Bab 3 Baik Hati

Adventure Completed 364

Damon tiada arah tuju. Dia pergi bermalam di kaki lima. Kemudian dia berjumpa dengan seorang mak cik yang berumur seperti 40-an yang bernama Midah. Mak cik itu memberikan Damon makanan. Damon tinggal di kaki lima dengan ditanggung makan minumnya oleh Mak Midah. Mak Midah amat mengasihaninya kerana dia baru berumur 13 tahun.

Pada suatu pagi, Damon bangun daripada tidurnya pada pukul 6 pagi. Dia tidak melihat Mak Midah. Kemudian, dia menunggu hingga Mak kembali. Selepas 1 jam menunggu, Mak Midah datang membawa makanan kepada Damon. Dia menanyakan kepada Mak Midah kemana Mak Midah pergi sejak 1 jam tadi. Mak Midah memberitahu bahawa dia ke surau untuk menunaikan solat subuh. Damon terkesan dengan kata kata Mak Midah itu. Dia mula menunaikan solat kerana dia berniat untuk bertaubat.


Keesokan harinya, dia mengikut Mak Midah ke masjid untuk menunaikan solat berjemaah. Sejurus lepas itu, mereka ke kedai untuk bersarapan. Mereka akan melakukan kerja seperti mengutip bahan untuk dikitar semula selepas bersarapan. Selepas penat bekerja, mereka akan menunaikan solat zohor. Kemudian, mereka akan makan tengahari di Warung Salim. Mak Midah yang baik itu selalu membayar harga makanan yang dimakan oleh mereka berdua. Damon amat bersyukur kerana Mak Midah menjaga dan melayaninya seperti anak kandungnya sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience