Completed
12517
Tiba hari yang ditunggu-tunggu.
Tangan bersalam erat dengan tok kadi. Peluh tak usah kata la... memang dah macam nak banjir.
Matanya beralih melihat pengantin. Cantik walaupun masih budak. Comel. Tiba-tiba pandang mereka bertentang mengalirkan rasa debar ke dalam hati. ‘Takkan aku boleh suka dekat budak kecik tu?!’ tangan dilekap ke dada cuba menghilangkan rasa debar.
Sementara itu Intan Syuhaida berasa tidak menentu. Mahu sahaja dia larikan diri dari majlis ini. Namun mengenangkan Puan Aishah, Encik Mustafa dan Aidil terus dia tak jadi lari. Sanggup abang Raz buat dia macam ni... betul dia dah rasa macam barang dagangan je. Sebenarnya dia rela di dera dari dibuang satu-satunya ahli keluarga yang dia masih ada. Mungkin abang Raz tu hanya abang tirinya namun itulah abangnya dunia akhirat. Mereka membesar bersama. Dulu abang Razlah pelindungnya.
Entah kenapa... abang Raznya mula berubah. Dia... dia...
“Intan.. Intan.. salam tangan Il tu...” ujar Puan Aishah mengejutkan Intan dari lamunan. Tersentak Intan.
Dengan muka blur dan termangu-mangu, Intan menyalami tangan Il. Tangan suaminya yang sah. Bila sahnya dia pun tak sedar. Terlalumelayan perasaan sedihnya. Tangan suaminya itu sejuk dan terketar-ketar. Tersenyum Intan. Dikucup lembut tangan suaminya. Lelaki yang akan membimbingnya di dunia dan akhirat.
Azrail mengucup lembut dahi sang isteri. Pipi kiri dan kanan Intan turut menjadi mangsa bibirnya. Kelipan cahaya kamera semakin terang. Wartawan-wartawan mula mengambil tugas masing-masing. Merakam detik seorang model lelaki yang kacak berkahwin dengan seorang remaja yang muda belia.
Muka Intan membahang. Segan. Nak sahaja dia fire sang suami godzillanya. tapi karang tak pasal-pasal malu, yelah esok terpampang dalam surat khabar ‘Isteri remaja Azrail atau Rai menyerangnya pada hari pernikahan’. Malu... malu...
Makin galak sang wartawan menangkap gambar pabila Azrail memainkan peranan modelnya yang dibantu Intan. Peluk, cium, pelbagai lagi aksi yang Azrail keluarkan. Intan dah rasa nak pengsan!
Dari jauh Razman atau Abang Raz asyik melihat wajah si adik tiri. Senyuman sinis terukir. Intan yang terpandang senyuman abang tirinya itu rasa tidak sedap hati.
*********
Malam itu...
“Hurm... kita.. kita nak tidur mana?” tanya Intan yang sudah memerah mukanya. Katil yang hanya sebuah itu dipandangnya.
“Hah? Atas katil la.” Balas Azrail yang kepenatan. Ingat tak penat ke jadi model?
“Habis tu... awak? Kita.. kita..” alahai manjanya bunyi. Macam nak nangis pun ada. Buat Azrail tergoda je.
“Haih... kalau dah nama budak tu budak jugak. Meh sini baring sini. Hari aku penat. Tak adanya aku nak usik kau.”balas Azrail yang cuba menahan gelora.
“Betul ke ni awak? Awak tak kacau kita? Janji?” tanya Intan meminta kepastian.
“Hisy.. kita awak.. kita awak... boleh tak jangan guna panggilan tu. Runsing tau tak?! Aku janji tak usik kau. Dah tidur!” runsing sangat... padahal nak tutup rasa tergoda dia. Sumpah... memang
tergoda bila Intan guna kita awak dalam nada manja, takut tu... haish!
“Hm.. ok.” Intan mula membaringkan diri. Dia juga terasa penat. Penat mengukir senyum dan menahan debar. Azrail memang pandai membuatnya berdebar-debar.
*********
Seminggu selepas itu.
Intan kelam kabut menyarung baju kurungnya. Kenapalah dia bangkit lambat. Ni gara-gara Azrail ajak layan movie midnight. Ya.. sejak peristiwa hari itu dia semakin baik dengan suaminya. Dan Azrail
seorang yang menepati janji.
Tak pernah suaminya itu menyentuh dirinya lagi... kata sang suami sampai dia betul-betul redha, terima pernikahan ini dengan hati yang terbuka dan mula mencintai diri suaminya barulah... mereka benar-benar suami isteri dalam erti kata sebenarnya.
Azrail yang mamai melihat isterinya kelam kabut membetulkan tudung berwarna putih. Telefon dicapai, jam dilihat. Baru pukul 6.50 pagi.
“Kau kelam kabut ni nak pergi mana?”tanya Azrail yang masih menggosok mata.
“Sekolah.”
“Huh? Sekolah?” tanya Azrail yang masih mamai.
“Ya... sekolah. Intankan ke form 5. Kenapa dengan Il ni mamai lagi ke? Mesti bas dah pergikan... ala... lambat la Intan hari ni... dah la first day school ni.” Intan sudah mencapai beg. Intan membahasakan dirinya Intan dan Izrail, Il. Mula-mula kekok juga.. tapi dah Il tak kasi nak kata apa. Dia suami.
Izrail terangguk-angguk. Haah la.. bini aku budak sekolah lagi.
“Jom. Aku hantar.” Kata Izrail sudah mencapai kunci. Terkelip-kelip mata Intan... ulam dicita pucuk mendatang ni.. rugi kalau menolak hahaha
Share this novel