Bab 7 Negeri Malaysia

Adventure Completed 364

Subuh itu, solat subuh berjemaah yang diimamkan oleh Panglima Suleiman. Sesudah solat, mereka berkumpul di dataran. Panglima Suleiman dinobatkan sebagai Sultan ke-9 Underasia. Sultan Suleiman meminta semua tentera untuk berkumpul di hadapan Tembok. Formasi peperangan yang disusun oleh Sultan Suleiman amat strategik kerana dia meletakkan 1 unit di satu arah mata angin. Lalu, dibinanya benteng yang terdiri daripada unit Pembina Negeri. Unit Pembina Negeri mempunyai badan yang kuat dan sasa.


Sultan juga mengarahkan ketua setiap unit supaya berada di hadapan skuad kerana mereka lebih cekap untuk menyerang. Persiapan telah disusun rapi. Mereka menunggu serangan penceroboh yang bernama Rimau Hitam itu.


Penceroboh itu mempunyai rancangan jahat yang tersendiri. Sultan terlepas pandang dimana tidak ada lagi tentera di dalam negeri. Jadi, penjahat menggunakan kesempatan ini untuk mengebom serta menyerang di bahagian dalam. Tapi, kebijaksanaan sultan melebihi rancangannya. Baginda menyuruh supaya separuh tentera yang berada di bahagian kanan negeri untuk menyerbu penjahat di dalam Underasia. Kemudian, separuh lagi tentera di bahagian kiri mula memenuhi kawasan di bahagian kanan. Jadi, pertahanan di bahagian tembok kekal kukuh semula.


Dengan bantuan ilahi, Underasia memenangi peperangan ini. Walaubagaimanapun, 75 peratus daripada rakyat Underasia terkorban. Damon terselamat daripada kematian. Permaisuri mengadakan sebuah lagi perhimpunan. Dalam teks ucapannya, dia menyuruh supaya rakyat membangunkan semula negara yang tercinta dan menamakan perang ini sebagai Perang 2 Daratan.


Malangnya, rakyat tidak bersetuju. Mereka memilih untuk berpindah ke permukaan bagi melanjutkan kehidupan. Permaisuri terpaksa mengikut. Baginda mengetuai penghijrahan rakyat Underasia ke permukaan. Mereka juga membawa sekali khazanah negara mereka iaitu hardonium dan memberikannya kepada kerajaan Malaysia. Underasia diambil menjadi negeri dalam Malaysia. Kerajaan Malaysia membangunkan negara mereka menggunakan logam hardonium.


Kini tahun 2039, Damon mula menyedari kesalahannya yang lampau. Dia pulang ke rumah ibunya untuk memohon maaf. Damon kini lebih suka disapa dengan nama Adam. Dalam masa yang sama, Sultan Suleiman masih lagi menjadi sultan negeri Underasia. Kini, sisa rakyat Underasia menjalani hidup bawah naungan pemerintahan kerajaan Malaysia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience