Selepas kejadian peristiwa tersebut, gangguan demi gangguan berlanjutan berlaku pada ibunya. Boleh dikatakan setiap malam, ibunya akan meracau selepas jarum jam melepasi dari angka tiga pagi.
Bukan sahaja ibu yang terkena, malah satu rumah terkena tempias. Kadang kadang bunyi ketukan pintu masuk, suara perempuan mengilai, bunyi guli di syiling rumah, rasa seperti selalu diperhatikan, Errghhh....
Bukan sebelum ni tak pernah kena gangguan atau kejadian aneh dalam rumah, cuma saban hari lebih kerap 'ia' datang. Nasib baik makcik Nah sudah terbiasa dengan perkara ni. Lagipun makcik Nah bukan sehari mula kerja dekat rumah, tapi dah lebih dari sepuluh tahun.
Makcik Nah atau nama sebenar Aminah adalah bekas pengurut kampung. Tapi kalau di ikutkan hati boleh sahaja dia berhenti kerana dia juga turut terkena impaknya. Tapi dia tetap bekerja dengan keluarga ini sebab dapat majikan yang baik dan berniat nak tolong ibu, katanya lah...
Selama ini, apa yang berlaku di dalam rumah sudah menjadi kebiasaan baginya. Tapi diri sendiri ni lah yang tak biasa. Bukan tak pernah tengok 'dia', cuma agak menguji iman jugak lah.
Apa yang dilakukan oleh Ustaz yang datang minggu lepas pun sama sahaja apa yang dibuat ustaz lain sebelum ni. Cuma pagar rumah dan merawat ibu. Dari apa yang dikatakan oleh ustaz itu, ada beberapa makhluk 'tumpangan' di dalam badan ibu.
Bermula dari tapak kaki, pinggang pada paras pusat, bahu dan di kepala. Tapi Tak semua dapat dibuang begitu sahaja kerana 'ibu' santau sudah bersarang di dalam badan ibu sekian lama. Pada langkah pertama memasuki ke dalam rumah pun, ustaz itu merasakan aura panasnya rumah ini lain dari yang lain. Namun, ustaz tetap berusaha sebaik mungkin .
Tapi perkara itu tidak dinafikan bahawa kekacauan yang terjadi apa ibu semakin teruk. Dari sudut pandangan, 'benda' tu semakin bertindak agresif apabila setiap kali orang dari Darul syifa datang untuk merawat ibu. Badan ibu juga menjadi gatal gatal kemerahan pedih dan kering.
Sampaikan ada hari tu ibu memuntahkan serpihan kaca dan rambut bersamaan sedikit nanah di singki. Tambahan pula bila datangnya bulan mengambang, kesakitan yang dirasai ibu menjadi dua kali ganda.
Allahu, berkaca mataku melihat ibu menanggung derita yang ada di depan mata. Namun ibu tetap menghadiahkan senyuman buatku. Terasa lemah di kepala lutut. Teresak esak ku menangis di sebalik daun pintu. Amat perit dirasakan....
Tapi..... Selepas kedatangan Atuk dengan Tok Ma, apa yang terjadi pada ibu dilihat sedikit sebanyak memberi impak positif terhadap ibu. Mungkin ikhtiar dari Atuk dan Tok Ma. Selepas sahaja solat subuh dan maghrib, Tok Ma akan melantunkan ayat rukyah dan surah pilihan dari al Quran, begitu juga atuk.
Setiap hari badan ibu diselamuti dengan minyak bidara yang dibeli oleh Makcik Nah lalu diurut keseluruhan pelusuk badan. Tubuh badan ibu juga di jirus dengan hasil rendaman air dari daun durian dan air kolah masjid di ikuti dengan selawat. Akan tetapi, selepas beberapa seketika 'rasa' itu datang balik.. Sebab itulah, setiap perbuatan pasti ada balasan.
Di kala Atuk dan Tok Ma bangun subuh untuk menunaikan kewajipan sebagai khalifah di muka bumi, didapati lengan dan paha Tok Ma mempunyai kesan lebam berbentuk seperti gigitan, kadang kala berbentuk cakaran. Atuk pula sendi tulangnya berasa sengal dan lenguh.
Bila malam kian menjelma, Kadang kala mimpi yang enak bertukar menjadi menakutkan.
Kalau pasal ira, ada satu hari tu aku menelefonnya. Tujuan ingin menanyakan khabar berita. Tapi masa bercakap dengannya di corong telefon pintar, dia terdengar suara bisikan di sebalik suaraku. Tapi diri ini dah bole mengagak apa yang terjadi.
Haih sampai nak call pun kena kacau. Mesti hatinya di usik rasa curiga, cepat cepat ku menegah. Nasib baik sedikit sebanyak dapat mengurangkan rasa pelik itu. Tentu dia sedih sekiranya melihat keadaan ibu sekarang. Hurmmm....
Sementara itu............
"Sya........" laung satu suara di hadapan.
"Oi Sya, cikgu Asmah panggil kau tu," beritahu Hessa sambil menyiku kawan sekelasnya dilihat seperti mengelamun. Kata kata yang dilemparkan oleh Hessa seperti berbaur amaran. Tetapi semua itu tidak dapat menyedarkan Syafiqah dari dunia khayalannya sendiri.
"SYAFIQAH DIYANA!!" kuat suara itu memanggil namanya. Aih, tak sedar ke budak ni aku panggil dia.
Terangkat bahu Syafiqah apabila terdengar namanya dipanggil dengan begitu lantang. Pada ketika itu dia Pen yang berada dalam genggaman tangan terjatuh di atas meja. Serta merta wajahnya yang mengadap tingkap berada di tepi berpaling melihat si gerangan pemanggil namanya.
"Hah? y...ya saya, Kenapa," tergagap gagap Syafiqah bertanya kepada pemilik suara itu. Dia sedikit menunduk kerana perasan akan para rakan sekelas sedang melirik tepat ke arahnya. Dah macam artis...
"Saya panggil nama awak,tapi kenapa awak TAK SAHUT panggilan saya. Tingkap dekat tepi tu guru awak kah? Apa saya patung ke dekat depan ni..." kedengaran sinis saja suara cikgu Asmah. Jelingan tajam dihadiahkan kepada Syafiqah yang berada meja hadapan.
'Fuhhh, matilah aku. Dah la duduk depan, bola mata tu aku nampak macam nak terkeluar dah. Tu la kau, dalam kelas dia kau buat main main. Duk ingat benda dah lepas. Sekarang ni hadap la kau.....' sempat dia berseloroh di dalam hati. Wajahnya masih menekur di meja makmal biologi.
Kecut perut dibuatnya apabila cikgu Asmah masih tidak mengalih kan pandangan darinya. Dia merasakan tangannya mula berpeluh dan menyejuk. Nak bagi aku mati cepat ke apa...
Senyap............
Pakkkkk!!!
Terangkat bahu satu kelas apabila cikgu Asmah menampar meja makmal menggunakan pembaris kayu yang panjang. Sepi sahaja suasana kelas itu.
"Dah! Sekarang saya nak awak tulis formula bagi kalium dikromat dekat papan putih ni, SE.. KA.. RANG," arah cikgu Asmah sambil jari telunjuk diarahkan ke papan putih. Tegang sahaja suara guru itu memenuhi ruang makmal biologi tersebut.
"Baik cikgu," tutur Syafiqah dengan kepala masih menunduk. Tak berani nak face to face dengan Cikgu Asmah.
Dengan keterpaksaan Syafiqah bangun dari bangku yang menjadi tempat duduknya. Lalu menggerakkan kaki pergi ke papan putih di hadapan.
Maker pen digapai pada celah ruang papan putih di bawah, kemudian menulis apa diminta oleh guru yang mengajar subjek kimia.
Hanya bunyi deruan dari kipas angin sahaja pada ketika itu. Dah macam library...
"Sudah cikgu," ujar Syafiqah lembut. Kali ini sudah ada secebis keberanian untuk menatap wajah cikgu Asmah. Tona kulit hitam manis bersama solekan nipis menghias wajahnya. Sedap mata memandang. Muka yang tegang itu menjadi sedikit kendur apabila melihat apa yang ditulis oleh muridnya di papan putih.
"Betul tak apa yang rakan kamu tulis dekat depan ni.." cikgu Asmah tenang bersuara disebalik kesepian menghiasi di dalam makmal biologi itu.
Masing masing mengangkat muka yang sedikit menunduk. Lalu melihat apa yang ditulis oleh Syafiqah. Tuan punya tulisan masih berdiri tercegat di tepi papan putih.
"Betul cikgu..." satu kelas bersuara selepas melihat apa yang ditulis di papan putih.
"Dah, kamu boleh duduk di tempat duduk," beritahu cikgu Asmah.
"Terima kasih cikgu," katanya kemudian mengagangkat kaki pergi ke tempat duduknya. Sebelum sampai di kerusi..........
Kringgggggggg!!!!!!
Bunyi loceng sekolah menandakan waktu rehat sudah bermula. Namun langkahnya masih diteruskan.
"Ok sekarang ni, open the page ...........................," terang cikgu Asmah dengan tangan kiri mengangkat buku teks subjek kimia lalu tangan kanannya menunjuk apa yang perlu disalin di dalam buku tulis.
Masing masing sibuk memegang pensil untuk menanda di dalam buku teks.
"Dapat semua? Esok saya nak buku latihan ada di meja saya, ok. Sekarang bangun,"
Kemudian para pelajar yang ada di dalam makmal berdiri lalu mengucapkan terima kasih kepada cikgu Asmah. Selepas itu, berlalu seorang demi seorang keluar dari kelas cikgu Asmah, kecuali Syafiqah. Hessa masih setia menemani Syafiqah di sisi. Dia agak lambat kerana bertaburan pen dan correction tape di atas meja.
"Wey Sya, aku pergi dulu ah. Nanti jumpa dekat kelas tau," beritahu Hessa sambil menatap Syafiqah dilihat agak kalut mengemas alat tulisnya.
"Hah ah, Kau pergi dulu. Bai," balas Syafiqah sambil mengukir senyuman. Sementara kedua belah tangan membuat kerja.
Maka, berlalu lah Hessa keluar dari makmal biologi. Hanya tinggal Syafiqah dan cikgu Asmah sahaja.
"Maaf Sya, saya bukan bermaksud untuk mencampuri urusan kamu. Tapi kalau boleh jangan mencampur adukkan urusan peribadi dalam pembelajaran kamu. Awak ada potensi yang besar untuk meraih straight A dalam peperiksaan Spm yang akan datang dalam beberapa bulan sahaja. Oleh itu, bila berada dalam kelas, tak kiralah kelas saya atau cikgu lain, tolong fokus. Saya harap kejadian tadi tidak berulang lagi. Ok," tiada lagi riak wajah yang garang menghiasinya. Disebalik itu, hanya senyuman ikhlas diiringi dengan kata kata yang berupa nasihat.
"Baiklah cikgu, saya janji tak akan mengulangi kesilapan lagi. Maafkan saya kerana terleka semasa kelas cikgu berlangsung, saya minta diri dulu cikgu. Assalamualaikum," pinta Syafiqah dengan mengadap muka cikgu Asmah sambil terlukis senyuman di wajah. Lalu dia melangkah keluar dari makmal itu.
" Waalaikumssalam," jawap cikgu Asmah dengan melihat kelibat muridnya keluar dari kelasnya.
'Apa pilihan yang ada dalam diri ini. Mengatakan cukup mudah tapi yang merasainya hanyalah aku seorang. Mereka tidak berada di tempat ku, mereka tak merasa apa yang dirasai ku sekarang. Ya Allah, kau kuatkan lah hati hambamu yang hina ini untuk menempuhi ujian yang akan datang,"
Rintih suara hatinya...
_____________________________
Kelihatan patung itu dicucuk dengan jarum peniti yang telah dijampi kan. Kemudian dilayurkan dia atas nyalaan lilin berwarna merah darah.......
Happy reading.. Harap awak semua puas hati dengan chapter kali ni yer.... >.<
Share this novel