Bab 11~Sakit~

Drama Series 14445

"Celak* punya betina jalang, sebab hang plan aku tak jadi!" keluh Rozniah sambil mengibas wajahnya dengan hujung selendang hitam, yang tersangkut di batang tengkuknya. Dia menghenyak punggung di sofa yang berada di ruang tamu rumahnya, sebaik sahaja pulang dari rumah Tok Ma.

"Woi!! Bodoh la team ni. Dah la noob, lembab pulak tu. Hidup pun menyusahkan orang, bila nak mati aku tak tau la!!!"

Anak bongsunya yang mengambil tempat di sofa berhadapan dengannya dijeling dengan tajam. Dia merengus kasar sehingga menarik perhatian anak lelakinya itu.

"Sudah sudah lah tu, mak pergi pergi la seribu kali pun tak guna jugak," kata Nizam tanpa mengalihkan penglihatannya dari skrin telefon pintar. Kedua belah kakinya di silang.

Rozniah mengerutkan wajahnya. "Hang diam lah. Tau memekak ja dalam rumah ni, bangun tidoq tau bukak tudung salji. Bukannya nak pi tusyen dekat sekolah. Hang tengok sepupu hang hat lain, semua rajin belajaq. Dah la tahun depan nak SPM. Yang hang ni aku tak tau la sial apa melekat dekat hang," luah Rozniah kesal.

Nizam mengajuk kembali percakapan emaknya itu. "Habis tu, yang anak mak dua ekor tu berguna sangat ka? Sebelum cari kesalahan orang lain, baik tengok diri sendiri tu dulu. Mak sendiri pun tak betul, apatah lagi anak anak," balas Nizam tanpa ada rasa bersalah. Kedua bola matanya masih tertancap di skrin telefon, sementara mulutnya lancang dalam berkata kata.

Sedikit pun tidak terasa hatinya apabila emaknya sendiri berkata begitu kepada dirinya. Lagi dia melawan cakap adalah. Bukan apa, ini kerana dia sendiri sudah terbiasa dengan sikap emaknya, apabila berbicara langsung tidak memikirkan perasan orang lain bahkan darah daging sendiri. Kenalah dengan pepatah melayu, 'di manakah tumpahnya kuah kalau tak jatuh ke nasi'. Malah, dia langsung tidak kisah memegang title 'anak derhaka' sekali pun.

"Mulut hang jaga sikit nah, aku sepak mulut hang bersepai sat lagi. Hamboi..... Tenyeh cabai dekat mulut tu baru tau langit rendah. Kuajar punya anak!!" herdik Rozniah bersama jari telunjuk diarahkan ke arah Nizam. Panas pula hatinya setelah mendengar kata kata dari anaknya sendiri.

Nizam mencebik." Bising ar mak ni, berdebat dengan mak sampai kiamat pun tak habis. Ingatkan duduk dalam bilik ja hangat, dekat luar lagi hangat!! Nak main game pun tak senang," cepat cepat dia bangun lalu beredar dari ruangan itu.

Dengan sengaja Nizam menghempas pintu bilik dengan kuat sehingga menyebabkan bergema seluruh pelusuk rumah. Terhinjut bahu Rozniah akan karenah anaknya.

"Hah, hempuk la kuat kuat pintu bilik tu. Bagi lekang habih semua pintu dalam rumah ni. Pak hampa kan orang kaya, siang malam kerja sampai lupa balik rumah!!!" kuat suara Rozniah memerli Nizam walaupun dia tahu anaknya akan memekak kan telinga.

Dia menghela nafas berat. "Ada anak pun spesis tak guna. Dua orang macam biawak hidup. Sorang lagi harap ja anak dara, hilang mana pun aku tak tau. Semua ikut perangai bapak dia yang tak guna tuh, huh!!" penumbuk di kepal menahan geram.

Terlintas dalam kotak fikirannya akan jagung yang direbus dia atas dapur masak. Tanpa berpetah lama, segera dia berdiri lalu membuka langkah menuju ke ruangan dapur. Sementara itu, dalam ruangan fikirannya terlintas wajah seseorang yang takkan dia lupakan seumur hidup.

'Andai sahaja la hang masih hidup Irshad, mesti hidup mak tak jadi macam ni' bisik hati kecilnya. Tanpa sedar, air mata mula bergenang ni kelopak mata.

Rasa pilu mula bertandang di hatinya. Sakit yang tidak dapat diubati kerana ubatnya sudah terkubur bersama insan sudah tiada di dunia ini. Dengan kasar dia mengesat air mata yang tersisa di tubir matanya. Ya, dia harus memadamkan perasan itu, di sebaliknya perasaan dendam dan amarah terhadap seseorang makin menebal hari demi hari.

_______________________________

Kelihatan para pelajar sibuk mengulang kaji mata pelajaran yang akan masuk dalam peperiksaan percubaan SPM, dihadapi oleh mereka sebentar sahaja lagi.

Syafiqah bersama dua orang rakan sekelasnya mengambil tempat di kerusi diperbuat daripada simen, yang tersedia berhadapan dengan kios tak jauh daripada dewan peperiksaan.

"Wey Sya, kau study tak tajuk ni?" soal Irdina sambil menunjukkan nota ringkas yang dibuatnya pada Syafiqah.

"Alamak, mampus lah aku. Dah la aku tak study bab tu. Harini pulak last paper," celah Hessa yang berada di tepi Syafiqah.

Tergeleng kepala Syafiqah dengan rakan sekelasnya itu. 'Tulah... orang lain tengah ulang kaji, kau pergi main game pubg. Harini gelabah biawak study balik semua bab, haih..tak patut tak patut' desis hati Syafiqah.

"Nah, tengok tajuk yang aku dah catit dekat stick note ni," kata Syafiqah sambil menyuakan dua sekeping stick note bewarna pink kepada Irdina dan Hessa.

Mereka berdua menyambut huluran dari Syafiqah. Masing masing tekun melihat apa yang ditulis di atas kertas itu. Salah seorang mereka sedikit mengangguk.

"Urmmm even kau suka berangan dalam kelas, tapi kau dapat juga tangkap apa yang cikgu ajar noh," ujar Irdina dengan rasa kagum.

"Itu lah, kau ni memang terbaik ah. Untung dapat kawan macam kau ni," kata Hessa sambil membuat thumbs up kepada Syafiqah.

Syafiqah mengecilkan matanya."Ooo kalau aku ni tak cerdik, tak untung la. Macam tu?"duga Syafiqah dengan sengaja.

"Eh kau ni, mana ada! Aku tak kata apa apa pun," nafi Hessa bersama dahinya sedikit berkerut.


"Kan kan," tutur Irdina menyokong apa yang dikatakan oleh Hessa.

Tergelak kecil Syafiqah mendengar jawapan mereka berdua. "Apalah korang ni. Aku saja je nak test korang,"

Mereka berdua melepaskan keluhan halus. "Hish, kau ni. Ada ada je lah akal kau tu," kata Hessa sambil menyiku lengan Syafiqah.

"Auch, sakitlah. Siku kau ni macam lesung batu lah. Keras nak mampus," Syafiqah mengerutkan wajahnya sambil sebelah tangannya mengelus tempat yang disiku oleh Hessa.

"Ouh, Iya eh. Sorry sorry, kuat pulak aku tersiku kau," tutur Hessa sambil menggaru kening yang tidak gatal.

"Hah wei Sya, bukan tadi kau kata nak pergi dekat Hanisah ke? Soal Irdina.

Syafiqah jeda seketika. Selepas itu, secara drastik mulutnya membuat bentuk O diikuti jari dipetik. "Ops, aku lupa pulak fasal tu. Nasib baik kau ingatkan aku," jawap Syafiqah bersama tangannya menepuk lembut paha Irdina.

"Baik kau pergi sekarang, ada lagi berapa minit ja lagi sebelum kita masuk dewan,"

Syafiqah mengangguk perlahan. "Betul juga cakap kau, Hessa. Jap, aku kemas buku dulu," dengan ligat tangannya mengemas buku yang bersepah di atas meja tersebut.

Sebelah tangannya mendakap buku buku yang disusun mengikut mata pelajaran, manakala sebelah lagi menggalas beg sekolahnya bewarna hitam.

"Wei, nanti stick note bagi dekat aku lepas habis exam tau,"

"Aik, kau dah study ke semua tajuk?" soal Irdina hairan.

"Itulah. Nanti sebab kami duarang, kau terlepas bab pulak. Nah la, ambik balik," Hessa menghulurkan kembali stick note yang di ambil dari Syafiqah.

Syafiqah mengangkat tangan kirinya menandakan tidak mahu. "Ehh, tak payah payah. Semua benda aku dah tick dalam buku. Itu yang aku bagi dekat korang note tu. Dah la, aku pergi dulu tau, apa apa rojer lepas exam,"

"Nak rojer apanya cek kak oi, harini dah last paper. Aih, setakat bincang tu jawapan boleh la," balas Hessa spontan.

Tergelak kecil Irdina melihat perilaku dari rakan rakan nya. "Lebih baik kau pergi sekarang, nanti tak sempat pulak,"

"Hmm yelah, good luck. See you," Syafiqah menghantar lambaian kepada dua orang rakannya diikuti kaki di gerakkan menuju ke perkarangan dewan peperiksaan.

Hanisah yang berada di tepi dewan terlihat sedang bersembang dengan rakan rakan nya, sambil duduk bersila di atas permukaan simen. Beberapa buah buku mula di masukkan ke dalam beg sekolahnya kerana waktu peperiksaan akan bermula tidak lama lagi. Salah seorang rakan Hanisah ternampak figura Syafiqah sedang berjalan ke arah mereka, terus dia memaklumkan kepada Hanisah.

"Nisa, itu kawan kau Sya datang," kata salah seorang di antara mereka.

"Hah Iyaka, mana mana?" serta merta bola matanya meliar cari sahabatnya sebaik sahaja salah seorang rakannya memberitahu perkara itu. Namun dia tidak sedar akan Syafiqah sedang berdiri tegak di belakangnya.

Bahu Hanisah di sapa lembut olehnya. “Oi! aku dekat belakang kau lah,"

"Ouh kak limah!" latah Hanisah kerana terkejut si Syafiqah menyapanya secara drastik. Tergelak kecil mereka semua apabila melihat Hanisah yang sepertinya sensitif terhadap sentuhan.

"Hish kau ni!! Terkejut aku tau tak. Buatnya aku kena heart attack tadi, pishang kau. Dah la harini last paper," luah Hanisah sepertinya kesal dengan kejutan yang tak terduga daripada Syafiqah.

"Halahh, sikit je pun. Kau tu terlebih sensitif, masa dekat mall haritu bukan main kau sakat aku"

"Fine, aku salah. Dah, sekarang ni kau tunggu aku nak kemas barang jap," ujar Hanisah sementara kedua belah tangannya ligat menyusun buku mengikut subjek, ke dalam beg sekolahnya.

"Hmm yelah, cepat sikit. Aku tunggu kau dekat bangku kayu hujung dewan tau," beritahu Syafiqah sebelum dia menggerakkan kakinya.

"Ok... kau pergi dulu. Nanti aku follow kau,"

Kata kata dari Hanisah dibalas dengan anggukan perlahan dari Syafiqah. Tanpa berpetah lama, terus dia membuka langkah menuju ke tempat yang diinginkan. Sebelum itu, senyuman halus di lontarankan kepada rakan rakan Hanisah sebelum ia beredar.

"Wei, wei. Aku tengok cantik lah skin dia, agak agak dia pakai produk apa eh," ujar salah seorang dari rakan Hanisah.

"Kan... Tapi rupa dia pun boleh tahan. Macam ada kacukan gituww. Pandai pun pandai. Orang kata 'beauty with brain' hah," sambung seorang lagi rakannya.

"Hoi, kalau nak gosip pun tunggu la aku tak dak. Korang sembang macam aku ni tak wujud dekat sini, aihhh," bidas Hanisah bersama beg di galas ke belakang diikuti beberapa buah buku di dakap erat. Perlahan lahan dia bangun dari posisi asalnya.

"Halah Halah.. Puji je pun, benda baik kan"

"Kalau iya pun nak puji, jangan la tinggi sangat macam puncak gunung jerai. Dah la, aku chau lu. Apa apa nanti kita discuss lepas exam"

Seraya itu, Hanisah turut beredar dengan kadar segera, kerana waktu peperiksaan bermuka semakin hampir. Selangkah demi selangkah di buka luas menuju ke tempat yang ingin ia tuju. Tidak lama kemudian, susuk tubuh Syafiqah yang mengambil tempat di bangku terlihat sedang termenung tertangkap oleh kedua belah lensa matanya.

"Jauh termenung, ingat boyfriend ke?" sapa Hanisah terdahulu sebelum mengambil tempat di sebelah Syafiqah.

Pertanyaan Hanisah dibalas dengan senyuman nipis darinya. "Ada ada jela kau ni, siapalah nak dekat aku ni"

"Hek eleh, ada je orang nak dekat kau, tapi kau yang jual mahal," seloroh Hanisah membalas.

"Kita ni masih belajar, lebih baik tumpukan perhatian dekat pelajaran dulu. Daripada hidup bergelumang dengan dosa hasil dari couple tu, baik kau cari cinta dari Allah. Sah sah kau takkan broken punya. Ini tak, bila broken ja duk up status whatsapp macam kucing hilang anak" sindir Syafiqah pedas.

Hanisah berdecit perlahan. "Aku tau la kau perli aku, semua benda bodoh tu aku dah tak buat la. Saja je kau ni mengungkit. Dah la, lupakan topik tadi. Semalam, kau kata ada benda nak tunjuk dekat aku," dalih Hanisah menukar topik perbualan mereka.

Senyuman manis mula terlakar di bibirnya. Zip beg ditarik perlahan lahan. Syafiqah mengeluarkan sebuah buku latihan bersaiz A4 sebaik sahaja zip beg dibuka sepenuhnya. Sijil bewarna cream di ambil sebalik celah buku latihan tersebut. Kemudian, sijil tersebut diserahkan kepada Hanisah.

"Wey, series la kau ni. Macam tak percaya je," Hanisah sedikit terkejut selepas melihat apa yang tertera di sijil itu bersama mulutnya ditekup.

Senyuman halus mula terukir di bibirnya selepas melihat reaksi Hanisah. Secara drastik Syafiqah merebut kembali kertas itu dari tangan sahabatnya.

"Baca sikit sikit sudah la, bukan kau sorang je speechless. Aku pun sama macam kau bila teacher Yong bagi kertas ni, masa aku terserempak dengan dia dekat kantin tadi"

"Congrats we. Tapi...sejak bila kau join pertandingan ni sia, tak bagi tahu aku pun! Kalau tak boleh aku join sekali," sembur Hanisah diikuti mulut di muncungkan sedikit, menandakan kurang berpuas hati.

Keluhan kecil dilepaskan. "Ada lah haritu aku tengah syok layan drama, kebetulan time tu aku buat research study bab tahun lepas dekat pakcik Google. Tengah khusyuk feeling drama, tetiba keluar iklan about this competition.

Aku pun macam tertarik je, sementara ada fon dekat tangan. So aku pun join la. Dengar macam tak logik, tapi itulah realitinya. Tak sangka pulak aku champion," terang Syafiqah panjang lebar.

"Untung ler jadi orang cerdik ni, last minute pun menjadi. Jaga otak kau tu elok elok, nanti jadi kes Albert Einstein pulak," gurau Hanisah bersama kedua belah tangan di silangkan.

Ketawa kecil Syafiqah dibuatnya. Kalau tak merepek dalam sehari memang tak sah lah dia ni.

Kringggggggg!!!!!!!!!

Bunyi loceng mula kedengaran di seluruh pelusuk bagunan sekolah. Bagi murid menengah rendah, itu menandakan bahawa pembelajaran akan bermula tidak lama lagi. Lain pula irama melodi bagi murid tingkatan lima, yang bakal menjawap kertas soalan peperiksaan percubaan SPM. Beberapa orang pelajar yang berada di sekitar mereka mula bergerak ke di hadapan dewan.

"Dah la, kita stop dekat sini dulu. Kalau nak maklumat lanjut sila whatsapp petang nanti ye," seloroh Syafiqah bersahaja. Sijil yang berada di tangannya diselitkan kembali di buku latihan. Sesudah itu dia memasukkan buku tersebut ke dalam beg sekolah.

"Hmmm yela, aku pergi dulu lah. Nanti cikgu panggil nama orang nya tak dak pulak. Good luck beb, bai,"

"You to girl," ringkas Syafiqah. Bayangan Hanisah sedang berjalan semakin mengecil di pandangnya.

"HIDUP KAU TAK AKAN AMAN!" bisik satu suara misteri berbaur amaran di sebelah telinganya.

Segera dia berpaling ke tepi. Tidak ada apa apa melainkan beberapa pelajar yang tersisa, itu pun agak jauh darinya. Tanpa disuruh, bulu romanya mula meremang dengan tetiba. Suasana mula kedinginan luar biasa. Tanpa menunggu lama, dia pun ingin meninggalkan tempat itu. Akan tetapi...

Zappppp!!!!!

Terasa seperti kiraan detik jam terhenti seketika. Degupan jantungnya mula mengepam darah dengan laju bersama peluh mula merinik di dahi dan telapak tangan. Bulu roma juga mula meremang. Semua perkara itu berlaku secara automatik apabila dia menerima kejutan yang tak terduga di awal pagi.

Belakang badannya terasa seperti di libas dengan cambuk ekor pari berkali kali. Sakit dan perit dia rasakan ketika itu. Gigi diketap kuat menahan kesakitan yang teramat. Buku yang di dakap pada dada dipeluk dengan erat untuk mengumpul kekuatan yang tersisa.

'allahuu akhbar, sakitnya ya Allah. Aku memohon kekuatan darimu hilanglah kesakitan yang menimpa diriku ini. Permudahkan segala urusan aku untuk menjawab peperiksaan tanpa ada halangan ya Allah,' lirih suara hati kecilnya. Air mata mula bergenang di tubir mata, tapi ditahan dahulu.

Corak pernafasan diatur untuk mengurangkan mengurangkan rasa sakit. Air liur cuba ditelan terasa seperti tersekat di kerongkong. Air mata yang selamat jatuh ke pipi dikesat dengan kasar. Di gagah untuk berdiri, namun tulang rusuknya mula menggeletar dengan hebat. Segala doa dan selawat yang terlintas di fikirannya mula dibacakan.

Nasib baik mula menyebelahinya. Percubaan untuk berdiri akhirnya berjaya setelah beberapa kali gagal. Tubuh badan yang menggeletar mula beransur hilang. Di dalam hatinya memeranjatkan rasa syukur kerana doanya dimakbulkan. Selangkah demi selangkah dibuka walaupun agak perlahan. Dia harus cepat kerana sudah pasti para cikgu mula memanggil nama mengikut angka giliran.

Hanya sahaja, dia sudah lali dengan semua ini kerna bukan pertama kali jadi sebegini. Baru sahaja ingin mengecapi sekelumit kebahagiaan, namun rasa itu terbalan dengan kebencian dan khianat orang lain. Bilakah semua ini akan berakhir?

I'm back!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience