BAB 3

Romance Completed 27213

“ Macam mana date dengan mat postman tu ? ” , Wafa memulakan perbualan di telefon .

“ Okey. ”

“ Okey jer ? ”

“ Hayden… ”

“ Alright…Faham . ” melalui nada mengeluh Amyra , tahulah Wafa bahawa Hayden ‘mengganggu’ hidup Amyra untuk kesekian kalinya .

Namun Wafa lebih suka jika hidup Amyra diwarna – warnikan bersama warna – warna cinta si Hayden. Tidak pula hati kecil Wafa menyokong sepenuhnya perhubungan Amyra bersama Farhan walaupun penampilan dan perwatakannya yang boleh tahan ‘hot’nya .

“ Nak tanya itu jer . Dah pukul 11 ni . night ! Assalamualaikum , ” belum sempat Amyra membalas salam , panggilan dari Wafa sudah dimatikan . Panas hatinya apabila diperlakukan sebegitu oleh Wafa.

Perangai kawan baiknya itu sememangnya menjengkelkan , tanya straight to the point tanpa lencongan ke kiri mahupun ke kanan , selepas itu terus matikan panggilan . Teruk perangai . Amyra sudah menepuk – nepuk bantal sebagai persediaan untuk tidur . Kepala perlahan – lahan terlentok di bantal empuk . Mata semakin tertutup layu . Mengharapkan mimpi indah…

Tuhan…

Jagakan dia

Dia kekasih ku

Dan tetap milikku…

Tidak semena – mena susuk tubuh Amyra yang terbaring lesu terus bangkit mengejut. Dicari arah dari nada dering smart phonenya itu . Sememangnya nada dering Motif Band itu menandakan panggilan masuk . Smart phone yang dilitupi selimut terus disambut .

Nombor pemanggil tertera di skrin smart phone . Berkerut dahi Amyra nombor tanpa nama yang membuat panggilan pada tangah malam buta sebegini . Hayden ke ? Tapi aku tak pernah bagi nombor aku kat dia . Atau nombor baru Farhan . Tukar nombor tak informpun pada aku .

“ Farhan ? ” Amyra memulakan perbualan . Si pemanggil hanya diam . Tak semena – mena panggilan terus dimatikan oleh pemanggil .

“ Aik… Orang salah nombor ni , ” Amyra memujuk diri . Panas juga hatinya bila panggilan dimatikan begitu sahaja . Tubuh kembali dihamparkan di tilam queen size empuk .

“ Siapa pulak Farhan ? ” Hayden menggaru kepalanya yang tidak gatal . Keinginannya untuk berbual dengan Amyra di telefon terus terbantut apabila nama ‘ Farhan ’ terpacul dari bibir penerima panggilan . My God…Amyra dah berpunya ke ? , Hayden meneka . But , Aku tak boleh sia – siakan nombor pemberian Wafa ni…She must be mine ! Kata – kata yang membakar semangat Hayden . Thanks ,Wafa for your help .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience