BAB 5

Romance Completed 4933

“Watch out!” teriak sekumpulan pelancing Mat Salleh.

Aku serta merta berhenti. Hampir saja aku dilanggar oleh sebuah motor yang melintas laju di hadapanku, mujur jeritan pelancong tadi menyelamatkanku kalau tidak mungkin dah arwah.

Aku menarik nafas lega demi meredakan kepanikan dan rasa cemas yang merajai dirku. Selepas beberapa saat cuba menenangkan diri aku kembali mencari isteri dan anakku semula. Semua jalan telah kulintasi, segala celah dan lorong serta kumpulan pelancong yang ramai telah ku cari namun sehingga kini aku masih belum dapat melihat kelibat anak dan isteriku. Aku berjalan dengan perasaan kacau bilau di sepanjang jalan di Pantai Kuta ini. Alunan muzik jalanan yang merdu tidak bisa ku nikmati, jerit pekik peniaga yang menawarkan cenderahati murah sudah tidak ku hiraukan. Aku hanya ingin segera bertemu dengan isteri dan anakku.

Aku sudah keletihan mencari mereka, akhirnya aku duduk bersandar di sebuah kerusi cuba untuk menenangkan diri sambil berfikir dimana keberadaan mereka. Tak semana-mena telefon bimbitku berbunyi. Aku segera mencapai dan menjawa telefon itu yang datangnya dari Pak Abu, pembantu peribadiku.

“Tuan Khalil, ada kat mana? Datang ke kereta sekarang, Puan Kina sedang menangis.’’

Lega sungguh hatiku saat mendengar panggilan telefon dari Pak Abu, ternyata anak dan isteriku berada dalam keadaan yang selamat. Namun jauh di lubuk hatiku ada rasa gusar yang bersarang kerana isteriku sedang menangis. Aku dapat mengagak apakah penyebab isteriku menangis, a[alagi kalau bukan insiden berpelukan dengan Laila tadi.

Setibanya di tempat meletak kereta, aku segera membuka kereta dan melihat isteriku sedang menangis dek terbakar api cemburu yang merajai hatinya. Aku tak salahkan isteriku kerana sekiranya aku berada di tempatnya pasti saja aku akan berbuat yang sama. Aku juga akan cembur melihat orang yang aku cinta sedang dipeluk oleh orang lain apatah lagi kalau orang itu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pasangan kita.

“Ayuh Pak Abu, kita berangkat pulang ke hotel!”

“Baik, Tuan.” Kereta Volvo yang dipandu Pak Samad meluncur laju meninggalkan Pantai Kuta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience