"Sya tunggu dekat luar dengan ibu, ayah nak undur kereta dulu," beritahu Saiful kepada Syafiqah. Mereka ketika itu baru hendak melepasi pintu utama hospital.
"Ok ayah," jawap Syafiqah sambil menolak kerusi roda ibunya.
Saiful mempercepatkan langkah menuju ke tempat parking bersama jinjingan beg pakaian isterinya. Manakala Syafiqah bersama ibunya menunggu Saiful di luar hospital.
"Ermm Diya, ibu ada benda nak tanya ni," perlahan sahaja suara Faizatul tapi masih boleh di dengari telinga Syafiqah.
"Kenapa ibu?" soal Syafiqah sedikit membongkokkan badan lalu mendekatkan kepala ke arah mulut ibunya. Sementara itu, tangannya masih memegang push handles kerusi roda.
"Diya sebelum ni....." terhenti percakapan Faizatul apabila dia melihat Saiful datang kembali kepada mereka berdua lalu menghulurkan telefon pintar kepadanya.
Sedikit berkerut dahi Faizatul. Hatinya tertanya tanya apa yang membuatkan suaminya berpatah balik kepada mereka berdua. Namun dia menyambut huluran dari lelaki itu walaupun teragak agak. Dia merasakan seseorang telah menelefon suaminya, namun tidak pula melihat siapa pemanggilnya. Lalu handphone tersebut di dekatkan ke telinga.
Syafiqah mempamerkan riak biasa di wajahnya. Kerana dia boleh mengagak siapa yang menelefon ayahnya.
'Aihhh, tak lain tak bukan ni mesti Tok Ma yang call ibu. Patut lah ayah patah balik, kena 'tembak' dengan airgun mulut Tok Ma lah tu' omel Syafiqah di dalam hati. Tetiba dia teringat perbualan ayahnya dengan Tok Ma di dalam kereta selepas ibunya dimasukkan ke dalam hospital tempoh hari.
Flashback..................
Dalam perjalanan menuju ke rumah untuk mengambil beberapa barang keperluan isterinya semasa berada di hospital, lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi barat, Way Back Home bermain di handphone Saiful yang berada pada dalam poket seluar. Deringan dari handphone itu mengganggu fokus pemanduannya.
Remember when I told you
No matter where I go
I'll never leave you side
You will never be alone
Even when we go through changes
Even when we're old
Remember that I told you
I'll find my way back home
'Hai la... Sapa pulak yang call ni' desis hati Saiful. Kemudian tangan kiri yang memegang stereng kereta dibawa menyeluk poket seluarnya.
Selepas mengeluarkan handphone dari celah poket, Saiful melihat nama gerangan si pemanggil yang terpapar di skrin telefon pintar. Dia menghela nafas, lalu menekan punat hijau dan handphone yang berada di tangan dibawa ke telinganya. Syafiqah yang berada di sebelah ayahnya hanya jadi pemerhati.
"Hello, assalamualaikum Saiful," suara disebalik telefon pintar itu memulakan bicara.
"Waalaikumssalam, ya mak kenapa?" soal Saiful kepada emaknya.
"Ishhhh hang ni lah, asal mak call Atul banyak kali dia tak angkat. Semalam mak call dia, dengaq suara macam dok tahan sakit. Ni hang dok mana," sergah Tok Ma di corong telefon pintar.
"Sabar mak sabar. Dah macam puting beliung dah, habaq satu satu," ujur Saiful sambil menggeleng kepala.
"Apa apa ja lah, hang tak jawap lagi soalan mak," balas Tok Ma
"Ni Atul dia masuk hospital. Petang tadi kebetulan orang dalam perjalanan balik rumah, Sya call orang cakap nampak Atul terbaring depan bilik air. Masa tu dia baru ja balik dari sekolah. Ni orang baru ja hantar Atul kat hospital, sekarang orang on the way balik rumah nak pi ambik barang Atul," terang Saiful.
"Allahu, patut la mak rasa tak sedap hati ja dari tadi. Tapi... mana orang gaji hang, bukan syiff dia sampai pukul lapan malam ka," soal Tok Ma serius.
"Dah dua hari makcik Nah tak datang, anak bongsu dia demam panas. Tu dalam dua hari ni orang balik rumah awal, takut jadi apa apa. Nak suruh jiran tengok tengok pun, dia balik kampung,"
"Haih hang ni pun, awat tak call habaq kat mak. Boleh mak ajak abah hang pi rumah hang jaga Atul. Berani hang tinggai Atul sorang sorang dekat rumah," kata Tok Ma dengan tegas.
"Sorry la, orang tak teringat pun pasal tu," jawap Saiful dalam serba salah. Syafiqah pada ketika itu hanya memasang telinga sahaja, walaupun samar samar kedengaran suara Tok Ma berleter.
"Hang memang lagutu, semua lupa. Mau tak lupa, hang kan 'kerja' 24 jam. Sampai keadaan bini pun hang lupa," tempias Tok Ma.
"Yalah, semua salah orang. Ada apa apa lagi ka nak tanya," balas Saiful malas selepas pasrah mendengar 'tazkirah' dari emaknya di kampung.
"Sya ada dengan hang ka, ira tahu tak Atul masuk hospital?" soal Tok Ma.
"Ada ni sebelah orang, pasal ira tu mungkin orang tak bagi tahu dia sebab peperiksaan Pt3 mula minggu depan. Takut ganggu dia belajar ja lah. Takkan mak tak tahu dia macam mana," jawap Saiful sambil memberi signal ke kanan.
"Hmm suka hati hang la. Nanti hang jangan lupa lepas Atul boleh keluar hospital, call mak tau. Mak nak pi rumah dengan abah hang. Habaq dekat Sya selalu baca al Quran, zikir dan jangan tinggai solat. Ni untuk pendinding diri. Hang pun sebelum masuk rumah baca doa," pesan Tok Ma panjang lebar.
"Ok, orang faham. Ni tak dak apa apa dah nak cakap. Ni orang nak sampai rumah dah ni," kata Saiful kemudian memulas stereng kereta masuk dalam kawasan taman perumahan.
"Tak dak apa dah, ingat apa mak pesan tadi," beritahu Tok Ma.
"Hmm ok, assalamualaikum," kata Saiful dan kereta yang dinaiki mereka berdua sudah hampir sampai di rumah.
"Waalaikumssalam," balas Tok Ma kemudian meletakkan panggilan terdahulu.
Selepas itu Saiful juga menamatkan panggilan antara emaknya. Sementara itu kereta berjenama Nissan X-Trail berwarna kelabu sudah sampai tepat di hadapan rumah dua tingkat itu.
Flashback end..............
Syafiqah kulum senyum apabila perkara tersebut berlayar di ingatannya. Jujur sahaja dia katakan, selepas peristiwa itu boleh dikatakan tiap tiap hari Tok Ma menelefon ayahnya.
Ada sahaja 'point' Tok Ma berleter dekat ayah. Ada suatu hari Tok Ma ingin melawat ibu dekat hospital , tapi atuk pulak ada urusan luar kampung beberapa hari. Katanya selepas ibu keluar hospital, Tok Ma dengan atuk nak datang rumah stay dalam beberapa hari. Lagipun, ibu memang dah biasa keluar masuk hospital, dah macam perkara biasa. Tapi sejak kebelakangan ni kerap pulak ibu masuk.
Apabila dia teringat waktu dia menjumpai ibunya rebah di hadapan bilik air, terasa darah menyerbu ke muka. Terus dia berlari menerpa ke arah ibunya. Tambahan pula melihat nafas ibu menjadi tidak sekata dan badan ibunya menggigil kuat, membuatkan setitis demi setitis air matanya mengalir di pipi.
Murah sungguh air matanya ketika itu. Nasib baik masa dia menelefon ayahnya dalam perjalanan pulang ke rumah sambil memangku kepala ibunya. Luluh hatinya melihat wajah pucat ibunya. Meremang bulu roma dibuatnya ketika itu apabila serasa ada hembusan angin di halwa telinga dari belakang walaupun berlapik tudung sekolah. Nak dialihkan tubuh ibunya belum ada kudrat.
Pada masa itu hanya zikir sahaja terlafaz di hati manakala mulutnya terkumat kamit membaca surah yang diingati. Tepat pada masa ayah datang ke arah mereka berdua apabila mendengar suara Syafiqah memanggilnya. Lalu Saiful mencempung tubuh badan isterinya di bawa ke kereta.
"Abang pergi undur kereta dulu, telefon nanti bagi dalam kereta," kata Saiful kepada isterinya. Kata kata Saiful dibalas dengan anggukkan kepala dari Faizatul. Lalu dia pun berlalu pergi ke tempat parking kereta.
Kedengaran suara Ayah mematikan lamunannya. Dia kembali ke alam realiti selepas mengimbau kembali peristiwa yang telah berlaku. Syafiqah sedikit menggeleng kepala.
'Awat la sejak kebelakangan ni aku kuat sangat berangan. Haishh' desis hatinya. Kemudian dia melihat kelibat ayahnya sudah hilang dari pandangan mata.
Selepas itu, dia memasang telinga mendengar perbualan antara ibunya dengan Tok Ma walaupun sudah sampai pertengahan perbualan.
"Hah, insyaallah esok mak dengan abah mai rumah hampa. Nanti mak bincang dekat Saiful pasal kenduri doa selamat tu. Mak ingat nak buat hujung bulan ni, masa ira balik dari asrama," suara Tok Ma kedengaran di sebalik handphone tersebut.
"Atul ok ja kalau nak buat kenduri doa selamat, benda baik kan. Rasanya kat rumah lama dah tak buat kenduri. Yang last pun dua tahun yang lepas masa hari raya. Lagipun ok jugak tunggu masa Ira balik," kata Faizatul dengan suara agak tersangkut sangkut.
Syafiqah menyedari perkara itu, cepat cepat mengambil botol air mineral yang terdapat di poket belakang kerusi roda. Kemudian dia membuka penutup botol air mineral lalu di suakan kepada ibunya.
"Nah ibu, air mineral," kata Syafiqah sambil menghulurkan air botol tersebut.
"Terima kasih Diya," ucap Faizatul perlahan sambil mengukir senyuman. Lalu dia menyambut huluran dari anaknya dengan sebelah tangan.
"Sama sama ibu," kata Syafiqah dengan membalas senyuman dari ibunya. Selepas air mineral selamat mengalir di tekaknya, Faizatul selepas itu menyerahkan kembali botol air mineral kepada anaknya.
"Atul dengar tak mak cakap ni. Awat senyap ja ni?" soal Tok Ma kehairanan.
"Dengar mak, tadi Atul minum air sat. Kering tekak ni," beritahu Faizatul.
"Ouh, ingat apa tadi. Risau gak lama diam,"
"Maaf la sebab buat mak risau," kata Faizatul sambil menggaru kening tidak gatal.
Baru sahaja Syafiqah ingin memasang telinga kembali, kereta ayahnya sudah ada di hadapan mereka berdua.
"Ibu, ayah dah datang," bisik Syafiqah kepada ibunya. Kemudian Faizatul mendongak memandang ke hadapan.
"Ermm mak, abang Saiful dah datang. Nanti balik rumah kita sambung lain ya, nanti Atul call mak guna handphone Atul," ujur Faizatul kepada ibu mertuanya.
"Cepat betul dia datang. Tak pa lah, mak pun ada benda nak buat ni. Mak letak dulu ya, assalamualaikum," kata Tok Ma di corong telefon pintar.
"Waalaikumssalam mak," balas Faizatul lalu menamatkan panggilan antara ibu mertuanya. Skrin telefon di tatap seketika sehingga tiada lagi cahaya yang terpancar dari skrin telefon pintar.
Sambil itu , Syafiqah menolak kerusi roda ibunya ke arah kereta di hadapan mereka berdua. Kelihatan pintu kereta dikuak dari dalam lalu Saiful menapak keluar dari kereta. Selepas itu, dia berjalan di sisi kereta untuk membuka pintu kereta pada bahagian penumpang di hadapan.
Syafiqah menolak terus ibunya ke arah pintu kereta yang dibuka oleh ayahnya.
"Ehhh ibu, boleh ke jalan ni?" soal Syafiqah berbaur kerisauan.
"Ibu ok jela Diya, pintu kereta sampai depan mata, kalau tak boleh jalan lagi tak tahu la," kata Faizatul sambil cuba untuk bangun dari kerusi roda. Saiful melihat perkara itu cepat cepat memimpin tangan isterinya masuk ke dalam kereta.
Sesudah sahaja ibunya memboloskan diri ke dalam kereta, Syafiqah menutup pintu terdahulu. Lalu kerusi roda ditarik kebelakangan dan dilipat olehnya. Kemudian, Saiful mengambil kerusi roda dari tangan anaknya lalu diangkatnya memasukkan ke dalam bonet kereta.
Selepas itu mereka berdua memboloskan diri ke dalam kereta. Dengan lafaz bismillah, bergeraklah kereta yang dinaiki mereka keluar dari perkarangan hospital.
_______________________________
Berbara hatinya disulamkan kemarakan api cemburu, apabila melihat kemesraan sebuah keluarga di luar hospital itu. Dia mengintai keluarga tersebut dari jarak jauh. Mulutnya terkumat kamit seperti menyebutkan sesuatu.
Urat merah halus yang berada di dalam mata mula menjalar keseluruhan bola matanya. Dalam hati telah sumpah seranah akan perkara itu dan percayalah akan ku kembali tak lama lagi...................
Sape mata burung hantu kita geng... Happy reading guys, tapi ada ke orang nak baca >< hihi hihi. Jangan lupe tinggalkan komen di bawah.....
Share this novel