Bab 2 Tragis

Adventure Completed 364

Tahun 2014 dan 2018, 2 tahun yang amat tragis. Hal ini kerana bapa Adam mengalami kemalangan pada bulan Jun yang mengakibatkan dia hilang ingatan. Ibunya terpaksa untuk menanggung keperluan keluarga.

Adam berasa tertekan. Dia melepaskan tekanannya dengan membuli murid yang tak bersalah. Tapi, Adam merupakan seorang yang licik. Guru guru tidak tahu akan kegiatan membuli yang dilakukan oleh Adam.

Sudah jatuh ditimpa tangga, bapa Adam meninggal 5 tahun selepas kemalangan. Adam bertambah tertekan. Dia menjadi lebih nakal. Dia sudah mula melakukan kes kes disiplin seperti ponteng sekolah, merokok dan banyak lagi. Di atas kelicikannya, tiada siapa pun yang tahu kegiatan yang dilakukan oleh Adam dan Zamid.

Zamid menggelar Adam dengan nama Damon kerana dia pandai untuk melepaskan diri daripada masalah.

"2 bulan lagi nak UPSR. Kau tak nak berhentikah?" tanya Zamid kepada Damon. "UPSR ja. Tak ada apalah. Pandai pandailah aku setel" jawab Damon dengan bongkak. Dua minggu sebelum UPSR, Zamid memutuskan persahabatannya dengan Damon kerana Zamid telah nekad untuk tidak melakukan masalah disiplin lagi.


Pada minggu UPSR dijalankan, semua murid tahun 6 menjawab kesemua kertas peperiksan dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan Damon.


Hari yang ditunggu telah tiba, semua murid tahun 6 mengambil keputusan peperiksaan. Zamid bersyukur kerana dia mendapat 6A dalam ujian itu. Damon berasa biasa sahaja kerana dia hanya mendapat 4C,1D dan 1E dalam ujian itu.


Ibunya terus membantai Damon yang mendapat keputusan yang teruk itu. Lalu disebabkan tekanan, ibunya menghalau Damon keluar dari rumah. Damon pun terpaksa melarikan diri daripada ibunya yang sedang naik darah itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience