Bab 5 Underasia?

Adventure Completed 364

Selepas dia tersedar, datang 2 orang lelaki membawa makanan. Damon pun bertanya"Siapa awak ini? Saya berada di mana?". Salah seorang daripada lelaki itu berkata" Tuan hamba berada di kerajaan kami, Negeri Underasia". Fikiran Damon tersentak seketika. Nama tempat ini sama seperti nama tempat di dalam peta yang diberikan oleh Mak Midah tempoh hari. Kemudian seorang lagi lelaki berkata bahawa negeri mereka mempunyai tamadun lebih maju 100 tahun daripada tamadun rom. Underasia merupakan negara yang didirikan dibawah tanah dengan majoriti agama ialah Islam. Negara mereka tidak diketahui keberadaannya oleh orang orang atas.


"Bagaimanakah saya boleh berada di sini?"tanya Damon kepada lelaki lelaki itu. Kemudian mereka menjawab bahawa Damon dibawa oleh Pembantu Permaisuri yang diarahkan oleh permaisuri. Mereka membawa Damon ke ruangan mandi lelaki. Setelah selesai mandi, Damon meminta kepada 2 orang lelaki itu untuk dia bekerja di Underasia. Mereka berdua menawarkan pekerjaan Pelindung Negeri. Pekerjaan Pelindung Negeri ialah pekerjaan di mana pekerja perlu memastikan keberadaan Underasia tidak diketahui oleh orang-orang atas. Pekerja ini akan dibekalkan sebatang tombak dan perisai yang dihasilkan oleh logam hardonium. Logam hardonium ialah logam yang boleh bertahan dengan apa apa serangan sekalipun termasuklah panahan petir dan libasan pedang samurai. Damon pun bersetuju untuk menjadi Pelindung Negeri.


Apabila Damon keluar sahaja daripada rumah yang dihasilkan oleh Pembina Negeri, dia melihat sebuah negeri yang canggih dan maju di mana melebihi jangkauannya. Dia berasa takjub dan teruja apabila melihat negeri itu. Dia dibawa ke istana untuk dibekalkan senjata. Keterujaannya bertambah apabila perisai badan dan senjatanya dijelmakan melalui teknologi nano yang sangat gempak.


Setelah selesai bersiap, dia dibawa ke dataran untuk berbaris bersama sama dengan pekerja kerajaan yang lain. Permaisuri akan memberikan tugasan secara langsung di dataran perbarisan. Sementara menunggu kedatangan permaisuri, mereka akan berbaris dalam keadaan yang berdisiplin. Bunyi gendang akan dibunyikan sebaik sahaja permaisuri tiba. Alangkah terkejutnya Damon apabila melihat Mak Midah merupakan permaisuri bagi negeri yang terlindung ini. Selepas sahaja tamat perbarisan, semua unit perlu bergerak ke tempat yang ditetapkan. Jam bergerak dengan pantas, semua pekerja pekerja kerajaan dikumpulkan di dataran sebaik sahaja tamat waktu bekerja. Setipa seorang akan mendapat 100 keping wang hg. Hg ialah singkatan bagi hardogold yang merupakan mata wang Underasia. Hg merupakan sebatian hardonium dan emas perut bumi. 1keping hg bersamaan dengan RM100.


Selepas tamat bekerja, Damon pulang ke rumah. Dia amat gembira kerana mendapat wang yang banyak pada hari itu. Dia melakukan aktiviti kendiri lalu dia tertidur di atas katilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience