BAB 3

Romance Completed 3676

“terima kasih cikgu..” Syira mengucap terima kasih dan disusuli rakan sekelas. Syira.. kau memang memahamiku.

Aku dan empat orang lagi rakanku berjalan melalui susur gajah. Dari jauh aku melihat Airil tersenyum kearahku. Aku menunjukkan jari telunjuk dan jari hantu kearahnya menunjukkan lambang ‘peace’.

“eh, Airil datang sini lah. kau dangan dia ada apa-apa ke?” soal humairah.

“mana ada. Dia dah ada kekasih hati lah. aku ni teman tapi mesra je?” aku menjawab slumber.

“macam lain macam je aku tengok” ujar izati.

“kauorang ni kepoh la. Aku kenal zura ni. Kalau dia cakap tak ada apa-apa, dia memang tak ada apa-apa.” Syira membantuku. Sayang kau.

“Zura. jom aku hantar kau balik. Aku baru dapat lesen kereta.” Airil mempelawa.

“lesen? Baru bulan 3 kot. Macam mana boleh ada lesen?” soalku

“birthday aku kan satu januari. Kau je tak pernah nak ambil tahu.”

“kau tak cakap. Macam mana aku nak tahu. Tapi.. rumah aku jauh. Kesian kau kena ulang alik.”

“ala.. takpe la. Bukan selalu. Kauorang pun jom lah naik sekali. Aku hantar semua balik.” Pelawa Airil kepada teman-temanku pula. Apa lagi, dengan rasa bahagianya, bereka bersorak riang.

Aku berjalan beriringan Airil. Untung aku dapat kawan sebaik Airil. Dari jauh aku terasa ada orang yang memerhati. Buat bodoh je lah. dia perhatikan orang lain kot.

HARI INI merupakan hari sekolah ganti. Leceh la. Pakcik van sekolah aku lah ni exited sangat nak hantar kami ke sekolah. Hari sabtu macam ni memang susahlah aku nak nampak manusia yang kesekolah. Kawan-kawan aku ni pun satu. Cuba lah datang awal sikit, teman kawan dia yang keseorangan ni.

Aku menatap nota ringkas. Hafal apa yang patut. SPM is around the corner. Setelah bosan membaca aku memerhati kiri dan kanan. Ala.. mana Pisha ni. Selalunya dia pun datang awal juga macam aku. Aku menanti dan.. pap! Aku menepuk dahiku. Pisha kan dah masej aku semalam. Katanya demam. Ala. Lempi la kau Zura.

Setelah kira-kira sepuluh minit aku menunggu, Airil berdiri terpacak dihadapanku. Matanya tajam merenungku. Lambat-lambat bola mataku membalas renguannya itu.

“Zura, ikut aku. Aku nak cakap sikit.” Ajak Airil dengan nada yang kasar. Eh, dia ni kenapa? Dah hampir 6 bulan aku berkawan dengannya, tak pernah dia cakap kasar sebergini rupa.

“kenapa aku kena ikut kau?” nada suaraku mulai meninggi.

“ikut saja lah, tak perlu usah banyak soal!!” marahnya. Tanganku direntap dan Airil menarik tanganku ke satu sudut terpencil di kawasan menunggu.

“sakit! Lepaslah!!” jerkahku. Tanganku dilepas kasar. Bahuku kuat dipegang. Dia ni nak remukkan tulang bahu aku ke apa? Soalku didalam hati. Tanpa disangka, Airil menolak kasar tubuhku. Tubuhku terasa pedih kerana dihentak ke dinding. Aku gagahkan jua diriku walaupun lututku terasa longlai kerana takut untuk melawannya. Sakit dihati lagi pedih dari sakit ditubuh ini. Airmataku ingin tumpah tapi aku perlu kuat. Aku tidak mahhu dianggap gadis yang cengeng di mata Airil.

“woi! Kau ni perempuan jenis apa hah? Aku rapat dengan kau sebab aku ni cuba nak jadi kawan baik kau. Tapi kau canang kat semua orang yang aku dengan kau ni ada hubungan. Aku terhegeh-hegah kat kau. Apa semua ni Zura? Sebab benda bodoh ni, aku dengan Mira putus. Tu yang kau nak kan? TAHNIAH! Kau dah Berjaya. Kau ni memang manusia yang tak sedar dek untung. Aku dah tolong kau macam-macam ni balasan yang aku dapat. Rupanya kau buat semua ni sebab nak hancurkan persahabatan aku dengan Zikri kan? Lepas apa yang kau buat dekat Zikri, kau nak balas dekat kawan-kawan Zikri pulak kan? Kau tak sesuai dengan aku la perempuan. Cerminlah diri kau tu sikit..”

PANG!!!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience