BAB 8

Romance Completed 12517

Tanpa disedari. Azrail asyik memasang telinga. Macam ada yang tak kena je...

“Mana dia ni lembab betul la Intan ni!” rungut Razman. Jam sesekali dikerling. Orang mulai ramai. Petang-petang begini memang ramai orang datang ke taman rekreasi ini.

“Sampai pun kau! Mana duit aku?”tanya Razman kasar. Intan mengeluarkan sekeping cek. Razman tersenyum melihat jumlah yang tertera di kertas itu.

“Jangan kacau aku lagi!” kasar bahasa Intan. Intan mahu berlalu pergi namun Razman lebih cepat. Pergelangan tangan Intan dicapai lalu diheret ke dalam kereta.

“Apa ni? Apa lagi yang kau nak?”tanya Intan yang semakin galak meronta-ronta mahu melepaskan diri.

“Aku... nak... kau...” tiga patah perkataan itu membuat Intan gelisah. Pintu kereta cuba dibuka. Namun berkunci. Melihat Intan cuba keluar, Razman menampar kuat pipi adik tirinya itu. Berdesing kepala Intan yang sememangnya pening.

Intan tersandar lemah dengan keadaan badannya yang lemah dia terpaksa berdiam diri. Dalam hati dia berharap Azrail tahu tentang keberadaannya. Azrail yang sekadar memerhati dalam diam sedari tadi menggenggam penumbuk. Jahanam! Berani betul abang tiri isterinya itu.

Tanpa disedari Razman, Azrail mengekori mereka. Kereta yang dipandu akhirnya tiba di destinasi. Entah ke mana Razman membawa Intan. Masuk ke hutan yang jauh dari kawasan orang ramai. Azrail bertambah berdebar. Tak tahulah bagaimana keadaan Intan. Risau benar rasa dihati.

Intan diseret ke dalam sebuah rumah lama yang kosong. Azrail pantas mengikuti langkah mereka. Sebelum itu sempat dia mendail nombor kecemasan.

“Woi!!”jerit Azrail pabila melihat Razman cuba memperkosa isterinya. Intan hanya mampu menangis.

“Il! Tolong Intan!”jerit Intan yang semakin lemah. Azrail merentap baju Razman. Terpelanting lelaki jahanam itu ke belakang. Razman mula naik darah pabila apa yang dihajati tidak kesampaian.

Tumbukan dilayangkan ke Azrail namun Azrail lebih pantas. Sebaliknya Razman pula yang senak ditumbuk Azrail dibahagian perut. Melihat Razman yang jatuh, Azrail tak melepaskan peluang, tumbukan dan sepakan diberikan sepuas hati. Berani dia nak mengapa-ngapakan Intan,inilah balasannya!

Kedengaran siren polis semakin mendekati. Razman yang sudah tidak sedarkan diri dibiarkan di situ. Azrail mendapatkan isterinya. Tubuh menggigil isterinya dipeluk. Intan menangis sepuas hati. Dalam hati dia bersyukur suaminya datang pada waktu yang tepat.

Tiba-tiba Azrail merasakan pelukan Intan longgar. Azrail panik. Baru dia perasan Intan mengalami kecederaan dibahagian kepala. Mungkin kuat sangat dihentak Razman sebentar tadi. Melihat isterinya semakin hilang kesedaran membuat Azrail menjerit kuat.

“Intan! Intan! Sayang!” hanya itu yang sempat didengari
Intan sebelum dunianya bertukar kelam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience