BAB 3

Romance Completed 12517

“Intan.. Intan!” bahu si budak itu digoncang sekuat hati oleh Azrail. Geram dengan si budak. Lagi sipi tangannya mahu mengenai pipi mulus gadis sunti itu.

“Azrail!” bahu Intan dipeluk puan Aishah. Azrail mengeluh kuat. Encik Mustafa menggeleng kepala.

“Il cuba bawak bersabar... kesian si Intan tu.. ingat dia tu anak yatim piatu. Muda lagi.. baru 17 tahun. Mentah... mestilah dia takut...”kata encik Mustafa cuba menyabarkan anaknya.

“Macam nilah... untuk selesaikan hal ni... mak rasa... yang terbaik... Il kahwin dengan Intan.” Kata-kata Puan Aishah membuat Azrail dan Intan rasa nak menjerit. Macam sudah terima hukuman gantung mandatori je.

“Hah, kenapa plak mak?” tanya Azrail tak puas hati. Habislah kerjaya dia!

“Dengar cakap mak ni Il.. mak tahu yang dan yakin ni yang terbaik untuk kamu!” kata Puan Aishah yang sudah tetap pendiriannya.

“Puan... saya.. er.. tak perlulah kahwin semua ni puan... lagipun kalau abang saya tahu... lagi mati saya Puan..” kata Intan dengan linangan air mata.

“Pasal abang tak payah risau... nanti tahulah aunty uruskan..” kata Puan Aishah yang sudah membahasakan dari ‘puan’ ke ‘aunty’.

“Tapi...” jerit Intan dan Azrail serentak.

“No.. no tapi-tapi!” kata Puan Aishah sambil menggoyangkan jari telunjuknya.

Intan memandang Azrail. ‘Kenapalah aku kena pengsan depan mamat-semua-tahu ni...’ keluhan kecil kedengaran. Azrail mengangkat kening melihat si budak. ‘Kenapalah sifat keperikemanusiaan aku ni sibuk sangat?! Kan dah kena kahwin dengan budak tak cukup umur ni.. haih... habis kerjaya aku yang baru naik...’ Azrail menggeleng-geleng kepalanya.

Puan Aishah tersengih lebar. Dapat juga dia menantu tahun ni!

**********

“Macam mana aku nak buat ni?” Intan sudah berkawad. Dari kiri ke kanan, kanan ke kiri. Pening kepala den! Encik Mustafa yang duduk disofa menggeleng kepala. Walaupun sedang membaca akhbar rasa terganggu tau! Aidil, adiknya Azrail sekadar tersengih.

“Woi!” sergahan Azrail membuat Intan melompat terkejut.

“Ya Allah! Hantu woi dah datang!!!” jerit Intan yang sudah menutup mata.

“Hahahaha... lawak betul kau ni! Tapi tu takkan jadi sebab aku nak kau jadi bini aku. Badan pun sekeping...” Kedengaran kasar tutur kata Azrail. Intan menggigit bibir geram. Nak marah? Memang tak la... dia sendiri menumpang rumah orang tu... karang marah kang kena halau pula. Tapi ni... memang mengundang marah... badan sekeping?!

“Kita pun tak hingin nak jadi bini dia! Perangai macam godzilla... gerun tau tak?” balas Intan yang sudah hilang sabar.

“Well... well... well... look who talking right now. Excuse me... aku sendiri tak nak jadi laki kau tau! Dah la budak kecik... segala-galanya kecik! Perangai memang mengalahkan budak umur 6 tahun! Kenapalah aku boleh jumpa kau ni?” Makin hangin Intan dibuatnya. Rasa nak keluar jurus macam watak dalam kartun Dragon Ball tu... ala rambut kuning... apa ke namanya... huhuhu dah lupe.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience