BAB 6

Romance Completed 27213

Suasana di rumah banglo tiga tingkat di Kiara Hills semakin meriah dengan kedatangan Wafa yang juga anak angkat Datin Kayla . Ada sahaja buah tangan dari Wafa untuk ibu angkatnya itu ketika mengunjungi rumah banglo elite itu . Memandangkan hari itu cuti bersempena Hari Wesak , dapatlah Wafa bersembang santai dengan ibu angkatnya itu .

Di pagi itu , Datin Kayla hanya menghidangkan karipap daging , mihun goreng bersama seteko teh . Tidak tahu – menahu Datin Kayla mengenai kedatangan Wafa . Tup – tup dah melangut depan pintu rumah .

“ Bila kau sampai ? Tak calling – calling pun ! ” separa jerit Amyra yang sedang menuruni tangga apabila terlihat susuk tubuh Wafa yang sedang sedap menghirup teh . Terbatuk kecil Wafa dibuatnya akibat disentak Amyra . Datin Kayla hanya menggeleng perlahan melihat telatah dua orang itu . Mahu mati anak orang terkena Heart attack !

“ Hehe …Rindu mama punya pasal , redah gak laa pagi – pagi ni , ” Wafa tersengih seperti kerang busuk. Sudah menjadi kebiasaan Wafa memanggil Datin Kayla dengan panggilan ‘mama’ .

Ting tang tong ! Datin Kayla sibuk berperang dengan periuk belanga di dapur memandangkan sudah hampir tiba lunch time . Hilaian ketawa Wafa pula mendesing di segenap ruang tamu . Entah apakah yang tersangat lucu sehingga mampu menggegarkan tiang rumah agam itu .

Mujurlah abang kakak Amyra keluar berjalan – jalan meluangkan masa bersama keluarga mereka . Jika tidak , mahunya abang kakaknya dan ipar – duai terbahak – bahak sama disebabkan nasihat berbaur sensitif daripada Wafa .

“ Dah makin tua ni , insaf – insaflah cepat kahwin… Dah kahwin tu , sedar – sedarlah buat anak … ” gaya percakapan Ustaz Kazim Elias diajuk Wafa . Kurang asam punya kawan. Nak nasihatpun senonoh laa sikit… , bentak hati Amyra . Amyra memeluk tubuh .

“ Aku bukan apa …kesian laa kat Hayden tu . Lama dia menunggu , tapi kau tak pernah pandang dia . Mamat postman tu kau nak pulak ! ” , Wafa mula meluahkan rasa kasihan terhadap jejaka berkulit cerah itu .

“ Aku memang tak minat dia laa… ” , spontan tersembur keluar dari bibir mongel Amyra. Namun hati kecilnya sudah tentu menyimpan niat untuk mengenali hati budi Hayden lebih mendalam . Siapa mahu lepaskan jejaka kacak dan bergaya begitu sahaja , walaupun hatinya telah dibaluti rasa cinta terhadap Farhan .

Tetapi tidak dinafikan , pertama kali Amyra dan Hayden bersua muka di pejabat Perwira Holdings kerana urusan kerja , hati Amyra terus bergolak apabila melihat ketampanan jejaka kacukan Melayu-Baba Nyonya itu .

“ Dah terang lagi bertorchlight , semua yang wanita dambakan ada pada Hayden . Handsome…Gentle… Kaya…Berkarier mantap… Sebab fikir dah kahwinlah aku tak rembat Hayden dulu . ” , percakapan Wafa langsung tidak bertapis , cakap hanya sedap mulut .

“ Hati aku sudah terisi … ” , balas Amyra perlahan . Tidak mahu mamanya terdengar tentang perhubungan yang belum pasti . Ya Allah , kuatkanlah hati ini untuk terus setia kepada si dia . Hati… Hati… Sabarlah hati…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience