BAB 8

Romance Completed 3679

“sayang.. BAHHHH!!!!” sergah Asyraf.

“ooo mak kau jatuh terduduk. Nasib baik aku tak ada sakit jantung. Asyraf, can you stop calling me sayang. Kalau aku dah tumbuk muka kau, jangan kau menangis jumpa aku sebab baru tahu erti penyesalan. Kau ni… tak manis tau orang dengar.” Sejak Asyraf menjadi kawan baikku, dia membiasakan dirinya memanggilku ‘sayang’ kerana mahu membodek aku untuk aku satukan dia dengan Izati. Lama kelamaan panggilan tu dah terbiasa dengan dirinya walaupun telah berkali-kali aku mengugutnya.

“EH budak-budak. Pergi masuk sana. Dah malam dah ni. Nanti momok datang, dia tangkap semua..” Asyraf tukar topik. Kanak-kanak yang bermain tadi mencicit masuk ke dalam rumah. Aku memandang Asyraf dengan pandangan tak puas hati. Boleh selumber je dia duduk di sebelah aku. Kalau makcik-makcik kat dalam tengok, lain pulak diaorang fikir.

“kau jangan sampai aku pusingkan kepala kau ke belakang. Pergi tidur la sana. Kau tak penat ke?” aku bersuara kembali.

“tak……”

“pergi lah sana. Kesian kat Izati tu. Tak fasal dia cemburu pula nanti.”

“Dia dah tahu aku nak jumpa kau. aku dah cakap tadi. Kau tu, kenapa duduk luar ni waktu macam ni? Tak baik anak dara keluar rumah malam-malam.”

“bla la kau. baru kahwin nak nasihat aku. Selama ni kau suruh aku teman kau kat kedai mamak sampai pukul dua tiga pagi tu tak apa pulak.” Aku memprotes.

“tu lain..” keadaan menjadi sunyi seketika. “ zura.. cuba kau tengok bulan tu..” Asyraf menyambung kata-katanya. Aku melihat kearah bulan yang ditunjukkannya.

“dulu kau pernah minta semangat dari aku kan? Selagi kau hidup, selagi bulan tu wujud, semangat aku sentiasa ada untuk kau.Kau tengok bintang tu. Macam kau. sentiasa ceriakan kawan-kawan kau. kau kawan yang baik. Kau nak tahu tak? Kawan-kawan kau selalu mengeluh. Katanya kau dah banyak berubah. Kau kena kuat Zura. Kitaorang sentiasa ada untuk kau. walau pun aku dah kahwin, aku harap kau dengan aku tetap rapat macam sebelum ni. Kalau ada masalah, jangan segan-segan nak bercerita. Aku akan sentiasa ada untuk kau.” panjang Asyraf bertutur. Lembut dan menenangkan. Aku bersyukur aku masih ada kawan-kawan yang sentiasa menyokong. Aku mengangguk. Asyraf bangkit dari dudukannya.

Buaian dudukan ku terasa dihenyak oleh seseorang. Aku memberanikan diri melihat wajah manusia yang duduk disebelahku. Airil??

Aku segera bangkit dan ingin menjauhkan diri namun tindakannya lebih pantas. Jemariku digenggam erat.

“lepaskan saya!” suaraku sedikit meninggi.

“Zura, sayang.. bukan saya sengaja tinggalkan awak tapi Alyah…”

“Alyah??? Perempuan mana pula tu? Awak pergi lah kat dia. Lupakan saya. Kenapa? Dia sakitkan hati awak sebab tu awak lari cari saya?!!” aku melontarkan rasa marahku.

“ZURA! Awak dengar dulu apa saya nak cakap. Jangan anak tuduh melulu je!!” tengking Airil.

“ooo… awak nak marah saya pula? Marahlah lagi. Jerit sekuat hati awak biar semua orang tengok drama kita ni”

“Alyah tu adik tiri saya. Dia menghidapi penyakit leukemia. Saya melanjutkan pelajaran saya di England. Saya yang jaga Alyah sampai dia meninggal dunia. Boleh tak awak faham situasi saya?”

“awak langsung tak bagi khabar awak. Awak hilang macam tu je. Awak langsung tak beritahu saya awak nak pergi sana.. dah la.. I’m so finish. Let me go.” Aku merentap kembali tanganku. Aku berlari memasuki rumah milik keluarga Izati dan berlari ke kamar. Syira dan Zikri yang dari tadi menjadi penonton mengejarku. Aku terus mengambil tempat di atas katil. Aku nak kunci bilik ni tapi bilik ni aku kongsi dengan Syira. Kesian pula kalau dia nak tidur.

“zura.. janganlah macam ni. Jangan nangis. Kau dah dengarkan apa yang dia cakap tadi” Syira memelukku. Aku merenggangkan pelukan Syira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience