BAB 4

Romance Completed 27213

“ Assalamualaikum mama…Good morning … ” sebaik turun dari biliknya terus Amyra menuju ke ruang makan . Sedang Datin Kayla menghidangkan sarapan , anak matanya tertumpu kepada penampilan Amyra yang berhijab biru tua dipadankan dengan blouse merah hati dan palazzo hitam berbelang biru muda , tampak ringkas namun mampu menonjolkan sisi feminin Amyra .

Namun kadangkala timbul tanda tanya di benak hati Datin Kayla , tiadakah sang lelaki yang perasan akan sisi feminin si gadis berbibir seksi itu ? Ditambah risau seorang ibu apabila anak perempuannya itu sudah menginjak umur 27 tahun namun tidak muncul calon suami ideal lagi .

“ Waalaikumussalam… Good morning . Awal hari ni Myr…Banyak kerja di pejabat ke ? Macam mana company ? ” Datin Kayla tidak berbasa – basi . Terus hal ehwal Perwira Holdings ditanyakan .

“ Yup . Banyak pengesahan projek pembinaan baharu kena diselesaikan . And of course your beloved company in excellent condition . So , just relax , ” genggaman tangan dengan tonjolan ibu jari ditunjukkan kepada mamanya .

Sejak pemergian suami tercinta pada 5 tahun lalu , Datin Kayla mengambil keputusan bersara awal daripada perkhidmatan di syarikat itu . Seluruh urusan syarikat diserahkan 100 peratus kepada 4 orang anaknya .

Selama 5 tahun ini , syarikat Perwira Holdings sukses di bawah pentadbiran 4 beradik yang komited terhadap bidang seni bina . Cuma kadangkala Datin Kayla akan bertanya hal ehwal syarikat dan memberikan nasihat dan panduan berguna sebagai bimbingan .

“ Myr tak ada calon lagi ke ? ” spontan soalan cepumas tersembul dari bibir Datin Kayla. Tersedak kecil Amyra dibuatnya ketika menghirup kopi panas . Geli hati Datin Kayla melihat reaksi anaknya itu .

“ Mama relax dulu . Nanti adalah …Tunggu jer…” sambil tersengih – sengih seperti kerang busuk , si anak bongsu menjawab . Amyra menggigit – gigit lidah menahan kebas di lidahnya .

“ I hold your word , ” nada tegas ditekan Datin Kayla . Di benak hatinya mengharapkan bukan penantian yang lama untuk melihat anak bertuahnya itu berkahwin .

Seorang demi seorang anak – anak Datin Kayla yang lain mula mengisi ruang di kerusi meja makan . Abang sulung , Habib sentiasa berkepit dengan isterinya mengalahkan belangkas . Kakak sulung , Sofea pula turun bersama suaminya sambil menuntun dua orang anaknya .

Kakak bongsu Amyra , Qystina yang paling lambat turun bersarapan memandangkan sedang sarat berbadan dua . Cemburu mula bergalau di hati Amyra apabila melihat kebahagiaan rumahtangga abang dan kakak – kakaknya .

Sememangnya dara ‘agak’ tua sepertinya mengimpikan kebahagiaan abadi menerusi ikatan perkahwinan . Amyra juga menyedari kerisauan mama tersayang terhadap statusnya yang masih single , namun Amyra tahu dirinya tidak perlu tergesa – gesa untuk mencapai okjektif hidupnya itu .

Tidak perlu sekalipun Amyra melatah dengan soalan cepumas sebegitu kerana penyelesaiannya hanyalah dengan janji manis . Hati kini mengharapkan kebahagiaan bersama Farhan , si jejaka postman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience