Bab 6 Benteng

Adventure Completed 364

Beberapa tahun berlalu, Damon memulakan kerjanya sebagai Pelindung Negeri sejurus selepas perbarisan seperti biasa. Unitnya perlu berdiri di atas Tembok Ahmad Suleiman yang didirikan oleh Sultan Ahmad Suleiman yang merupakan pengasas Underasia. Unit Pelindung Negeri mesti mempunyai mata yang tajam seperti helang kerana keselamatan negeri bergantung kepada mereka.


Perisai mereka yang dipenuhi oleh hardonium itu amat kebal dan sesuai untuk dijadikan pertahanan. Ketua unit itu, Panglima Danial berperanan untuk mengawal unit itu dalam mempertahankan negeri.


Tiba tiba, mereka mendengar bunyi mesin penggerudi menggerudi dari permukaan. Sehubungan itu, Panglima Danial mengarahkan unitnya untuk bersedia untuk menyerang. Ternyata, mesin penggerudi itu merupakan mesin yang dilengkapi dan dipenuhi dengan senjata nuklear. Tanpa membuang masa, unit Panglima Danial terus menyerang mesin itu. Mesin itu cuba menembusi Tembok Ahmad Suleiman tetapi tembok itu kekal kukuh. Semua orang yang berada dalam mesin itu mula menyerang menggunakan senjata api. Unit ini kemudiannya mendapat bantuan daripada unit Penyerang Kerajaan. Unit yang diketuai oleh Panglima Musa ini ternyata memberikan kekuatan kepada pertahanan Underasia. Mereka menyerang penceroboh didalam mesin yang sebesar 2 kereta kebal itu menggunakan pedang hardonium dan anak panah harbonium. Penceroboh itu pun menyerah diri lalu pulang ke permukaan. Penceroboh itu tidak dapat mengalahkan pasukan Underasia.


Pada malam itu, sekumpulan penceroboh telah mengebom permukaan bagi memudahkan mereka memasuki sempadan Underasia. Pada malam yang sama, Permaisuri Underasia mengarahkan rakyat untuk berkumpul. Dia ingin menjalankan persiapan peperangan yang akan diketuai oleh Panglima Suleiman. Damon yang ketika itu baru berumur 20 tahun turut menyertai persiapan itu. Perisai yang digunakan telah dikemaskini menggunakan teknologi sebatian hardonium dan vibranium dari Wakanda. Persiapan dijalankan hingga ke subuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience