Bab 1 Kelakuan Yang Nakal

Adventure Completed 364

Pada tanggal 27 Disember 2006, ramai nian manusia menunggu masuknya tahun baru, 2007. Tetapi, pasangan suami isteri ini menunggu kelahiran anak sulung mereka. Mereka berdua tidak kisah akan tahun baru yang bakal menjelang kerana mereka menantikan kedatangan insan baharu dalam keluarga mereka. Persediaan menyambut bayi itu telah dijalankan dengan rapi.

Pada malam itu, bayi yang ditunggu-tunggu telah bersedia untuk dilahirkan. Malangnya, bayi itu dilahirkan dalam keadaan yang senyap tanpa sebarang tangisan pun. Ibu dan ayahnya berasa sedih kerana anak mereka yang baru dilahirkan sudah tidak bernyawa.

Doktor cuba untuk menyelamatkan bayi itu. Selama 30 minit doktor mencuba untuk menepuk di bahagian belakang bayi itu. Alhamdulillah, kedengaran tangisan bayi yang tadinya telah berhenti degupan jantungnya. Kuasa tuhan memang tak dapat dinafikan.

Lahirnya bayi itu dalam keadaan yang pelik kerana tubuhnya berwaran biru bak lautan. Kemudian diazankannya di tepi telinga oleh ayahanda. Berubah kembali tubuh itu ke normal semula. Walaubagaimanapun, bayi itu mungkin mempunyai masalah untuk bergaul dan berbaik dengan orang lain. Lalu, dinamakan bayi itu Muhammad Adam kerana merupakan putera sulung.

Membesarkannya merupakan tugas yang agak menyenangkan kerana dia merupakan kanak kanak yang cepat belajar. Tetapi, dia seorang yang itu nakal. Dia selalu mengenakan prank dan mengusik rakan rakannya.

Masuknya tahun 2013, Adam memasuki sekolah rendah. Dia menjadi abang besar dalam darjahnya. Semua pelajar tahun 1 takut akannya.
Dia mempunyai seorang rakan kongsi yang bernama Zamid.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience