BAB 7

Romance Completed 4933

‘’Maf sayang, kali ini saya memang mengaku bersalah ya benar itu sms dari Laila tapi sayang perlu tahu yang saya dah jawab kat dia saya tak dapat bertemu dengannya kerana ada tugas yang perlu diselesaikan.’’

“Bohong! Abang bohong pada saya!” Marah isteriku semakin menjadi-jadi dan kali ini lebih histeria. Dia berlari menuju ke dalam bilik. Aku segera mengejarnya. Aku melihat isteriku sudah membuka almari pakaian dan mengeluarkan pakaian dari dalam almari. Satu persatu pakaian yang berada di almari dikeluarkan hingga berserakan di lantai bilik tidur kami.

“Apa yang sayang cari?” tanyaku.

Isteriku tidak mengendahkan pertanyaanku, dia masih lagi membongkar lalu melemparkan satu persatu isi perut almari tersebut.

“Ini, bang ini! Ini bukankah baju putih pemberian Laila yang buat abang masih gila bayang dan tak dapat lupakan dia kan? Abang pilih sekarang, abang hapuskan baju putih ini sampai hilang jejaknya di dunia, berhenti dari terus berhubungan dengan Laila atau abang boleh ucapkan selamat tinggal pada saya dan anak abang ini buat selamanya!’’

Ya Allah,permintaan yang sukar untuk aku jawab. Kerana kedua pilihan yang dibuat isteriku ini adalah sesuatu yang cukup berharga dalam hidupku dan mana mungkin aku dapat memilih salah satu daripadanya.

Andai kata aku memilih untuk membakar baju putih itu, itu bermakna aku akan merasa berdosa selama-lamanhya kerana baju itu adalah penberian Laila kepadaku yang harus ku jaga sehingga akhirnya. Jika aku tetap memilih untuk menyimpannya bermakna aku juga akan kehilangan dua insan yang bermakna dalam hidupku, merekalah hidup ku masa kini, dan juga masa depanku. Mereka yang sentiasa ada di kala susah mahupun senang.

“Jangan, sayang! Jangan bakar baju ini!”

“Baiklah bang, saya dah faham sekarang. Kalau inilah pilihan abang, saya dan anak akan pulang ke rumah orang tua saya,’’ ujar isteriku seraya menarik lengan anakku.

‘’Jangan sayang, jangan pergi, sayang dan anak adalah nyawa abang, abang merayu jangan.’’ Pintaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience