BAB 9

Romance Completed 27213

“ Alhamdulillah … Myr dah bangun ! ” Datin Kayla mengucap syukur . Tidak menyangka anak perempuannya itu sengsara dipermainkan cinta setelah setia mencintai . Keluarganya dan Wafa mengerumuni tilam di wad itu . Seorang insan istimewa hanya memerhatikan Amyra dari sofa di dalam wad itu . Sedar dirinya bukan sesiapa .

“ Wait . Kenapa kerumun – kerumun ni ? Myr kat mana ni ? ”

“ Kau kat wad sekarang . Sehari suntuk kau tak sedarkan diri . Kau pengsan kat parking Fahrenheit 88 semalam . Doktor kata kau cuma pengsan sebab depression . Mybe sebab kejadian semalam . Esok kau dah boleh balik . Kau tahu tak siapa bawak kau ke sini ? Nasib dia ada . Kalau tak , aniaya aku nak angkat kau .” Panjang lebar mulutnya berceloteh .

“ Siapa si ‘dia’ tu ? ” Amyra ingin mendapatkan kepastian .

“ Jejaka hot yang kat sofa tu haa… ” Mulut Datin Kayla terjuih ke arah jejaka berkulit cerah di sofa berangkai dua . Terus kepala Amyra diangkat sedikit untuk melihat siapa gerangan jejaka itu . Serta – merta Wafa terkaku seketika . Dari skrin smart phone dialih pandang ke arah Amyra pula . Senyuman manisnya menampakkan lesung pipit yang dalam .

“ Hayden ? ”

“ Hello sweetheart… ” Tidak kisahlah jika orang lain memandang serong terhadap panggilan yang diberikan untuk Amyra . Sememangnya cinta Hayden untuk Amyra . Cuma Amyra yang jual mahal .

Selama ini , wanita – wanita yang terkejar – kejar jejaka tampan itu. Namun , kali ini Hayden pula mengejar cinta wanita manis . Entah mengapa , suatu aura yang menyelubungi Amyra telah menarik Hayden untuk mencintainya . Bukan sahaja jelingan tajam Amyra menjadi penarik malahan kecantikan hati yang telah mengusik jiwa Hayden untuk menyayanginya sepenuh jiwa dan raga .

“ Wow… Bersweetheart – sweetheart … ” Qystina mengusik .

“ Bang , bila kita boleh bersweet – sweet macam Myr dengan Hayden tu ya ? ” Sofea menjongket kening ketika membuang pandang ke arah suaminya yang tersengih macam kerang busuk . Tak padan dah beranak dua .

“ Mana ada ! ” Kata mulut tiada tapi tersenyum – senyum si Amyra .

“ Ada…Lagi sweet lepas kita kahwin . ” Mata Hayden dikenyitkan . Nakal !

“ Awak ! ” Tak malu Hayden berkata begitu di depan keluarga . Datin Kayla tersenyum melihat wajah Amyra yang mula kemerah – merahan menahan malu . Sukalah tu !

“ Tak sesweet kisah cinta kitorang … ” , dengan riak selamba Habib menyelit kata . Tangan asyik gatal memegang tangan isterinya . Terburai gelak ketawa di wad itu .

Amyra tidak berpuas hati dengan perancangan mamanya untuk menerima lamaran daripada kawan lama mamanya , Datuk Abdullah Chin untuk anak tunggalnya . Ditambah pula apabila perancangan Datin Kayla disokong penuh oleh abang kakak dan ipar – duainya .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience