BAB 5

Romance Completed 27213

5 bulan telah berlalu . Keintiman hubungan Amyra bersama Farhan semakin mesra . Semakin hari , semakin sayang . Rasa cinta Amyra terhadap Farhan bercambah menjadi bunga – bunga memekar di segenap ruang hati .

Hampir setiap hujung minggu , Podgy & the Banker menjadi saksi pertemuan mereka bagi melepaskan rindu yang terisi di hati . Walaupun hubungan mereka masih dikatakan terlalu awal untuk ke ikatan yang sah , namun hati kecil Amyra berbunga – bunga ingin menunggu lamaran si jejaka postman itu .

“ Awak… ” wajah putih langsat Amyra tertunduk memandang Latte kegemarannya sambil tangan ligat bermain straw di dalam gelas . Rona merah memekat di pipi gebu Amyra.

“ Kenapa , sayang ? ” Farhan menyedari perlakuan Amyra yang agak janggal dari biasa .

“ Err…Rasanya tak manis kalau kita selalu berdua macam ni jer… ” Amyra memberanikan diri bersuara dahulu . Hendak Farhan bersuara dahulu , mahunya jatuh Raya tahun depan juga tidak berbunyi .

“ So ? ” berlipat – lipat kerutan di dahi Farhan . Berpura –pura naïf .

“ Err…Kita adakan ikatan yang sah … Sebagai suami isteri ? ” Amyra memberanikan diri memandang jejaka berkumis nipis itu .

“ Hmm…Tak terlalu awal ke sayang ? Lagipun duitpun still unstable , ” riak wajah Farhan yang masih terkejut dengan cadangan Amyra . Amyra pula hanya tenang mendengar jawapan Farhan . Amyra mengangguk akur .

“ It’s okay…Saya tak memaksa . Inshaallah , saya sentiasa bersedia , ” senyuman manis menampakkan gigi yang teratur cantik milik Amyra .

Entah mengapa , sang hati terlalu menyayangi si empunya nama Farhan . Takdir Tuhan , mereka berhubung kembali selepas 10 tahun berpisah . Kali terakhir mereka bertentang mata ketika mengambil keputusan SPM sebelum keluarga Farhan berpindah ke Gerik , Perak .

Selama 10 tahun itulah , mereka tak pernah berhubung lagi , hilang jejak tanpa khabar berita . Kisah cinta monyet di zaman persekolahan mereka terputus begitu sahaja . Namun , arus masa menuntut mereka untuk mengikat kembali hubungan yang telah lama putus .

“ Sabar dulu ya sayang , ” Pandangan mata Farhan dilemparkan kepada Amyra . Sempat tangan kasar Farhan mencubit dagu bujur sirih Amyra . Tersipu – sipu Amyra menahan malu. Pipinya yang gebu sudah kemerah – merahan . Hatinya tidak semena –mena melonjak riang dibelai jejaka hati . Indahnya cinta …

“ One day , jari manis sayang ni akan bersarung cincin…So , kena sabar dulu…Okey? ” kini tangan kasar Farhan mula melingkar di jari – jemari runcing milik Amyra .

“ Err …Tak perlulah pegang – pegang sangat . Geli… ” Amyra meleraikan lingkaran tangan Farhan . Tidak selesa . Dirinya bukan anak patung yang boleh disentuh di sana – sini .

Astaghfirullah…, hati Amyra kembali sedar sebagai manusia biasa , seringkali alpa . Dia sedar maruah mestilah dipertahankan , tidak boleh dipergadaikan hanya kerana cinta . Haram sekalipun seinci bahagian tubuh disentuh oleh lelaki bukan mahram . Hatinya terasa berdosa .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience