BAB 8

Romance Completed 4933

“Kalau begitu, abang hapuskan baju itu yang menjadi penghalang, pengganggu hubungan kita, tiada baju itu di dunia dan tiada lagi sebarang hubungan dengan Laila!’’ pintanya menjerit.

“Baiklah kalau itu apa yang sayang mahu, saya akan bakar baju ini,’’ jawabku mengalah.

Dengan hati yang berat aku melangkah ke tempat mebakar sampah di halaman luar rumah. Baju putih yang telah menyimpan kenangan masa lalu nan indah bersama cinta pertamaku bersama Laila kini sudah di hujung jalan. Segala memori pahit maun bersama akan aku hapuskan bersama baju putih ini.

“Maafkan saya Laila. Kau adalah masa lalu ku danaku tak sanggup melihat keluargaku musnah dan kehilangan insan yang aku cinta kerana kau dan ssegala kenangan tentang kau,’’ ujarku dalam hati.

Api sudah marak menyala. Baju putih jenama Fendi itu ku angkat separas dada dan kulihat api sudah meyentuh hujung baju itu namun anehnya baju itu tidak terbakar langsung. Selalunya kain jika disuakan pada api pasti terbakar. Aku mengusap airmata yang berjejeran di pipi sambil memeriksa kalau-kalau baju itu sudah terbakar atau belum.

Aneh! Ya baju itu sama sekali tidak terbakar dan tidak semena-mena muncul bayangan wajah Laila di sebalik lipatan baju putih itu. Dari raut wajahnya sekilas pandang itu dapat ku meligat dia sedang menangis memintaku agar jangan menghapuskan baju putih ini.

Cepat-cepat aku memadamkan api yang menyala. AKu tidak jadi membakar kemeja putih ini, segera aku menepuk debu-debu asap yang terdapat pada baju itu dan aku lipat dengan kemas kemudia menyimpannya di sudut paling tinggi almari agar tidak diketahui isteriku. Aku berjanji tidak akan menghubungi Laila namun aku tidak sanggup menghapuskan barang simpanan yang telah lama ku simpan ini. Ini adalah sebahagian daripada memoirku di masa lalu.

Bau asap yang muncul dari tempat pembakaran rumah menusuk di segenap penjuru rumah dan ku anggap ia berjaya menggelabui isteriku. Kepulan asap yang masuk di celahan tingkap singgah di hidung Kina dan seraya itu juga riak wajahnya mulai berubah menjadi tenang dan ada sinar kepuasan dari matanya. Isteriku pasti menganggap baju putih pemberian Laila itu sudah hapus dan lenyap dari muka bumi ini. Isteriku memohon maaf atas segala sikapnya kepadaku dan aku menarik nafas lega kerana semuanya sudah berakhir – buat masa ini. Aku dapat menyelamatkan rumah tanggaku dan dalam masa yang sama dapat menyimpan kenangan silamku yang telah jadi sebahagian dari hidupku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience