BAB 1

Romance Completed 3676

Seekor kuda berwarna putih datang menghampiriku. aku tersenyum melihat jejaka yang duduk elok di atas kuda tersebut. Perlahan-lahan jejaka tersebut turun dari kuda lalu berjalan mendekati tubuhku. Jemariku dielus lembut. Jejaka itu melutut di hadapanku dan menghulurkan bunga ros merah kepadaku. Aku tersenyum senang. Menitis air mataku. Akhirnya! Kisah aku dan si jejaka lebih indah dari dongeng orang putih.. ini bukan mimpi, ini kenyataan. Si jejaka memimpin tanganku untuk bersamanya menunggang kuda. Wa.. manisnya! Tambah garam sikit.. huhu. Pinggangku dipegang kemas lalu menangkat tubuhku yang bergaun putih untuk menaiki kuda kesayangannya.

AAAAHHHHHH!!!!!! GEDEBUKKKK!!!!!

Tiba-tiba tubuhku terasa sakit. Malunya aku! Takut pulak nak buka mata. Tapi kalau tak buka, si jejaka kacak mengalahkan kekacakkan muka Juslin Bebal tu mesti ingat aku dah meninggal. Mataku yang terpejam erat ku buka perlahan-lahan. Terdengar sayup-sayup suara memanggil… zura… zura…

“ZURA!!! ya Allah. Apa nak jadi budak ni?” mukaku berkerut. Aik? Suara minah mana pula ni?

“ZURA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” automatik mataku terbuka luas. Aku di mana ni?

“zura! kau ni, dah besar panjang pun boleh jatuh katil lagi. Apa nak jadi dengan kau ni hah? Selagi mak tak menjerit, selagi tu lah kau tak bangun kan? Jatuh katil pun boleh tersengih-sengih macam anak kambing. Dah pukul 6.40 ni. Kau bangun pergi sembahnyang subuh sana.” Bebel lagi. Ha.. nilah mak aku. Nama dia Zurin. Kalau dah membebel, taik telinga keras macam ais berg pun boleh cair akibat penangannya. Ala.. tadi mimpi ke? dah cun je nak naik kuda tu, boleh pulak terjatuh bagai. Ingatkan aku boleh kalahkan kisah Cinderella, tapi tak jugak. Mimpi rupanya… Benci nya!!

Aku lantas bangun. Kakiku melangkah malas ke bilik air. “mak ni kan, ada pula nak samakan zura dengan anak kambing. Kalaulah zura anak kambing, mak tu? Mak kambing ke? emmbbeeekkkk” sempat lagi nak bergurau. Tiba-tiba..

TAP!!! Aduh.. sakitnya!

“padan muka kau. tu la, mak cakap sepatah kau menjawab. Kan dah kena. Balasan tu namanya” Emakku mentertawakan aku kuat. Benangnya! Kau ni pun satu lah pintu. Apasal kau ada kat sini? Menyemak je. Tak fasal-fasal aku digelakkan oleh mak tau.

Usai menunaikan kewajipanku sebagai umat islam, aku pun dengan senang hati membuka laman ruang saya. Wa… ada kawan baru. Siapa ni ek? Approve je la. Seperti biasa, rutinku, buka profile picture. Menilau melihat gambar tuan punya page. AIRIL? Pelajar top sekolah add aku sebagai kawannya. Hmm.. lantak la. Aku pun dah ada monyet. Eh, bukan. Cinta monyet. Monyet lah sangatkan? Yang monyet Zikri, bukan aku. The princess and the monkey. Zikri kalau tahu aku kutuk dia, habis aku. Sia-sia usia remajaku berhubungan dengannya.

“hah kak, kau berangan apa lagi tu? Kau buat silent killer ke kak?” lancang mulut mak joyah ni bercakap. Aku tampar bertubi-tubi nanti baru tahu. Bisu kau aku kerjakan. Kotak tisu disebelah aku capai lantas, cepat dan tangkas aku campak ke adikku yang bernama Zita a.k.a mak joyah.

“tak la, aku mimpi nombor ekor. 7851. First price. Sibuk lah kau ni. Pergi study sana! Kau nak UPSR tahun ni. Sedarlah diri tu sikit ye.” Telefon bimbit milikku berdering tepat waktu. Malas aku nak bertikam lidah dengan adik kesayanganku itu. sejap lagi adik aku tu mesti cakap ‘kau tak sedar ke kau nak SPM?’ Eh.. zikri la.. aku mejelirkan lidah pada adikku lantas berlalu masuk toilet. Tak mahu kantoi. Mulut si joyah ni bukan boleh percaya.

“HAH!!! PUTUS TAPI KENAPA???!!!” terbang semua suara ayu aku. Keluar suara jantan.. Sedihnya aku. Penat aku setia tapi dia tinggalkan aku? Benci!

“Zura.. apa yang putus?” soal mak dari luar.

“urat kentut putus mak..” cover line. Kalau mak aku tahu, mati aku kelaparan sebulan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience