Bab 4 Mana Mak Midah?

Adventure Completed 364

Bangunnya Si Damon pada suatu pagi untuk menunaikan solat subuh, dia tidak dapat melihat Mak Midah di tepinya. Dia berfikir mungkin Mak Midah telah ke masjid terlebih dahulu sebelumnya. Dia pun menuju ke masjid. Sesudah selesai solat, dia menunggu Mak Midah di pintu pagar masjid. Tetapi, Mak Midah tetap tak kelihatan. Dia pun pulang ke kaki lima untuk mencari Mak Midah.


Sesampainya dia disitu, dia melihat sekotak hadiah yang berbalut cantik. Diatas kotak itu tertulis"Dari Mak Midah untuk Adam". Dia terkejut kerana dia tidak pernah memberitahu Mak Midah nama sebenarnya. Dia pun membuka kotak itu. Di dalam kotak itu terdapat selembar peta yang menuju ke sebuah tempat yang pelik. Tempat itu bernama Underasia. Dia merasakan bahawa Mak Midah telah meninggalkannya. Dia pun sambung melakukan rutin hariannya.


Selepas penat bekerja dia pun berehat di atas sebuah kerusi kayu. Dia masih memikirkan tentang tempat yang bernama Underasia itu. Kemudian dia sambung bekerja. Hari ini, seorang tauke restoran meminta tolong supaya mencuci pinggan mangkuk. Damon gembira kerana tauke itu menjanjikan RM100 jika dia bekerja dengan baik.


Selepas tamat bekerja kira kira pukul 7.30 malam, tauke restoran yang baik itu memberikannya RM120 kerana bekerja dengan baik. Tauke itu juga memberikannya makan malam. Damon berterima kasih kepada tauke itu. Sejurus selepas makan malam, dia ke masjid untuk menunaikan solat fardhu maghrib.


Pada malam itu, tempat yang bernama Underasia masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia kemudiannya terlelap. Dia bermimpi Mak Midah yang meninggalkannya itu memanggilnya. Mak Midah menunjukkan sebuah tempat yang canggih dan diluar daripada dunia manusia. Tempat itu kelihatan sangat luas dan teknologinya melangkaui pemikiran manusia. Udara di tempat itu segar dan bebas pencemaran.


Apabila Damon tersedar daripada mimpi indahnya, dia sudah tidak tidur di kaki lima tetapi di atas sebuah katil empuk dan luas. Pakaiannya sudah tidak koyak rabak tetapi pakaian kapas yang sejuk seperti awan. Dia tertanya-tanya dimanakah dia berada sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience