BAB 2

Romance Completed 4933

“Kenapa ni sayang?” tanyaku kepadanya. Namun dia diam memematung. Isteriku tak menjawab pertanyaanku meskipun hanya sepatah kata.

Aku menjadi semakin hairan dengan heran dengan sikap isteriku.

Mengapa dia bersikap demikian? Tidak pernah walau sekali dia bersikap aneh seperti ini.

Suasana dalam biilik sunyi sepi. Atmosfera hening menyelimuti pagi yang selalunya ceria. Seluruh isi bilik diam membisu tanpa suara dan reaksi isteri yang telah ku nikahi sejak 11 tahun yang lalu juga bebeza. Aku menjadi bingung dan perasaan ku tak tenteram mengenangkan sikap isteriku ini. Biasanya kalau dalam suasana pagi dan hanya berduaan seperti ini, kata-kata isteriku selalu berjaya menjentik hatiku dan buatku tergoda. Ada saja perkara yang membuatku ketawa. Tapi entah mengapa pagi ini ku ras adia seperti menjadi orang lain.

“Sayang cakaplah, apa dah jadi sebenarnya ni?” pintaku. Namun Isteriku tetap diam seribu bahasa. Dia puasa bicara padaku tanpa alasan yang jelas dan tidak ku ketahui membuatkan aku menjadi semakin berkecamuk.

“Baiklah kalau begitu. Abang nak gerak ke pejabat dulu ya, hari ni abang akan bekerja di luar pejabat sebab nak hantar dokumen kepada client hari ni.’’ Ujarku.

‘’Tunggu!’’ jerit isteriku seraya melompat dari katil cuba untuk menahanku.

“Abang ni nak hantar surat kat client kea tau nak jumpa bekas kekasih abang?’’ tanya isteriku dengan nada sinis.

‘’Apa maksud sayang ni?’’ tanyaku.

‘’Jangan buat-buat tak fahamlah abang, pandainya abang berlakon.’’

“Abang memang tak faham apa yang sayang cakapkan ni, cuba explain pad aabang.’’.”

“Haalah! Saya dah tahu semuanya bang, abang tak perlu berselindung lagi! Simpan saja lakonan abang tu untuk drama seterusnya.” Isteriku membuang muka lalu masuk lagi ke dalam bilik semula selepas habis memuntahkan lahar amarah dan perlinya kepadaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience