Bab 6

Drama Series 3125

~~bab 6~~
------------------------------------------------------------------------------
Hanani baring di katilnya. Memori indah pada pagi tadi masih diingatinya. Seronoknya makan angin dengan Izkandar! Sporting, macam... arwah abang. Hanani tersenyum.

Tiba-tiba, dia teringatkan sesuatu. Lantas diambil telefon pintarnya. Dibuka aplikasi Whatsapp.

Hanani: Terima kasih sebab bawa saya jalan-jalan di Cameron tadi.

Hanani tersenyum sendiri. Ucapan terima kasih sudah diberi. Lega sedikit hatinya.

Encik Izkandar: Sama-sama. Kalau nak pergi lagi cakap je. Nanti saya bawa.

Cepatnya dia balas!

Hanani: Mana pula, ya? Temerloh? Pulau Tioman? Atau, Pulau Langkawi?

Encik Izkandar: On! Boleh je!

Hanani ketawa kecil. Yelah tu! Dia me.mbalas lagi.

Hanani: Kalau saya nak pergi esok, macam mana?

Encik Izkandar: Kalau awak nak pergi semalam, semalam juga saya bawa!

Hanani: Poyo, lah! Apapun, thanks. Ok lah, saya nak tidur. Bye!

Encik Izkandar: Ok. Good night. Sweet dream!

Izkandar tersenyum. Dibukanya diari.

~~Hari yang cukup indah bagi aku. Hari bersama 'dia', Hanani Alisya. Baru terserlah, perangainya. Manja, macam budak-budak! Tapi, tetap aku suka~~

-------------

Hanani duduk di kerusi. Penat! Banyak kerja yang perlu dia lakukan. Dia melihat fail yang bertimbun. Itu semua perlu dihantar kepada Izkandar. Hananibletih. Malasnya! Namun, ia sangat penting! Hanani bangun perlahan.

Tok! Tok!

"Masuk!" Arah Izkandar yang sedang memeriksa emailnya. Hanani melangkah ke dalam pejabat Izkandar.

Matanya memandang muka ke arah Hanani. Serius. Mungkin kerana urusan kerja.

"Kenapa ada banyak sangat? Selalunya sikit je," ujar Izkandar. Hanani menundukkan muka. Sebenarnya, dia telah menerima banyak fail pada suaru masa. Dia juga pelik.

"Saya pun tak tahu. Memang sewaktu saya menerimanya, banyak macam tu," ujar Hanani. Izkandar melepaskan keluhan.

"Tak apalah, itu perkara biasa sebenarnya. Cuma, saya nak ajak awak lunch. Boleh?" Tanya Izkandar. Hanani berfikir sejenak.

"Boleh! Lagipun, saya free je," kata Hanani. Sejak 'percutian' mereka ke Cameron Highland, Hanani menjadi senang bersama Izkandar.

Izkandar tersenyum. Belum sempat dia hendak membuka mulut, pintu pejabat dikuak dari luar.

"Hai Iz! It's been long time I not see you! Owh, you seem handsome like a few year ago!" Teriak seorang gadis yang secara tiba-tiba meredah masuk.

Seorang gadis yang free hair, memakai baju ketat tanpa lengan, dan seluar ketat. Nampak bentuk badannya yang lansing itu. Makeup tebal di muka. Kasut tumit tinggi.

Natasya. Baru pulang dari luar negara. Keluarganya dan keluarga Izkandar amat rapat. Tetapi, keluarga Izkandar tidak menyukai Natasya. Seorang gadis sosial.

Keluarga Natasya sudah banyak kali memarahi dan menegurnya, namun ianya seperti mencurah air ke daun keladi. Tidak ada kesan.

"Kenapa pulak dia boleh tiba-tiba ada dekat sini? Masalah!" Kata Izkandar perlahan.

Natasya memandang Hanani sekilas. Tudung? Baju kurung? No class! Natasya menghampiri Izkandar.

"Siapa perempuan ni? Staff ypu eh?" Tanya Natasya. Tidak mungkin girlfriend Izkandar.

"Girlfriend saya. Kenapa?" Duga Izkandar. Terbeliak biji mata Natasya. No! Iz tipu!

"Tak. Tak mungkin. Budak baju kurung ni?" Tanya Natasya. Baru balik hati dah panas. Hanani juga terkejut. Tidak menyangka Izkandar akan berkata begitu.

"Saya bukan girlfriend Encik Izkandar! Saya cuma PA dia je. Tolong jangan salah faham," ujar Hanani.

Izkandar meletakkan jari di bibir sebagai isyarat untuk Hanani. Diam!

"You keluar kejap. Saya ada perkara penting nak dibincangkan. Urusan kerja," arah Izkandar. Natasya memberontak.

"Urusan kerja ini penting. Kalau saya bankrupt, awak pun lari nanti," bohong Izkandar. Natasya mencebik. Akhirnya, dihalau. Erghh...!

Natasya keluar. Dihempasnya pintu. Geram! Izkandar tertawa. Baru puas hatinya.

Matanya tertumpu pula pada Hanani. "Duduk dekat sofa tu. Ada perkara penting ," arah Izkandar. Hanani hanya merungut.

"Sebenarnya, saya ada plan," ujar Izkandar memulakan bicara. Hanani mengerutkan dahi. Plan apa? Dia ni, macam-macam lah!

"Plan untuk puaskan hati. Supaya Tasya tu tak mengganggu saya. Please, tolong saya," pinta Izkandar. Wajah kasihannya dipamerkan. Eeii, geli pulak!

"Err, boleh. Tapi sekadar tolong je. So, apa plannya?" Tanya Hanani. Berminat pula dengan cadangan itu.

"Berlakon jadi girlfriend saya," pinta Izkandar. Membulat mata Hanani. Girlfriend? Pasti banyak perkara yang tak diingini perlu dilakukan.

"Girlfriend? Err, saya undur diri dulu. Carilah orang yang lagi seksi. Sesuai sikit," tolak Hanani. Pasti dia akan ditimpa bala daripada Natasya jika dia bersetuju.

"Bolehlah... Saya nak cari siapa lagi kalau bukan awak? Awak orang yang paling dekat dengan saya," rayu Izkandar.

Errm... nak ke tak? Fikir dulu lah...

"Bolehlah... saya merayu ni," pinta Izkandar lagi. Takpe kot... Dia kan dah bawa aku makan angin kat Cameron semalam.

"Okay, saya setuju . Deal," ujar Hanani. Lega hati Izkandar. Perbincangan diteruskan. Harapnya plan ini dapat menjauhkan Natasya dari aku dan menambahkan kemesraan aku dengan Hanani!

-------------

Hanani dan Izkandar berjalan seiring menuju ke restoran makanan barat. Mereka mahu makan tengahari western.

"Awak nak apa?" Tanya Izkandar. Hanani meneliti menu yang ada. Macam sedap-sedap!

"Bagi saya lamb chop dan orange juice. Encik?" Tanya Hanani. Pelayan yang sedang menulis pesanan kemudiannya memandang ke arah Izkandar.

"Sama dengan dia lah," ujar Izkandar. Hanani melihat Izkandar yang melilau anak matanya selepas pelayan itu beredar. Cari siapa?

"Encik cari siapa?" Tanya Hanani. Peliklah dia ni. Tidak pernah Izkandar berkelakuan begitu.

"Selalunya Tasya lunch dekat sini. Kalau dia datang, kita berlakonlah jadi couple yang mesra!" Ujar Izkandar. Hanani mengeluh. Harapnya Natasya tiada. Jika tidak, dialah yang penat nanti.

"Dia datang! Cepat, berbual," ujar Izkandar. Hanani melihat Izkandar yang mengelabah. Keluarkan handphone dan buka video.

"Hahaha! Lawaknya! Gila lah orang ni! Hahaha!" Ketawa Hanani selepas menonton video lawak itu. Izkandar melihatnya juga. Hahaha! Lawaklah! Masing-masing ketawa.

Natasya memandang geram. Jagalah kau, perempuan! Natasya membawa minuman.

"Hai, Iz! Gembira nampak! Happy to see me, I guess?" Duga Natasya. Nak termuntah! Izkandar hanya tersenyum.

"Kenalkan. This is my girlfriend. Darling. this is Tasya. She is my friend when we study at the same place," ujar Izkandar.

"What? Girlfriend? No! She say that she not your girlfriend! You're mine!" Marah Natasya. Hanani tidak melayan. Lantaklah kau! Biarlah Izkandar sahaja yang melayan.

Makanan tiba. Hanani mengambil makanannya. Begitu juga Izkandar.

"Dia saja je cakap macam tu. Sebenarnya, dah setahun kitorang couple. Ypunje yang ketinggalan zaman ," ujar Izkandar. Panas hati Natasya.

Tanpa ragu-ragu, minuman yang dipegangnya dituang ke atas kepala Hanani. Sejuk! Izkandar terkejut dengan tindakkan berani itu.

"Hana! Tasya! Saya dah layan awak elok-elok, apa lagi yang awak tak puas hati?" Tanya Izkandar. Hanani geram. Berani betul perempuan ni! 'Huh! Tu baru sikit, perempuan!' Ujar Natasya di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience