BAB 2

Romance Completed 3679

“ada-ada je la kamu ni”

Aku kembali menatap laptopku. Aku memerlukan teman bicara sekarang. Setelah beberapa saat aku tenung laptop dengan mata yang berair, akhirnya aku melepaskan kesedihanku kepada Airil. Gila kan? aku tak kenal pun siapa sebenanya Airil. Dia bukan kawan aku, aku cuma mengenalinya melalui temanku yang tidak berhenti bercakap mengenainya. Tak pe lah, bukan ramai yang tahu aku pernah berpasangan dengan Zikri. Hanya teman rapatku sahaja yang tahu, lagipun, aku tak buka siapa sebenarnya ‘Zikri’ semasa berchatting dengan Airil. Kiranya.. aku selamat lah kot..

KAKIKU melangkah perlahan. Kepalaku ditundukan. Mata aku buat hal pula. Time macam ni lah kau nak bengkak kan? mana tidaknya, menangis sakan sebab diputuskan oleh monyet itu. tubuhku seperti melayang. Waduh! Aku langgar apa tadi? Sakitnya.. mataku tertacap kepada insan dihadapanku.

“eh, kau ni zura kan?” tegur Airil. Aku mengangguk cuma. Dengan susah payah aku berdiri. Airil menghulurkan tangan tapi tidah disambut olehku.

“wei, minta maaf kau mana?” marahku.

“sorry lah.. aku tak senga….” Percakapan Airil terberhenti seketika. Mukaku di tatap. “kau menangis ke? bengkak mata kau ni teruk. Kau kenapa? Fasil beruk tu lagi ke? muka dah macam Pontianak dah aku tengok..”

Fail ditangan aku angkat menghentam kepalanya. Hamik kau. ada pulak boleh komen macam macam kan? Padan muka. Aku melangkah meninggalkannya setelah melihat zikri menghapiri kami. Aku menoleh ke belakang. Eh, zikri dengan Airil rapat? Sejak bila? Malas lah nak fikir, masuk kelas lagi baik.

“eh zura, kau kenapa?” Tanya Syira. Dengan sekelip mata, seluruh geng aku berkumpul mengelilingi ku.

“aku dah putus dengan Zikri” senada aku menjawab. Buku kimia aku buka.

“la.. kenapa? Mak kau dah tahu ke sebab tu kau putus? Mak kau dengan mak zikri kan musuh ketat” pisha bersuara.

“tak la.. dia yang putuskan aku. Sebabnya tak dimaklumkan. Dah la.. benda dah berlalu. Benda kemudian akan muncul. Aku nak study sikit sebelum cikgu masuk.” Aku menjawab tanpa segaris senyuman pun. Muka teman temanku kelihatan tegang. Kalau aku tak senyum nanti diaorang risau pula. Aku menayangkan senyuman plastik ku.. aku kan drama queen.

“kauorang nak tahu tak? Airil… aku rasa.. aku dah suka kat dia la. Dia caring sangat.. dah lah handsome, macho, caring, baik.. tergoda aku” aku mempamirkan riak gedik. Takpe lah bohong sunat. Tak nak kawan aku risau. Tak sampai tiga saat aku cakap, suara langau berbunyi. Dah aku agak. Aku tersenyum. Pisha, humairah dan izzati telah kembali ke tampat masing-masing. Syira menatap wajahku.

“Zura, kau mungkin boleh bohong diaorang, tapi kau tak boleh bohong aku. Aku kenal kau. kau tengah sakit sangat kan?” tutur Syira perlahan. Aku hanya menangguk. Jemariku digenggam erat oleh Syira. Aku tahu maksudnya ‘ambil kekuatan aku untuk kau berdiri. Aku akan sentiasa disisi kau.. ’.. aku membalas kembali. terima kasih Syira.

HAMPIR sebulan setengah aku melayani telatah Airil melalui ruangan saya. Seronoknya aku rasa. Aku dah dapat lupakan Zikri. Airil tidak pernah jemu untuk membuatku tersenyum kembali. aku bersyukur mempunyai sahabat se‘gila’ Airil. Otak kami sama sahaja. Dia lontar bom atom, aku lontar nuclear.

“ZURA! jauh awak mengelamun ye. Saya tahu la SPM lama lagi kan. sekarang ni baru bulan tiga. Tapi jangan la hilang tumpuan. Terangkan semula apa tu potential difference” Cikgu zarina bersuara mematikan lamunanku. Lambat-lambat aku berdiri. Garu kepala kejap. Ala.. semalam baru belajar kat tempat tuisyen. Pejam mata.. sebut semua apa yang cikgu tuisyen cakap malam tadi. Ingat apa yang kau hafal malam tadi.

“ha! Energy transferred per unit change moved between two points. Potential difference is also defined as the work done when one coulomb of charge is move from one point to another point with difference electrical potentials. Arrr..err… yang lain saya tak ingat lah cikgu…”

KRINGGG!!!! Yes! Masa dah tamat. Nak balik rumah!

“YEY! Masa dah habis!” aku bersorak riang. Cikgu Zarina hanya menggeleng melihat telatahku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience