BAB 7

Romance Completed 12517

Sudah sebulan berlalu. Intan masih begitu. Menjadi senyap dan pendiam. Pelik juga Puan Aishah dan Encik Mustafa. Azrail juga berubah menjadi perengus dan menjauhkan diri dari mereka.

“Intan kau okey ke?”tanya Iz. Pelik dengan perubahan rakannya itu.

“Hm? Aku? Aku okey je..” balas Intan tak bermaya.

“Kau ni kenapa? Tak happy macam dulu. Kau sedar tak SPM kurang dari sebulan?”tanya Iz yang mula geram.

“Hum... aku sedar. Dah la aku nak balik.” Iz tergeleng-geleng kepalanya.

“Huh, bagus kau balik awal... kawan-kawan aku nak jumpa kau...”kata Azrail dingin.

“Hm..”

“Siap sekarang.” Dengan muka tanpa perasaan Intan masuk ke bilik mandi. Pakaian tukar turut dibawanya.

“Kenalkan ni, Lisda, Elly, Mike, dan Sally.” Azrail mengenalkan rakannya kepada Intan.

“Weh... mudanya dia. Berapa umur dia ni? Tapi cantik. Nanti dah habis sekolah boleh jadi model dengan akak.” Kata Lisda mesra.

“Memang la muda. Memang bini aku ni budak lagi. Baru form 5.” Terang Azrail.

“Ma ai. Patut la... he he he.. lawa gila.. rasa nak ngorat pula.” Usik Mike. Azrail pantas menyiku rakannya itu.

“Jangan nak mengada. Jangan nak ngorat, ajak dia jadi model dan sebagainya.” Kata Azrail tegas. Tangan mula memeluk pinggang Intan.Bahagia pula Intan rasa.

“Bluek! Bluek!” muntah Intan. Dah nak lembik dah rasanya badannya ini. Nasib baik la dia sakit selepas habis peperiksaan SPM. Kalau tak susah nak jawab. Rumah yang kosong dipandang sepi. Semua ada hal masing-masing. Nak ajak Iz keluar memang tak la. Iz sekarang tengah kerja juga. Cepat betul kawan dia tu kerja katanya tak best duduk rumah goyang kaki.

**********

Intan terbaring lemah. Perut lapar tapi malas. Nanti makan muntah balik. Rugi je.

“Assalamualaikum. Kau ni kenapa terbaring macam nak mati ni?” tanya Azrail sedikit risau.

“Waalaikumsalam tak ada apa la.” Balas Intan sambal menyalami tangan suaminya.

“Awak... kita rasa tak sihat la.. boleh tak awak tolong masakkan kita bubur ayam?”tanya Intan manja. Azrail menelan liur.

“Hurm? Er.. ehem... okey” balas Azrail menutup debar. Intan kembali dibuai lena. Azrail menukar bajunya. Apron dicapai. Kesian pula dengan Intan. Setelah bertungkus lumus didapur, Azrail memanggil Intan makan. Dengan berselera Intan makan bubur itu. Hilang semua rasa loyanya. Sedap sungguh bubur Azrail ni.

“Okey ke?”tanya Azrail.

“Okey. Sedap sangat.” Kata Intan dengan mulut penuh. Azrailtersenyum puas.

“Okeylah aku nak solat kejap. Karang dah habis makan letak je dekat singki aku basuhkan.”ujar Azrail yang mula melangkah.

“Ala... temankan kita kejap... please... awak...” sekali lagi Azrail cair. Kerusi ditarik. Dia duduk menghadap Intan yang asyik makan. Pelik juga tingkah si Intan ni.

“Hello. Intan aku nak jumpa kau!”gelap sekejap dunia Intan. Apa lagi manusia kejam tu nak?

“Hm... kenapa abang Raz?”tanya Intan perlahan. Takut didengari Azrail.

“Duit aku dah habis.”kata Razman.

“Dan aku rindukan kau...”sambungnya lagi. Intan memicit kepala yang pening.

“Kan hari tu Intan ada kasi rm2000.”kata Intan sedikit marah.

“Habis. Aku nak jumpa kau. Rindu.” Kata Razman menambahkan minyak ke api yang marak.

“Argh! Esok jumpa di tempat biasa.”kata Intan sebelum mematikan panggilan. Dahi semakin kuat dipicit. Kepala semakin diserang sakit. Berat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience