta abangnya. Begitu juga Zakwan. Masih terpancar sinar bahagia di muka Hanani yang telah mengalahkan Zakwan dalam pertandingan bowling yang mereka cipta sendiri tadi.

"Sukalah tu dapat kalahkan abang. Tadi tu abang bagi peluang aje." Ujar Zakwan sambil menghidupkan enjin keretanya. Kemudian, dia menggerakkan keretanya keluar dari kotak parking.

"Yelah tu. Sebelum ni asyik abang je menang . Bila Hana dah menang ni, jealous lah tu." Kata Hanani. Zakwan hanya tersenyum.

"Lepas ni kita makan kat restoran, nak?" Tanya Zakwan . Laju sahaja Hanani mengangguk. Belum sempat Hanani hendak berkata-kata, Zakwan terlebih dahulu memintas.

"Abang belanja." Ujarnya. Hanani ketawa. Memang Zakwan sudah masak dengan dirinya.

Zakwan memakirkan keretanya dihadapan restoran yang digemarinya. Hanani dan Zakwan bersama-sama keluar dari kereta.

"Alamak, handphone Hana kat dalam. Abang pergilah dulu nanti Hana datang." Ujar Hanani. Zakwan hanya mengangguk. Hanani masuk ke dalam kereta dan mengambil telefon pintarnya.

Tiba-tiba, kedengaran seperti ada sesuatu berlaku di luar. Lantas Hanani keluar dari kereta untuk melihat sendiri kejadian itu.

Seorang lelaki rebah dilanggar oleh kereta. Darah mengalir keluar dari hidung dan telinga mangsa. Lelaki yang amat dia kenal dan sayang.

Mohammad Zakwan Kareem.

"Ya Allah, dugaan apakah ini?" Tanya Hanani. Dia terduduk. Menangis. Sedih. Pilu. Hampa. Dia kini hanya mampu melihat sekujur tubuh yang kaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience