HARI ini termasuk hari yang ke sepuluh, Steven di buli oleh kawan-kawan barunya di sekolah. Dia baru sahaja berpindah di sekolah itu sejak tiga minggu yang lepas.
Banyak perkara yang bermain di fikiran Steven tentang dirinya yang sering dibuli. Sedangkan dia tidak pernah menganggu rakannya di kelas, malah lebih mendiamkan diri tanpa ada mengeluarkan sepatah perkataan pun dari mulutnya.
Mungkin juga mereka cemburu melihat Steven yang sangat bijak apabila menjawab soalan yang ditanya oleh gurunya.
Mungkin juga dia budak yang terlalu nerd dengan berkaca mata bulut berserta seluar yang dinaikkan tinggi melebihi pusatnya. Steven hanya memendamkan perasaan sedih di dalam hatinya.
Steven pernah juga melihat dirinya di hadapan cermin besar di dalam bilik tidur, namun tidak ada yang pelik baginya. Cuma perwatakan dan pemakaiannya seperti ayahnya, iaitu Mr. Referd seorang saintis persendirian.
Ketika itu, Steven pulang ke rumah dengan pakaian yang sungguh kotor terkena tanah dan lumpur. Ibunya, Mrs. Lora sangat terkejut dengan keadaan Steven seperti pulang daripada kandang.
“Kamu pergi mana sampai kotor macam ni? Apa yang kamu buat? Kamu tak ke sekolah harini?”
Steven hanya menundukkan kepala. Dia tidak mahu melawan kata-kata mamanya itu. Dia juga tidak akan memberitahu perkara yang sebenar terjadi sewaktu di sekolah.
Kalau dia cuba membuka mulut tentang kes buli, sudah pasti mamanya akan terus marah padanya. Lebih baik dia terus berfikir seperti orang dewasa dengan kesesuaian umurnya enam belas tahun ketika itu.
Mamanya tidak akan menyimpan perkara itu sendiri. Dia akan mencari peluang untuk memberi tahu suaminya tentang anaknya seperti itu.
Share this novel