BAB 4

Romance Completed 3679

Tamparan sulungku melekat diwajahnya. Air mata yang dari tadi bertakung mula jatuh mencurah mencium bumi.

“kalau kau tak tahu apa-apa kau diam. Jangan nak tuduh melulu kalau kau tak siasat apa-apa. Kau jangan ingat muka kau handsome, kau pujaan perempuan kat sekolah, bapak kau penyumbang terbesar sekolah ni, kau boleh buat sesuka hati kau? Kau boleh sesuka hati nak hina orang macam ni? Aku pun manusia juga macam kau!” tengkingku. Sendu mula kedengaran. Aku menolak tubuhnya dengan kasar. Aku bergegas menuruni tangga. Tandas menjadi destinasiku untuk menghapus semua kesedihan.

Setelah aku cuba untuk tersenyum, rakan-rakanku sudahpun berada di tapak perhimpunan. Aku mendapatkan mereka.

“Zura.. ada apa-apa jadi ke?” soal Humairah. Izati menghulurkan beg sekolah yang aku tinggalkan di tempat menunggu tadi.

“aku sakit perut la. Senggugut. Tu yang aku tinggalkan semua barang dekat atas.” Bohongku. Humairah dan izati berlalu untuk beratur kerana perhimpunan akan dimulakan sebentar sahaja lagi.

“kau tak pandai tipu aku.” Syira berbisik. Air mataku kembali menitis. Aku menceritakan semuanya kepada Syira. Syira memelukku erat.

“KAU NI KEJAM.” Tengking Syira kepada Airil.

“Apa hal kau ni? Dah la masuk kelas aku pas tu menjeriit-jerit macam orang meroyan ni kenapa?” Airil menyoal dengan nada yang tiada turun naik. Macam tak ada apa-apa berlaku.

“kenapa kau tanya aku? Kau dah buat apa kat kawan aku?” Soal Syira marah.

“kawan kau yang merenyam”

“kalau aku dah koyakkan mulut kau, kau jangan gedik-gedik nak tanya kenapa” Izati mula berang.

“Kau ingat Zura tu hadap sangat dengan muka kau yang macam jalan tu? Aku kenal siapa Zura. Dia tak akan cakap apa-apa kat orang lain melainkan kitaorang. Aku ni kawan baik dia, dia tak pernah pun cakap yang buruk pun fasal kau. lagi satu, selama ni, orang kutuk dia macam-macam sebab keluar dengan kau, ada dia nak lupakan persahabatan kau dengan dia? Tak kan? Sebab bagi dia, kau la orang yang selalu tenangkankan dia dari terus sedih sebab ex dia yang gila tu. Kau ni cepat sangat termakan cakap orang lepas tu fitnah dia macam-macam, baik kau bunuh je dia. Dosa fitnah tu lagi besar dari membunuh.” Syira melontarkan rasa tidak puas hatinya. Airil diam membisu.

Izati menendang kerusi yang diduduki oleh Airil. Terjatuh cium bumi dibuatnya. “padan muka. Tak guna”

Airil bangkit untuk berdiri. Rakannya memegang bahu. “dia nak koyakkan mulut kau bro. ganas. Tapi comel.”

AKU ralit menghadap luar jendela bas sekolah. Tak henti-henti air mata aku menitis. Ya Allah, apa salah aku? Lagu more than word menemaniku saat ini. Hanya ipodku sahaja yang bisa menemani aku sepanjang perjalanan untuk pulang kerumah.

BUUMMMM!!!!!

Badanku terhentak ke belakang tempat duduk di hadapanku. Jantungku tiba-tiba berdegup kencang. Aku menarik earphone di telinga dan mencampak ipodku. Kakiku laju berlari ke luar bas untuk melihat apa yang berlaku. Kaki ku kaku, lidahku kelu. Airil, Zikri. Pakaian seragam sekolah mereka dipenuhi darah. Air mataku mengalir. Aku meraung di dalam hati.

“semua, tolong pakcik angkat budak-budak ni masuk dalam van” arah pemandu van kami.

“akak, diaorang ni kawan akak kan? Apa kata akak duduk dengan abang Airil. Kawan akak yang lagi sorang ni masih sedar. Biar dia dengan kitaorang kat belakang. Abang Airil tu pengsan, akak boleh tolong tengok-tengokkan dia.” Ujar Syafiqah merangkap jiranku. Aku akur. Pahaku menjadi alas untuk kepala Airil. Air mataku mengalir. Airil bangun la.. jangan macam ni. Mana senyuman kau? bangun la..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience