BAB 3

Romance Completed 4933

Aku benar-benar hairan dan bingung mengapa tiba-tiba sahaja dia bersikap sedemikian padahal har ini aku benar-benar perlu berjumpa client dan sedikitpun tidak berhasrat membuat perkara seperti yang dikatakan oleh isteriku ini.

“Jangan kata nak jumpa Laila, bekas kekasihku. Nak plan untuk bertemu pun langsung tak ada,’’ getusku dalam hati.

Ya memang benar aku pernah berkencang dengan Laila, tapi itu Ya Rabbi dah lebiih sedekad iaitu 15 tahun yang lalu sebelum aku bernikah dengan isteriku. Ya kami saling berkasih sayang namun Laila curang padaku dan lari dengan lelaki lain. Aku hanya dijadikan sekadar sandaran di masa perlu saja padanya dan akhirnya aku memilih untuk memutuskan hubungan kami berdua.

Selepas bernikah dengan isteriku, aku sudah tidak pernah lagi bertemu dengan Laila. Segala kenangan antara kami sudah ku hapus dari ruang emmoriku, untuk apa ku kenang benda yang menyakitkan dan tak penting. Hanya tinggal sehelai baju warna putih pemberiannya ku simpan sebagai kenangan dan menjadi simbolik bahawa dia telah kuputuskan cintanya dan akan aku simpan ia sampai bila-bila. Wajah cantik Laila yang dulu setiap saat selalu menari di ruang mindaku, selalu kuimpikan, selalu kulamunkan hingga namanya tidak pernah berhenti meniti di bibirku namun dia sudah hilang dari kehidupanku.

Namun Secara tidak sengaja, ketika aku dan isteri pergi bercuti di Bali, kami bertemu dengannya yang juga kebetulan sedang bercuti dengan rakan sepejabatnya.

“Abang Khalil??” tanyanya ingin kepastian,

“Ya benar,” jawabku.

Dan tanpa berbasa-basi, Laila wanita yang pernah singgah dalam kehidupanku terus sahaja memeluk diriku dengan teruja sambil bertanyakan perkembangan diriku. Aku kaget namun cuba menjawab sambil berusaha meronta meminta dilepaskan dari pelukan eratnya itu. Gila apa Laila ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience