Bab 1

Drama Series 3124

~~Bab 1~~
Pertemuan pertama
------------------------------------------------------------------------------
Hanani melemparkan pandangan ke arah kolam ikan di taman mini hasil titik peluh arwah Zakwan itu. Ikan koi berenang dengan gembiranya. Bunga-bunga yang pelbagai jenis berkembang mekar. Saat rindu mula bertandang, Al-Fatihah tidak lupa disedekahkan.

"Kenapa awal sangat abang pergi? Hana sunyi tanpa abang. Abang penceria hidup Hana. Hana rindu abang." Rintih Hanani. Jiwanya kosong sejak ketiadaan insan yang selalu menceriakan dia.

Sejak tadi, gazebo yang berada di taman mini itu menjadi tempat duduknya dan berehat. Tiba-tiba, ada titisan air yang jatuh dari langit. Itu menandakan, hujan! Lantas Hanani terus berlari menuju ke pintu belakang rumah.

Hanani masuk ke dalam rumah. Dia terdengar bunyi riuh dari ruang tamu. Perlahan-lahan Hanani menuju ke ruang tamu.

Ayah Hanani, Dato' Hisham Abdullah, sedang berbual dengan rakan sekongsi perniagaannya, Dato' Haslan Arif dan seorang lelaki dalam lingkungan 30 tahun atau ke atas.

Tanpa sempat menyorok di mana-mana, Dato' Hisham terlebih dahulu memanggilnya untuk turut serta. Nasib baik dia sempat memakai tudung sebelum keluar ke taman mini.

"Hana pergi buat air dulu, ya?" Elak Hanani. Dia kurang gemar melibatkan diri dengan kawan-kawan orang tuanya yang satu itu. Dato' Hisham hanya mengangguk. Hanani terus mengatur langkah menuju ke kabinet dapur untuk membancuh minuman.

Setelah siap meletakkan satu jug kopi dan tiga biji cawan di atas dulang, perlahan-lahan dia berjalan menuju ke meja kopi di ruang tamu untuk meletakkan dulang itu ke atasnya. Selesai tugasnya, dia menuju ke tangga secepatnya. Tetapi Dato' Hisham pantas memintas.

"Nak pergi mana tu? Sini. Jangan nak lari." Arah Dato' Hisham. Hanani hanya menurut. Tersengih-sengih dia. Baru nak melepaskan diri. Tak berjaya pula.

"Hana, ini Izkandar. Panggil Iz je. Iz, ini Hanani. Panggil je Hana." Ujar Dato' Hisham. Mata Izkandar tidak lepas asyik memandang Hanani. Malu pula dia.

"Hai Hana, selamat berkenalan," Ujar Izkandar sampil menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Tetapi, Hanani tidak menyambutnya. Dia hanya senyum dan menundukkan kepalanya.

Izkandar menarik semula tangannya." Err, sorry." Kata Izkandar. Dia tersenyum menutup malunya.

" Tak apa." Pendek sahaja jawapan Hanani. Dia duduk di sebelah Dato' Hisham.

"Iz ni CEO syarikat ayah. Memandang umur Hana sudah meningkat, ayah cadangkan Hana bekerja di syarikat ayah sebagai PA Iz. Lagipun, PA Iz yang lama, dah berhenti kerja. Hana setuju?" Tanya Dato' Hisham.

Hanani yang sememangnya sudah mula rasa ingin bekerja, sudah berkata 'ya' tapi di dalam hati. Apabila melihat Izkandar yang tersengih seperti kerang busuk sejak dari tadi, dia mula rasa ragu-ragu.

"Boleh ya, Hana? Uncle nak ada orang yang bantu Iz. Senang sikit kerja yang dibuat nanti." Rayu Dato' Haslan. Hanani bingung. Jika dia tidak bersetuju, buat apa ayahnya hantar dia belajar di Queensland?

Melihat kesungguhan Dato' Hisham dan Dato' Haslan, Hanani mengalah. Dia hanya mampu mengangguk. Ketiga-tiga lelaki di ruang tamu itu lega apabila operasi merayu sudah tamat.

Dato' Hisham dan Dato' Haslan memandang satu sama lain dan mengangguk. Masing-masing ketawa kecil kemudiannya. Apa maksud semua itu hanya mereka yang tahu.

"Ayah dan uncle nak keluar kejap. Ambil angin kat taman mini. Hana berbuallah dengan Iz." Selesai berkata-kata, Dato' Hisham dan Dato' Haslan segera keluar ke taman mini.

Hanya tinggal mereka berdua. Izkandar terlebih dahulu memecah kesunyian di antara mereka.

"So welcome to our dad's company. Bila nak mula masuk kerja?" Tanya Izkandar.

"Entahlah. Belum bincang dengan ayah." Kata Hanani bersahaja sambil menjongket bahu. Izkandar tersenyum.

Kenapalah senyuman dia mengingatkan aku pada arwan abang?

"Kalau macam tu, boleh tak awak masuk kerja esok?" Tanya Izkandar. Lebih kepada mengarah sebenarnya.

"Bila masa bekerja?" Tanya Hanani tanpa menjawap soalan Izkandar tadi.

"Pukul 8 pagi sampai 6 petang. Tapi, disebabkan awak PA saya, kita mungkin balik lewat kalau ada banyak kerja atau kerja yang tertangguh.

"Kalau mula kerja esok, saya rasa okey je. Saya nak biasakan diri dekat sana."

"Jangan risau, officemate semua baik. Mesti awak suka bekerja kat office situ."

Masalahnya, bukan sebab officemate, tapi sebab kau! Cakap macam dah lama kenal pula.

"Awak tahu apa tugas PA?" Tanya Izkandar. Saja mahu menguji.

"Tahu! Kena tahu apa yang bos kena buat, ikut bos ke mana-mana dalam waktu kerja, like wife but at office." Jawap Hanani selamba.

Muka Izkandar semakin ceria. Senyuman nakal terukir. Kenapalah aku cakap macam tu? Hanani menampar mulut sendiri.

"Like wife? Nak jadi wife saya? Saya single lagi. Umur dah 30. umur awak berapa?" Tanya Izkandar.

"28." Pendek sahaja jawapan Hanani.

"Sesuailah tu! Jarak dua tahun. Lagipun saya suka orang macam awak." Ujar Izkandar.

"Jangan lari dari topik! Tadi tu, err... salah cakap je." Pandai cakap, pandailah tanggung! Padan muka aku!

Pertemuan pertama yang baik dan memalukan!

Tanpa mereka sedar, ada dua pasang mata yang memandang dari jauh dan tersenyum. Terpancar sinar bahagia pada raut wajah tua itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience