BAB 5

Drama Completed 1073

Setelah selesai bersarapan, Steven kembali ke bilik tidurnya. Dia terus menghampiri sebuah komputer yang berada di atas sebuah meja. Tangannya menyentuh laju pada papan kekunci tersebut. Jelas terpampang di skrin komputer tersebut satu game online yang diminati oleh budak remaja pada zaman sekarang. Sungguh asyik Steven melayan game tersebut sehingga beberapa jam.

Kini, kebosanan sudah mula bermain di keliling kepalanya. Dia terus menutup komputer tersebut. Kemudian, berjalan menuju ke tingkap biliknya. Matanya memerhatikan kawasan sekeliling dengan tajam sekali. Apabila bebola matanya meliar ke kawasan halaman rumah, dia ternampak sebuah makmal papanya yang berdiri kukuh.

Terdetik hatinya untuk terus keluar ke halaman rumah menghampiri makmal papanya. Ingin sekali untuk meninjau keadaan di dalam walaupun papanya marah jika ada sesiapa yang cuba masuk ke kawasan makmal.

Tiba sahaja di hadapan pintu makmal, Steven memerhatikan sebuah mangga yang tergantung di pintu itu. Berkelip-kelip matanya apabila melihat mangga tesebut dipanah cahaya matahari.

“Mana papa letak kunci?” soal Steven sendiri.

Dia cuba mengingat sesuatu tentang papanya meletakkan kunci makmal.. Dia juga pernah melihat papanya menyorokkan anak kunci tersebut.

“Oh, di bawah batu belakang makmal.”

Untung sahaja ingatannya kuat ketika itu. Tanpa membuang masa, dia terus menuju ke belakang makmal. Apabila dia mengangkat sebuah batu yang agak besar itu, kelihatan anak kunci yang sedikit tertanam di dalam tanah kerana terlalu lama dibiarkan di situ.

“Yes, pintu dah boleh buka.”

Kakinya terus melangkah masuk ke dalam setelah memulas tombol pada pintu.

“Wah,” Steven sangat terkejut dengan keadaan makmal papanya dipenuhi peralatan yang sangat canggih itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience