Dalam hatinya, dia bukan tidak mahu untuk melawan rakan-rakannya, tetapi dia tidak dapat untuk membalas perbuatan rakan-rakan yang terlalu ramai menganggunya ketika di sekolah.
Steven terus terbaring di atas katilnya itu. Matanya tertutup perlahan. Dia terus tidur hingga di buai mimpi.
“Steven, mama dengan papa nak keluar dari rumah, mungkin juga malam nanti mama dan papa akan pulang.”
Steven terkejut dengan jeritan mamanya pada pagi itu. Dia hanya menganggukkan kepala. Kemudian, melihat jam ditangannya.
“Oh my.”
Dia terkejut kerana tidur seharian tanpa ada sesiapa yang mengejutnya untuk makan malam semalam. Untung sahaja ketika itu hari cuti. Dia terus menyelak selimut yang menutup badannya. Kemudian, bangun menghampiri tingkap biliknya itu. Sempat Steven melihat ibu bapanya yang telah keluar menaiki kereta. Harini dia berasa sungguh lega tanpa ada mama dan papanya yang asyik memarahinya.
Tak lama kemudian, Steven terus mencapai kain tuala yang tersangkut di ampaian. Melangkah pergi menuju masuk ke dalam bilik air. Selang beberapa minit kemudian, Steven keluar daripada bilik air dalam keadaan menggigil. Apa tidaknya mandi di waktu pagi yang sangat sejuk suhunya. Dengan pantas, dia terus mengenakan pakaian ke tubuhnya.
Setelah itu, Steven terus turun dari biliknya menuju ke dapur. Jelas kelihatan saji menutup meja makan.
‘Mama mesti masak sesuatu.’
Kata Steven di dalam hati. Sempat juga dia tersenyum sebelum membuka tudung saji yang terletak kemas di atas meja makan itu. Tanpa berlengah lagi, dia terus membuka tudung saji tersebut. Jelas kelihatan sepinggan sosej dengan ketang putar. Ia membuatkan Steven sungguh berselera. Dengan pantas, tangannya mencapai pinggan dan sebatang garfu di atas almari sebelah singki. Satu-persatu sosej dia cocok menggunakan garfu dan diletakkan di atas pinggan kaca itu.
Share this novel