BAB 6

Drama Completed 1073

Dia terus menghampiri barang-barang aneh di atas meja itu untuk mendapatkan jarak pandangan yang lebih jelas. Semua perlatan itu belum pernah dia lihat dengan matanya sebelum ini. Oleh sebab itu, papa bertindak untuk mengunci dan melarang sesiapa masuk ke makmalnya itu.

Steven terus berjalan sambil melihat peralatan canggih yang tersusun di atas meja kajian papanya. Secara tiba-tiba, dia tersepak sebuah kotak besi berwarna emas di sebelah kaki meja. Kemudian, dia terus membuka kotak besi tersebut. Kelihatan banyak barangan pelik yang berada di dalam kotak besi itu.

Steven terus menyelongkar barang yang ada di dalam kotak besi itu. Setelah itu, tangannya tersingkap sehelai kain dan terus mengangkat kain itu. Secara tiba-tiba, kain itu menghilangkan tangannya. Dia sungguh terkejut, lalu mencampakkan kain itu ke lantai. Jelas kelihatan satu label pada kain itu. Steven terus mengambil kain itu semula.

“Invisible?”

Steven berasa pelik. Dia mencuba kain itu sekali lagi ke atas tangannya. Ternyata benar kain itu adalah kain halimunan. Setelah itu dia terus keluar dari makmal dan mengunci makmal itu semula. Dengan pantas kakinya berlari masuk ke dalam rumah menunju ke bilik.

Tiba sahaja di dalam bilik, Steven terus mengenakan kain itu ke atas badannya sambil berdiri menghadap cermin. Memang seperti realiti kerana kain itu dapat menghilangkan badan Steven daripada penglihatan. Dia terus terbaring di atas katilnya sambil memegang kain itu. Steven seperti memikirkan sesuatu sambil memerhati setiap permukaan kain yang cantik itu. Secara tiba-tiba dia mendapat satu idea.

Ketika itu, Steven telah masuk ke bilik Alford dengan memakai kain halimunan ke atas badannya hingga menutupi kepalanya. Kelihatan Alford sedang nyenyak tidur. Dia cuba menarik kaki Alford beberapa kali hingga mengejutkan Alford daripada tidur.

“Siapa tu?” soal Alford dengan perasaan terkejut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience