BAB 3

Drama Completed 1073

Ketika itu, memang sukar kata-kata sebenar yang ingin di lepaskan daripada mulut Steven. Kalau dia cuba memberitahu soal kawannya di sekolah, sudah pasti papanya akan ke sekolah pada hari berikut untuk membuat aduan. Tapi, dia langsung tidak mahu perkara seperti itu teus berlaku.

Secara tiba-tiba telefon berdering dengan nyaring. Sungguh lega perasaan Steven ketika itu.

Papanya terus menghampiri telefon dan mengangkat gagangan telefon dengan pantas lantas diletakkan ke telinganya. Ketika itu, mamanya masih lagi di hadapan Steven.

Dia seperti tidak sabar untuk mengetahui perkara yang sebenar.

“Steven, tell me now! Mama nak kamu cakap perkara sebenar sama ada kamu ke sekolah atau pun tidak.”

Steven menghembuskan nafasnya beberapa kali. Namun, kata-kata itu tidak juga terlepas daripada mulutnya. Papanya masih lagi sedang bercakap di dalam telefon.

Ketika itu, suatu bau yang tidak menyenangkan menyengat hidung mereka berdua. Dengan pantas, mama Steven beredar dari situ.

“Oh, no, my cake!” Mamanya sangat terkejut apabila melihat kek yang dibakar ke dalam ketuhar itu sudah hangus.

Kini, Steven terlepas dengan pertanyaan yang membuatkannya bercelaru. Tak lama kemudian, dia terus naik ke atas biliknya.

Matanya sempat mengerling ke wajah papa yang sedang bercakap di telefon. Papa seperti tidak kisah tentang Steven pada ketika itu.

Oleh itu, Steven terus memanjat anak tangga menuju ke biliknya.

Tiba sahaja kakinya ke dalam bilik tidur, dia terus menutup pintu. Kemudian, dia mengunci pintu tersebut untuk tidak membenarkan sesiapa masuk termasuk mama dan papanya.

Kakinya terus melangkah menuju ke katil empuknya. Sungguh malang nasibnya apabila mengenangkan dirinya yang suka dibuli oleh rakan-rakan sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience