Steven mengulangai perbuatannya itu. Alford terkejut selepas terasa kakinya ditarik sesorang sekali lagi. Namun, dia langsung tidak melihat tubuh manusia yang berada di dalam biliknya.
Steven hanya ketawa di dalam hati. Dia berasa sangat lucu selepas melihat tingkah-laku Alford yang sudah takut ketika itu.
“Siapa tu? Jangan main-main dengan aku.”
Jerit Alford sekali lagi.
“Aku Steven,”
“Steven ?”
Alford terus bangun daripada tempat tidurnya. Dia cuba mencari-cari keberadaan Steven ketika itu. Namun, langsung tidak menjumpainya. Secara tiba-tiba, buku di atas meja Alford di angkat oleh Steven.
Alford telah mula berdebar dengan perbuatan Steven yang tidak dilihat olehnya. Kini, Steven dapat membalas perbuatan Alford yang suka membulinya di sekolah. Dia tidak putus-putus menganggu Alford dengan pelbagai cara sehinggakan Stepehen meracau-racau.
Ibu bapa Alford terus masuk ke dalam bilik Alford setelah mendengar suara anaknya yang menjerit-jerit ketakutan ketika itu.
Steven terus berhenti daripada melakukan perkara itu buat seketika. Dia tidak mahu menakutkan ibu bapa Alford. Stepehen terus di bawa keluar dari bilik. Mamanya menenangkan Alford daripada terus meracau.
Steven seperti berpuas hati menerusi lagaknya ketika itu. Kini, perbuatan si pembuli telah pun dia balas. Untung sahaja ada kain halimunan papanya itu.
Ketika di sekolah, Alford tidak lagi cuba menganggu Steven. Dia seperti sudah fobia dengan kejadian lepas yang menganggunya ketika itu. Alford tidak lagi mendekati Steven.
Kawan-kawannya yang lain memandang serong terhadap Alford yang sudah mula menjadi penakut. Steven hanya tersenyum melihat Alford seperti budak pengecut.
Share this novel