Completed
12517
“Huh... cakap orang putih pulak! Ingat kita tak faham ke? Exam tahun lepas kita dapat english A+ tau! Tapi kita malas nak cakap bahasa tu.. kita nak cakap bahasa kita jugak! Dengar ni... muka tu macam mamat bangla sesat. Mak bapak punyalah lawa... kita tengok pun tak lalu tau!” Intan memalingkan muka. Azrail rasa nak cekik-cekik je budak kecik tak cukup umur ni...
“Huh! Muka aku handsome tau... kalah Adi Putra... Aaron Aziz! Ada ke kata muka mamat bangla sesat... muka kau tu macam muka orang pecah rumah.” Muka masing-masing tak usah cakap la... dah merah menyala. Macam udang kena bakar!
“Op! Op! Berenti! Babah pening nengoknya.. kenapalah mak kau orang tinggalkan babah dengan korang ni?” tangan sudah memicit-micit dahi sendiri. Azrail berpeluk tubuh menghadap ke kanan. Intan turut memeluk tubuh menghadap ke kiri. Elok sangatlah tu... sorang ke utara sorang ke selatan.
Aidil pantas memicit bahu babahnya. Karang ada jugak yang masuk hospital sebab darah tinggi.
“Assalamualaikum!”
“Elok sangat la awak dah balik. Waalaikumusalam. Cuba awak nengok dua orang budak ni. Asyik bergaduh saja. Macam mana nak kahwin ni?” kepala encik Mustafa tak habis-habis menggeleng.
“Susah-susah suruh kak Intan kahwin dengan Aidil je la mak...” kata Aidil mengundang ketawa babahnya. Aidil... Aidil...
“Eh, budak kecik ni! Awak tu baru umur 11 tahun. Tak ada maknanya nak kahwin bagai. Belajar dulu!” Puan Aishah mencekak pinggang. Dah la penat ni... anak pulak buat lawak bodoh yang memang tak lawak... Aidil ketawa kecil. Melihat maknya sudah mendekati pantas dia membuka langkah seribu. Karang kena kepit dengan ketam tak ke naya...
“Biasalah tu... mula gaduh,benci... nanti lepas kahwin mula melekat, cinta pula..” ujar puan Aishah yang baru duduk melepaskan lelah. Budak dua orang tu dah lama menghilang ke bilik. Intan ke bilik Azrail. Azrail ke bilik adiknya takkan nak masuk bilik dia jugak... itu lepas dah sah baru boleh...
“Hah, macam mana perjumpaan awak dengan abang Intan tu?” tanya encik Mustafa yang mula menutup akhbar.
“Haih... budak tu memang teruk betul. Saya tengok dah macam penagih dadah. Tapikan bang dia tu Cuma abang tiri je. Kita tak perlukan dia pun. Cuma... saya hormatkan dia sebab dah besarkan Intan jadi saya berbincang la. Nak tahu apa dia kata?” tanya Puan Aishah mengundang tanda tanya di hati encik Mustafa.
“Dia kata apa?”tanya encik Mustafa yang tidak sabar.
“Dia kata... aku boleh je kasi dia kahwin asalkan bagi aku RM 20,000.00.”terkejut beruk encik Mustafa mendengarnya.
“Astaghfirullahalazim... dia kata macam tu Shah? Sampai hati dia. Dah macam jual adik!”
“Tu la. Kalau boleh Shah nak lepaskan Intan dari genggaman dia. Lagipun Shah nak Il kahwin cepat-cepat. Bidang kerja dia tu boleh mengundang maksiat. Shah tak nak anak-anak Shah sesat bang...” Ujar Puan Aishah sambil memegang tangan suaminya.
“Hm... kalau itu Shah rasa yang terbaik abang ikutkan je...”encik Mustafa akhirnya memberi kata setuju.
***********
Disebalik pintu dapur Intan menangis teresak-esak. ‘Abang Raz sampai hati abang. Apa salah Intan...’tangan menekup mulut sendiri takut esakkannya kedengaran hingga ke depan.
“Hoi..” tegur Azrail. Intan makin sedih. Malangnya nasibnya.. sudahlah di dera, di buang pula... lepas tu terpaksa kahwin dengan mamat godzilla ni...
“Nah.” Tisu dihulurkan. Kesian pulak tengok budak kecik ni. Kalaulah dia jumpa dengan abang budak ni mahu dia fire-fire. Kasi lebam sana sini. Baru puas hati!
“Tak payah la menangis. Kau tak payah nak membazir air mata untuk dia... Memang kau lari dari dia kan malam tu? Ni la kesempatan kau nak lepas dari genggaman dia. Aku... aku sanggup ambik kau jadi bini aku.” Perghh... ternganga mulut Intan mendengar ayat terlebih power Azrail tu. Terus berhenti kilang air mata dia produce air mata.
“Huh?!” Blur. Betul ke apa yang dia dengar tadi.
“Aku sanggup ambik kau jadi bini aku! Kau nak ke tak?” tanya Azrail dengan muka memerah. Malu gile... rasa nak sorok diri dalam perigi je...
“Er... er... Bini? Laki bini? Tak naklah!”jawapan spontan Intan membuat Azrail cemburut. Susah payah dia keluarkan soalan keramat tu itu yang dia dapat. Wa rasa nak hentak-hentak je kepala budak kecik ni!
“Kalau jadi isteri aku nak la.. bini aku tak nak.” Intan menjulir lidah. Puas hatinya dapat kenakan mamat godzilla ni Jbangga pulak rasa di hati muahahaha.
“Cis.. cicak kobeng betul budak kecil ni. Hihihi...”Azrail turut ketawa. Bini tak nak isteri nak... okay no problem.
Share this novel