BAB 5

Romance Completed 3676

Setibanya di hospital, Airil dimasukkan ke wad kecemasan. Hatiku di buru rasa cemas. Ya Allah, selamatkan dia. Pemandu van telahpun menghantar pelajar-pelajar lain kerumah setelah memberitahu keadaan Zikri kepada keluarga. Oleh kerana Zikri tidak mampu untuk bercakap, aku terpaksa memberitahu keadaan yang berlaku kepada keluarganya. Setelah lama menunggu, akhirnya pintu kecemasan terbuka.

“doktor, macam mana dengan keadaan kawan saya?” soalku.

“kawan kamu masih tak sedarkan diri. Dia kehilangan banyak darah. Darah yang ada di sini tidak mencukupi. Darah yang diperlukan darah O negative, agak sukar untuk kami mengatasinya.”

“doktor ambil lah darah saya. Darah saya O negative”

“kamu harus mendapat persetujuaan ibu bapa.” Kakiku longlai setelah mendengar kata-kata dari doktor itu. Lututku jatuh menyembam bumi. Syafiqah membantuku untuk kembali berdiri.

“doktor, kawan saya tengah bertarung nyawa kat dalam tu. Saya tak akan duduk sini berpeluk tubuh saja.” Protesku.

“tapi….”

“Doktor tolong.. saya merayu. Saya tak nak sebab darah ni dia pergi” aku merayu.

“baiklah kalau bergitu”

Setelah darahku diambil, Aku melangkahkan kaki ke wad yang meletakkan Airil dan Zikri ditempatkan. Aku mengambil tempat duduk disisi Airil. Zikri hanya menjadi penonton. Tangannya ku capai. “Airil, aku tahu kau benci aku, tapi aku mohon, sedarlah.. aku sayang kau, jangan tinggalkan aku. Nanti siapa lagi nak buat aku senyum bila aku teringatkan monyet tu. Bangunlah…” aku merayu perlahan. Kepalaku dilentokkan di atas bahunya. Mata semakin layu. Mana keluarga Zikri ni? Pandanganku semakin kabur…. Kabur… dan kabur…

Umbun-umbunku terasa dibelai lembut. Lambat-lambat aku membuka mata. Airil? Tak mungkin. Dia belum sedar pun lagi. Tatkala aku bermain teka teki, riuh suara keluarga Zikri kedengaran.

Aku terus berdiri. “zik, call keluarga Airil. Aku nak balik” suruh ku. Zikri hanya mengikut.

“Zura.. saya…” zikri ingin berkata sesuatu.

“aku tak nak dengar kau cakap apa-apa” pintasku. Aku melangkah ke luar dari wad itu. Tangan Syafiqah aku capai. Aku melangkah ke dalam kereta milik abang Syafiqa. Jangan terkejut, aku dengan keluarga Syafiqa memang rapat dari kecil.

PEPERIKSAAN SPM telahpun tamat. Alhamdulillah. Aku menghembuskan nafas lega setelah menjawab kertas Lukisan Kejuruteraan. Perjumpaan kali terakhir akan dilangsungkan pada malam ini. Tepat jam 8.00 malam, aku berdiri dihadapan cermin. Gaun labuh barwarna hitam disulami corak abstrak bewarna pink dan biru menyerikan lagi diriku pada malam mini. Rambut panjang ikalku yang melepasi paras pinggang aku biarkan tanpa berikat. Penyepit reben pink ku kepilkan ke bahagian kiri. Gincu berwarna pink ku capai. Pembayang mata kombinasi pink dan hitam aku letakkan di kelopak mata. Pertama kali aku pakai makeup. Not bad.

Kakiku lambat melangkah masuk ke dewan. Aku antara manusia yang paling lambat hadir. Syira yang anggun bergaun putih merapatiku.

“comelnya kau” Syira memuji.

“aku memang dari dulu comel. Baru peraasan ke?” soalku.

“ha’ah, aku baru perasan rupanya kawan aku ni terlalu kuat perasan.”

“kurang ajaq.” Aku mencubit pinggang Syira. Tanpa disedari, kelakuan kami menjadi bahan tontonan umum. Aku dan Syira tersenyum kambing, aku terus mengambil tempat duduk di sebelah Syira dimana Pisha, humaira, Izati, Hidayah dan Cikin. Gurauan dan teletah kami cukup menggamat suasana.

Sedang aku leka mencampurkan sup di dalam air sirap milik Hidayah, aku bagaikan kaku mendengar tepak kaki yang berderap naik ke atas pentas. Aku memalingkan muka dibelakang. Terpaku melihat orang di atas pentas.

“Assalamualaikum. Disini saya ingin memohon maaf kepada seseorang yang mengajar saya erti kehidupan sebenar. Saya salah sebab tuduh dia melulu tanpa mengenal siapa dia yang sebenar. Zura.. maafkan aku..” Anak mata Airil bertembung denganku. Aku melarikan pandangan seraya memejam mata. Petikan gitar menjadi halwa telinga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience