Completed
12517
Tiga tahun kemudian.
“Papa!”jerit suara kecil itu. Azrail berlari anak mendapatkan si kecil. Comel. Persis si mama.
“Anak papa dah siap? Mama mana?”tanya Azrail sambil mencubit pipi anaknya geram.
“Dah... mama ada dengan adik Tia.” Cerita si kecil Hazim.
“Oh... jom jumpa mama dengan adik Tia.” Ajak Azrail.
“Papa... mama cantik sangat... adik Tia pun sama. Comel, mama kasi adik Tia pakai baju princess warna pink. Lepas tukan... adik Tia muntah papa... habis baju mama...” celoteh Hazim menceritakan apa yang berlaku. Azrail sesekali terangguk kecil mengiakan cerita anaknya.
“Abang... tengok la anak awak ni. Habis baju kita kena susu.” Adu Intan sambil menyalami tangan suaminya.
“Hahaha.. dia suruh mama tukar baju la tu... baju mama yang ni buat mama cantik sangat. Dia tau nanti papa dia tak sedap hati dalam majlis tu yang dia kotorkan..” kata Azrail memujuk sang isteri.
“Abang ni... nak pegang Tia. Kita nak tukar baju.” Tia bertukar tangan. Azrail mengucup pipi montel anaknya yang baru berusia 5 bulan itu. Gebu.
“Papa... abang Im pun nak kiss adik!” hujung baju Azrail ditarik-tarik.
Selepas puas hati dapat mencium adiknya baru Hazim keluar mencari atuk dan neneknya. Nur Atia diletakkan didalam katil bayi. Intan yang sudah siap menukar baju didekati. Dipeluk pinggang ramping isterinya. Isterinya mudah turun berat badan dan pandai menjaga badan itu yang Azrail sentiasa sayang kepada Intan.
“Abang lepas la.. karang orang nampak macam mana?” Intan cuba melepaskan pegangan suaminya.
“Sekejap je.” Bauan rambut Intan diambil. Wangi.
“Abang... Intan minta maaf kalau Intan pernah terkecil hati abang...” ujar Intan. Sejak kejadian itu, Intan sering memohon ampun kepada Azrail. Dia rasa seperti hal itu pembalasan untuk khilafnya.
“Dah la Intan. Abang pun ada salah dengan Intan juga. Sekarang ni abang rasa bahagia sangat dengan Intan dan anak-anak. Dulu Intan muda lagi.. abang pun sama...” kata Azrail yang masih memeluk Intan.
“Ya... dulu Intan muda sangat. Itu yang abang tak habis-habis dengan budak kecil, budak la.. badan sekeping la..” bebel Intan. Azrail tergelak kecil.
“Ye.. ye.. dulu ke sekarang ke... Intan tetap budak di mata abang. Isteriku budak!” bisik Azrail ditelinga Intan. Membuat wanita itu kegelian.
“Abang nak kena ni!” Azrail mula membuat larian mentawaf katil mereka. Hazim yang baru tiba turut mengejar papanya.
Laju mereka kejar-mengejar sehingga membuatkan ketiga-tiga mereka teratuh dek sukar mengawal kelajuan. Azrail memeluk Intan dan Hazim. Kedua-duanya menerima kucupun kasih. Badai yang lalu dibiarkan pergi disimpan pula sebagai pengajaran dan iktibar untuk menghadapi dugaan demi dugaan yang mendatang.
Share this novel