BAB 8

Romance Completed 27213

“ Ini baba mama Aya ! ”

“ Awak …Baba Aya ? ” , terasa tubuh itu lemah ,mahu longlai menyembah lantai gedung pakaian itu . Farhan hanya dengan reaksi wajah yang selamba pada zahirnya namun juga tersentak .

“ Introducing , my beloved wife , Irwani and my beloved Aya . ” , Farhan langsung tidak mengerti akan perasaan Amyra yang melihat Farhan merangkul bahu si isteri yang mula kebingungan . Hancur berderai sebuah hati yang dibina dengan cinta yang setia dihempas kekecewaan . Bahagia hati Farhan dapat menghancurkan hati seorang wanita !

“ So , selama 5 bulan ni hanya permainan cinta kau semata – mata ? Wow…Tak sangka betapa bodohnya aku ni . Aku ni perigi cari timba laa ya ? Kau memang hebat . ” , tiada lagi berawak-saya dengan jejaka bajingan itu . Amyra berlagak tenang di hadapan Farhan .

Tidak mahu sekalipun dianggap wanita , makhluk yang lemah . Percakapan Amyra hanya bersahaja dan tenang sekalipun hatinya kini diselubungi bahang kemarahan . Lantaklah dia dikatakan hypocrite sekalipun kerana tidak mahu ‘ pertengkaran halus ’ mereka menjadi perhatian orang sekeliling yang lalu – lalang . Tidak mahu juga Aya yang tidak bersalah mengetahui babanya seorang penipu !

“ Awak yang terhegeh – hegeh . Last – last tak terkejar juga . ” , bibir Farhan menguntum senyuman mengejek terhadap Amyra . Amyra membalasnya dengan senyuman tawar .

“ Wait . What happen here . I need enlightenment ! ” , Irwani yang kebingungan mula masuk campur .

“ Baba cakap apa , mama ? Aya tak faham… ” , Aya mula bersuara . Wafa melihat Irwani yang kebingungan , lalu dibisikkan satu – persatu tentang skandal Farhan dan Amyra , dikhuatiri Aya akan terdengar . Bukan niat Wafa untuk masuk campur , namun demi mengelakkan salah faham .

“ Ooo… Menggatal ya ? ” , serta merta riak wajah lembut ayu Irwani berubah kelam . Kening sebelah kanannya diangkat . Segumpal penumbuk digenggam . Nanti kau ! Berani – berani mainkan perempuan ya ? Tak tahu aku ni siapa ! Bentak hati Irwani . Mata bening milik Irwani mula memerah . Aya kebingungan melihat reaksi pelik mamanya itu .

“ Thanks for your lovegame . Appreciate that . ” Tubir mata seboleh – bolehnya ditahan dari mengalirkan air mata . Lebih baik segera angkat langkah sebelum kantoi !

Perlahan – lahan Wafa menarik tangan Amyra dan berlalu pergi . Wafa tahu sangat Amyra terlalu merana sekarang . Langkah lemah Amyra digagahkan untuk keluar dari Fahrenheit 88 .

Bok bok bok ! Bergema di satu gedung beli belah itu . “ Adoh !!! ”

“ Tak payah pandang . Biasalah tu . Si bini hempuk kepala si suami dengan bag Pradanya. Bertubi – tubi pulak tu . Dah naik tanduk si Irwani tu . Nasib Irwani dapat suami macam tu , kesian . ” , bisik Wafa di telinga Amyra . Terkekek – kekek Wafa di sebelah Amyra . Bibir mongel Amyra mengukir senyuman puas . Nasib kaulah Farhan !

“ Biar aku drive . Tengok kau ni dah pucat sangat ni . Kau just rest and relax . Just Let bygones be bygones . ” Amyra mengangguk lemah dengan cadangan Wafa .

Mata dibuka perlahan – lahan . Terasa curahan cahaya pendaflour menyilaukan mata .

Share this novel

mahanum
2020-06-17 08:44:31 

kenapa cerita x habis?


NovelPlus Premium

The best ads free experience