Completed
12517
“Assalamualaikum. Tahun ini kamu semua akan menduduki SPM jadi saya harap awak berikan yang terbaik ada lagi dalam 6 bulan je sebelum kita menghadapi peperiksaan besar... Baiklah hari ini kita ada pelajar baru yang baru berpindah dari SMK J. Intan mari kenalkan diri kamu.” Cikgu Hasyimah memberi mukhadimah tahun barunya.
“Assalamualaikum... nama kita Intan Syuhaida. Kita baru je duduk sini. Harap awak semua sudi berkawan dengan kita.” Ujar Intan dengan senyuman manis.
Sosek-sosek mula kedengaran. Yang lelaki dengan senyuman gatalnya. Yang perempuan dengan bibir terjuihnya. Tak kurang juga yang tersenyum ikhlas menyambut kedatangan rakan baru itu. Ya... Intan seorang yang cantik. Memang mengundang pelbagai rasa.
“Baiklah. Senyap semua. Intan boleh duduk di sebelah Izzudin.” Kata cikgu Hasyimah dengan muka serius. Terus sunyi sepi jadinya.
“Hai.” Sapa Izzudin.
“Hai.” Intan ikhlas. Senyuman diberi.
Izzudin terpana melihat senyuman Intan. Manis. Membuat hatinya berdebar. Aduh... apalagi ini...
“Hah macam mana first day kau?” tanya Azrail yang asyik menyikat rambutnya.
“Huh? Oh.. kita ada kawan baru. Ramai tau awak.. Ada Lina, Siti, Huzairah, Lily, Umi, lagi siapa ya... hah, Iz, Izzudin. Izzudin baik sangat. Dia yang mula-mula tegur kita tau awak...” cerita Intan teruja tanpa menyedari dia mula mengunakan ‘kita, awak.’
Muka Azrail memerah menahan cemburu. Seronok betul isterinya berceritakan pasal Iz tu. Terbakar pula rasanya. Dah la guna bahasa yang dia anggap ‘manja’. Cemburu ni!
“Huh... typical school girls. Pantang dengan lelaki handsome baik sikit mula la tergedik-gedik.” Ujar Azrail menyindir dalam.
“What? Apa ni awak? Mana ada kita gedik!” marah Intan. Kenapa pula Il dia ni berubah. Dah jadi godzilla balik!
“Gedik! Gedik! Malas nak layan.” Azrail menarik selimut menyelimuti tubuhnya. Merajuk.
“Eiii!!!”Intan yang kegeraman memukul-mukul badan Azrail.
“Sakitlah! Kau ni!!” tangan Intan dipegang erat. Terkejut Intan dengan tindakan spontan Azrail itu.
“Diam! Kalau tak aku kiss kau!” ugut Azrail. Mukanya makin mendekat. Sepi.
“Il.. Il.. kenapa bising-bising tu?” tanya puan Aishah dibalik pintu, mengejutkan lamunan Azrail dan Intan.
“Tak ada apa-apa mak! Ada lipas ni!” jerit Azrail membalas pertanyaan sang ibu.
“Kau diam. Aku nak tidur ni.” Azrail melepaskan pegangan tangannya. Intan dibiarkan tertanya-tanya. Kenapa dengan suaminya itu?
“Weih, Intan sapa yang hantar kau pagi-pagi tu?”tanya Iz.
“Hurm? Oh.. tu hm... a..abang aku. Kenapa?” tanya Intan sedikit kalut.
“Tak de apa. Handsome abang kau.” Puji Iz yang bernafas lega.
“Hehehe memang abang aku handsome pun...”
“Intan!” panggilan dari suara yang amat dikenali itu membuat Intan berdiri kaku.
“Intan!”
“Intan ada orang panggil kau tu..” ujar Iz. Intan berpaling. Sah, abang Raz!
“Makin cantik kau sekarang ya... baru 3 bulan aku tak jumpa kau...” tangan Raz bermain-main dimuka adik tirinya.
“A.. bang Raz nak apa?”tanya Intan memberanikan diri.
“Aku... aku nak kau... hahaha... aku nak kau dan duit...” ujar Raz menaikan bulu roma Intan.
“Intan dah kahwin!” balas Intan.
“Huh! Aku sayangkan kau! Aku kasi kau kahwin sebab duit tu je.. aku perlukan duit tu. Aku tahu kau tak bahagiakan?”tanya Raz dengan renungan yang tajam.
“Intan bahagia! Jangan kacau Intan lagi! Tolong la abang Raz Intan dah jadi milik suami Intan!” Intan berlari menuju ke dalam sekolahnya. Gila! Razman semakin gila! Dulu dia lari bukan sebab di dera tapi kerana ini. Razman mahukan dia!
“Kau okey?”tanya Iz. Intan mengangguk. Namun tak lama. Rasa tak mampu dia menahan segala rasa ini. Dia perlukan tempat mengadu.
“Iz... sebenarnya.. kita... kita dah kahwin. Yang tadi tu...abang tiri kita..” cerita Intan. Izzudin kelihatan terkejut.
“Abang tiri kita jahat... sekarang kita dah bahagia dia mula kacau kita. Dia nak duit. Dia... dia.. nak kita!” Intan mula menangis. Iz menarik Intan ke bahunya. Intan melepaskan tangisannya sepuas hati.
Dari jauh sepasang mata asyik memerhatikan mereka. Cemburu semakin membara.
“Seronok bercinta?”tanya Izrail lantang. Mujur Puan Aishah dan encik Mustafa tiada dirumah. Ada hal di luar negeri buat beberapa hari.
“Bercinta? Apa yang Il kata ni?”tanya Intan yang sudah duduk kepenatan. Penat fizikal dan penat mentalnya menghadapi hari ini.
“Berpeluk dengan jantan lain... tak bercinta namanya?”tanya Azrail sinis.
“Apa ni? Intan penat la. Il jangan merepek la.” Kata Intan mula meninggalkan ruangan itu.
“Kau ni! Dengan jantan lain tak penat pulak! Aku tak kira kau kena layan aku jugak!” cemburu mula mengusai akalnya. Intan diheret ke bilik.
“Apa ni Il?”jerit Intan. Dia cuba melepaskan diri namun tidak berjaya. Kudrat suaminya lebih kuat. Air mata mengalir lesu. Dalam terpaksa mereka bersatu.
Share this novel