BAB 7

Romance Completed 27213

Entah mengapa , rajin pula Amyra mengajak Wafa membeli – belah di Fahrenheit 88 Mall yang megah berdiri di Bukit Bintang . Walaupun perjalanan yang jauh dari Kiara Hills ke Bukit Bintang , namun digagahkan juga demi mendapatkan stok shawl yang terkini .

Semua shawl di almarinya sudah berkali – kali digayakan ke pejabat . Kadangkala ditegur juga dengan kakak – kakaknya di pejabat dek penataan shawl yang sama .

Hatinya tertarik ke satu tapak pakaian muslimah yang menyediakan lebih banyak pilihan shawl . Ligat tangan Amyra membelek satu – persatu shawl di situ , namun tidak menepati citarasanya . Melangkah pula ke longgokan selendang di sebelah , belekan demi belekan dapatlah shawl bercorak geometri berona hijau tua dan rona putih berline merah .

Seterusnya ke longgokan shawl yang lain pula , dapat rona biru berbatik Jawa untuk Wafa sebagai penghargaan menemani Amyra di gedung pakaian itu .

Setelah hampir sejam membelek , senyuman puas tergaris di bibir . Dapatlah Amyra sebanyak 5 helai shawl manakala sehelai dihadiahkan kepada Wafa yang membeli 2 helai tudung bawal . Langkah terus diayun membelah sesakan manusia yang sibuk membeli – belah , melencong pula ke kedai kasut .

Satu – persatu kasut wanita disesuaikan dengan saiz dan citarasa mereka , dari high heel , wedges , high boot , ballerina sehinggalah ke potongan pointed toe . Tidak semena – mena , Amyra merasakan ada sesuatu yang mencuit betis kanannya . Terus Amyra mengalih pandangan ke betis kanannya . Amyra tersenyum mesra .

“ Nampak tak baba mama Aya ? ” , seorang kanak – kanak rambut bertocang 2 secara tiba – tiba menegur Amyra . Berkerut dahi licin Amyra mendengar soalan kanak – kanak itu. Anak siapa pulak kena tinggal bapak ni ? , Amyra menggaru kepala yang tidak gatal .

“ Adik cari baba mama ? Nama adik siapa ? ”soalan dibalas dengan soalan .

“ Aya! ”, bibir mongelnya petah menjawab . Senyuman manis Amyra tidak lekang di bibir apabila melihat wajah kudus itu . Mungkin itu hanya nama timangan , Amyra meneka . Dilihat kepada saiz tubuhnya pula mungkin 5-6 tahun , kesimpulan dibuat .

“ Kena cari kaunter perkhidmatan pelanggan laa macam tu . ” , Wafa memberi cadangan .

“ Ada ke kat sini ? Kat mana eh ? ”

“ Tanya aku pulak ! Kau yang selalu shopping sini ! ” , panas hatinya bila Amyra hanya tersengih seperti kerang busuk selepas tanya soalan bodoh .

“ How cute is she… ” , sempat pula Wafa mencubit pipi tembam Aya . Naik merah pipi Aya dicubit dua sekawan itu . Sudahnya tidak jumpa juga kaunter perkhidamatan pelanggan .

Ditanya kepada pengunjung lain juga hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu – menahu . Akhirnya dua sekawan itu bagai orang bodoh kesesatan jalan , mencari oasis di dataran luas padang pasir .

“ Aya ! ” , suara panggilan yang nyaring di balik kesesakan manusia . Serentak tiga kepala berpusing 180 darjah ke arah pemanggil itu . Terus Aya berlari – lari anak sambil ketawa riang mendapatkan ibu bapanya . Amyra dan Wafa tersentak .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience