BAB 9

Romance Completed 3679

“tinggalkan aku. Aku nak tidur. Benda ni macam mimpi. Aku nak rehat.” Tubuhku ku tiarapkan. Rasa tubuhku berat. Izati memeluk tubuhku.

“Zura.. aku sayang kau. dah tujuh tahun kau tunggu Airil. Dia dah balik dah pun. Sekarang ni dia dah ada dekat depan mata kau. Macam-macam dia buat untuk mencari kau. hampir 2 tahun Zura. Sekarang baru dia jumpa kau. hargai apa yang ada dekat depan mata sebelum dia pergi lagi.” Izati memujukku. Aku bangit seraya duduk di birai katil. Air mataku dihapus oleh Izati.

Airil berjalan seraya melutut dihadapanku. Tanganku dipengang. Jariku dibelek. Jari manis yang tersarung cincin ditatapi.

“awak tak tanggalkan lagi cincin pertunangan kita walaupun bertahun-tahun saya tinggalakan awak?” tanya Airil. Air mataku kembali menitis. Aku menggeleng.. kami sempat bertunang sebelum keputusan SPM kami keluar. Selepas aku melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan kimia di UiTM, Airil hilang dari pendangan.

“sayang… saya dah banyak salah pada awak. Maafkan saya.” Rayu Airil. Air matanya kembali berlinang untukku. Aku merangkul leher Airil.

“jangan tinggalkan saya lagi… tolong ujarku. Airil mengangguk.

AIRIL tiba di hadapan rumahku tepat jam 9.00 malam

“cantik sayang hari ni.” Puji Airil.

“bodek lah tu. Saya tak sempat nak pergi kedai la beli coklat untuk awak.” Gurauku.

“awak ingat saya budak tadika ke?” soalnya. Keningnya di angkat sebelah. Konon nak buat macam Ziana Zain.

“la.. bukan ke?” soalku lagi sengaja mendengkinya.

“bukan lah”

“haa??? Bangla?”

“nakal ye… saya turunkan awak dekat sini baru tahu.”

“ampun tuanku. Hamba hanya pacal yang cantik lagi comel.”

Kereta dihentikan di hadapan sebuah restoran mewah. Apa nama restaurant ni pun aku tak tahu. Aku bukan jenis manusia yang rajin untuk tengok nama sesebuah tempat.

“saya kenyang la.” Tuturku lembut.

“saya lapar. Tak lama lagi awak nak jadi isteri saya kan? Awak kenalah praktis dengar cakap saya.” Arah Airil.

“ye la…”

Sesampai sahaja dalam restaurant itu, makanan kami telahpun tersedia. Mamat ni sengaja nak bunuh aku.

“awak.. siapa nak makan ni? Banyaknya.” Soalku.

“saya, awak dengan saka awak.”

“saka tu kan pendamping. saka saya awak la.”

“kena balik. Baru nak dengki tadi.” Airil megalah. Aku menjelirkan lidah. Aku menjamah makanan dengan muka malas. Aku dah kenyang. Mak.. tolong.. aku melamun melihat makanan dihadapanku.

“zura…” Airil memanggil perlahan.

“emmm..” aku memandang wajahnya. Satu kotak segi empat tepat dihulurkan kepadaku. Aku membukanya perlahan. Satu gelang emas bernot muzik didalamnya. Cantik. Aku menyarungnya pada tanganku. Aku tersenyum memandang Airil.

“sayang jaga gelang ni baik-baik ya.. lepas ni kalau saya pergi lagi, saya harap awak akan sentiasa ingat saya ya..” Airil berkata perlahan. Pelik je dia malam ni. Dia nak tinggalkan aku lagi ke? Untuk kali ke dua? Air mataku mengalir. Tak.. kalau dia nak pergi lagi, aku kejar dia. Aku hapus air mataku. Seyuman aku ukir walaupun hati bergelodak dengan pelbagai rasa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience