BAB 6

Romance Completed 4933

Suasana di rumah masih mencekam jiwa. Isteriku seperti pagi tadi masih lagi dalam keadaan marah-marah yang sebabnya aku kurang jelas. Dia masih emnuntut kejujuran dan bertanyakan aku pelbagai soalan berbaur tuduhan beserta esak tangis yang membuat dia hampir sesak nafas. Matanya yang bulat masih lagi berlinangan airmata. Ya Allah hampir seharian dia menangis.

“Jawab soalan saya bang, adakah abang masih cintakan perempuan bernama Laila itu?!’’ bentak isteriku

“Awak ni dah kenapa sayang? Saya ini suami awak, dan wanita yang ssaya cintai di dunia ini hanyalah awak, Kina, isteri saya,’’ jawabku.

“Bohong! Jangan bohong bang! Tadi masa di bilik air, Laila ada menghubungi abang. Dari mana dia dapat nombor telefon abang?’’

Aku cepat-cepat menjelaskan dari mana Laila mendapatkan nombor telefonku.

‘’Abang ada bagi dia kad nama abang masa kita bercuti di Bali tempoh hari,’’

“Jadi lepas tu dia selalu telefon abanglah kan? Jawab bang!’’ gertak isteriku lagi sambil menahan esak tangis.

“Ya. Dia sering call abang tapi kami hanya bertanyakan khabar tidak lebih dari itu.’’

‘’Habis tu, ini mesej daripada siapa yang siap panggil abang sayang bagai ni ha? Siap sudah berjanji untuk bertemu dengannya di Restoran Jepun, apa semuani ni abang?’’ ujar isteriku sambil menghulurkan telefon bimbit kepadaku.

Kali ini aku benar-benar sudah tiada alasan lain lagi untuk menyelamatkan diri meskipun tidak berbuat salah, segala barang bukti sudah berada dalam genggamannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience