Ketika dalam perjalanan menuju pulang ke rumah, kata kata yang dilafazkan oleh ibunya ketika berada di luar hospital tadi berlegar legar di fikirannya. Pada ketika itu, dia berada pada bahagian belakang penumpang.
'Kenapa soalan ibu tadi something fishy je. Kalau tadi ayah lambat datang, tak lah aku fikir macam ni," bisik hatinya ragu ragu. Sementara itu ibu dengan ayahnya rancak berbual di hadapan.
"Lepas ni abang nak pergi mana?" soal Faizatul sambil memandang suaminya.
"Harini abang kena jumpa klien dari Negeri Nembilan. Nak bincang pasal projek pembinaan sekolah tahfiz tu. Lepas abang hantar Atul dengan Sya, baru abang pergi sana," terang Saiful tidak mengalihkan pandangan dari mengadap jalan raya.
"Ouhh.... Kalau tender dengan JPS dapat ke. Seingat Atul, abang beritahu pasal projek perparitan tu,"
"Budak office abang ambil jugak borang tender tu, ada dalam empat ke lima borang. Alhamdulillah, mungkin rezeki abang dapat dua projek dari lima borang tu," beritahu Saiful dengan sedikit mengukir senyum.
Syafiqah hanya menadah telinga sahaja. Terlintas dalam fikirannya timbunan kertas yang banyak di atas meja kerja, dah serupa macam gunung everest.
"Syukur, rezeki tak pernah salah alamat kan. Ehh lupa nak bagi tahu , mak ada cakap dekat Atul yang abang nak buat kenduri doa selamat. Mak kata nanti nak bincang pasal tu dengan abang," kata Faizatul dengan mata yang tak beralih dari menatap jalan raya di hadapan.
"Ouh pasal tu mak yang cadang dekat abang. Ingat nak buat hujung bulan ni sebab ira dah boleh balik. Peperiksaan Pt3 habis pertengahan bulan ni. Alang alang esok mak dengan abah nak datang rumah, bolehlah bincang pasal tu terus.
Mak dah inform nak datang esok kan?" soal Saiful dengan kereta yang dipandunya sudah masuk kawasan taman perumahan.
"Mak dah bagi tahu masa on call dekat hospital tadi. Dia ada kata nak melawat Atul dekat hospital tapi abah ada kerja dekat luar kampung," jawap Faizatul lalu jari jemarinya bermain antara satu sama lain.
Sementara itu, segenap perasaan aneh mula menyusup di dalam dirinya. Gigi diketap perlahan dan kelihatan peluh merinik pada dahi. Terasa sesak di dada. Ditambah pula dengan satu per satu anggota badannya menyeringai sakit seperti ada pisau dilemparkan ke arahnya. Dia terbayang kepalanya di hantuk ke dinding. Gusar hati dibuatnya apabila 'rasa' itu mula kembali. Berkerut dahinya, namun dia perlu mengawal riak wajah. Zikir sudah terpahat di hati apabila 'rasa' itu datang. Sabar jela oi....
"Cepat betul dapat inform, ok juga mak dengan abah datang. Selalunya kita je pergi rumah mereka," kata Saiful tetapi tidak perasan akan perubahan keadaan isterinya.
Selepas itu.................
"Berhenti ABANGGGGGGGGGG!!!..." jerit Faizatul lalu tangan kanan bertindak mencengkam pergelangan tangan suaminya.
Skertttttttttttttttttttttttt.............
Serta merta Saiful menekan pedal brek secara mengejut kerana tindakan isterinya tadi. Boleh berasap tayar kereta. Syafiqah yang tak bersedia akan perkara itu terus dahinya terhantuk pada kerusi kereta di hadapan. Agaknya boleh lebam dahi, mungkin ini akibat tak pakai seat belt. Sapa suruh tak pakai kan.
Faizatul pula sudah menggeletar satu badan, air mata seperti mahu merembes keluar. Mau terkeluar jantung Saiful apabila terdengar jeritan dari isterinya. Dah serupa kena histeria. Nasib la dekat belakang tiada kereta, kalau tak buta kena maki...
"Ab-ang.. A-ada budak berdiri tengah jalan tadi.... Dia se-senyum dekat Atul... Muka dia kena toreh... Tangan dia... pegang kepala orang. Darah ba-banyak sangat dekat baju dia," Tesekat sekat suaranya keluar dari mulut, bibirnya mula menggeletar. Jarinya ditunjuk ke arah hadapan.
Muka Faizatul menjadi pucat lesi. Kalau pisau ditoreh di wajahnya pun belum tentu keluar darah. Sebutir air mata pun selamat mendarat di pipi. Badannya menggeletar hebat, nafas juga menjadi tidak sekata, matanya dipejamkan.
"Mana ada budak berdiri tengah jalan tu Atul, kita boleh ex.id.en.t tau kalau ada kereta belakang kita," setiap bait kata sengaja ditekankan. Kalau hari hari macam ni boleh sakit jantung oi. Nasib dia ingatkan diri dengan keadaan isterinya sekarang. Terasa hebat getaran dari tangan isteri yang mencengkam pergelangan tangannya. Mungkin gangguan itu datang kembali, macam mana dia boleh tak perasan. Hurmmmm....
Berpinar sebentar kepala Syafiqah. Tangan kanannya memegang dahi yang terhantuk tadi. Kali terakhir yang terlayar di fikiran terdengar jeritan dari ibunya. Segera dia membuka mata lalu mengesot ke tengah bangku untuk melihat ibu. Hatinya menjadi sebak bila melihat ibu seperti dalam ketakutan. Lebih lagi air mata mula mengalir di pipi ibu.
"Ibu... Bawak mengucap ibu. Tarik nafas dalam dalam. Jangan takut ibu, ayah dengan Diya ada dekat ibu," kata Syafiqah cuba menenangkan ibunya yang dilihat masih trauma.
Saiful menggerakkan kereta ke sisi jalan. Dia memberhentikan kereta di situ dan menarik handbrake. Lalu menarik isterinya ke dalam pelukan. Tangan kirinya naik menepuk manja di belakang badan Faizatul manakala sebelah tangan mengusap kepala isterinya yang berlapik tudung bawal. Sementara itu mulutnya terkumat kamit membacakan sesuatu lalu dihembus di ubun ubun isterinya.
"Shhhhhh, tak ada apa dah. Benda tu dah tak ada, cuba tengok depan," bisik Saiful di telinga Faizatul.
Selepas itu Faizatul mengangkat wajahnya lalu membuka mata melihat di hadapan jalan raya. Pelukan dilepaskan. Dia jeda seketika.
"Sya tak apa apa ? Ayah tengok dahi tu mula merah dah, balik nanti jangan lupa tuam ais," sambil itu dia menyentuh dan membelek dahi anaknya.
"Ala sikit aje ni, nanti dia hilang sendiri," kata Syafiqah lalu menepis lembut tangan ayahnya.
"Ibu ok ke tak? Soal Syafiqah sambil melihat wajah ibunya yang kosong itu.
"A-ah, ibu ok. Nampak macam teruk dahi Sya ni. Maafkan ibu nak, ibu tak sengaja," jawap Faizatul selepas tersedar dari lamunan. Sebelah tangan mengusap pipi anaknya itu. Air mata mula bertakung di tubir mata.
'Allahhu... Hari ni pun aku dah banyak menyusahkan Saiful dengan Diya. Kenapalah hidup aku selalu macam ni. Mungkin ini balasan daripada masa lalu hidup aku' lirih suara hatinya.
"Ape ibu sedih sedih ni, Sya tak apa apa lah. Sepatutnya Sya yang risau keadaan ibu sekarang ni, dah takmao nangis nangis ni," kata Syafiqah sambil menyapu air mata ibunya yang sudah mengalir di pipi.
Saiful memberi ruang kepada dua orang insan kesayangan di depannya.
Dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi, dia lupa bahwa ada kerja yang perlu diselesaikan.
"Sekarang dah selesai semua? sebab ayah ada kerja lepas ni tau" Saiful bersuara bersama sedikit senyuman.
"Maafkan Atul bang, Atul dah banyak menyusahkan abang,"
Kata kata Faizatul dibalas dengan kerutan di dahi Saiful. Kemudian dia menggeleng kepala perlahan.
"Aih, kesitu pulak awak fikir. Tak pernah abang rasa semua ni membebankan abang. Awak dan anak anak ialah tanggungjawab yang di amanahkan oleh Allah. Perlu dijaga dan dibimbing. Dah lepas ni jangan kata lagutu dah, sekarang ni tutup topik ok," balasnya kemudian melihat di hadapan jalan raya. Lalu menekan pedal minyak dan meninggalkan tempat itu.
________________________
Pintu pagar itu dibuka luas dengan sendirinya. Kereta yang dinaiki mereka bertiga memasuki di halaman rumah dua tingkat. Pintu kereta yang terkunci dibuka secara automatik. Sebelum keluar dari kereta, button bonet kereta ditekan terlebih dahulu.
"Sya pergi naik atas dulu, biar ayah tolak ibu sampai ke bilik," beritahu Saiful kemudian melangkah keluar dari kereta.
"Ok ayah," balas Syafiqah pendek. Sementara itu dia menggalas beg sekolah dan tangan kiri pula memegang beg pakaian ibunya. Lalu dia menapak keluar dari kereta. Kelihatan makcik Nah menunggu di hadapan pintu masuk.
"Biar cik nah pegang beg tu," kata makcik nah sambil menghulurkan tangan. Beg pakaian ibunya sudah bertukar tangan dengan makcik nah.
"Cik nah dengar puan dah boleh keluar dari hospital harini,"
"Ha ah, ibu dah boleh keluar harini. Tu ada dalam kereta, ayah tengah bawak keluar kerusi roda dari bonet. Sya masuk dulu ya," jari telunjuknya diarahkan ke kereta. Selepas itu, dengan lafaz bismillah dia melangkah masuk ke dalam rumah.
"Eh jap Sya," pegangan dari tangan makcik nah memberhentikan langkahnya. Lalu dia berpaling muka mengadap makcik nah.
"Kejap lagi nak tak tuam ais dekat dahi tu. Memerah dahi cik nah tengok. Kalau di biar nanti lembam jadinya," pesan makcik nah. Tak mahu bertanya lebih lanjut kerana dia boleh mengagak apa yang berlaku.
"Hurmm boleh jugak. Tapi... nanti Sya buat sendiri la," balas Syafiqah sambil memegang dahi yang mula membenjol. Nasib baik esok cuti umum, kalau tak jenuh cover dahi dekat sekolah.....
"Ye lah, pergi naik atas bersihkan diri dulu. Nanti ais cik nah sediakan," katanya lalu melepaskan pergelangan Syafiqah.
"Terima kasih cik nah, ni buat Sya sayang ketat ketat dekat cik nah..." balas Syafiqah sambil melemparkan senyuman manis. Kemudian kakinya digerakkan untuk naik ke bilik.
"Kamu ni.. Ade ade jela. Kalau bab macam tu memang terserah dekat kamu. Sebelum masuk bilik baca bismillah ya, lepastu langkah guna kaki kanan. Jangan lupa tau," pesan mak cik nah di hadapan pintu masuk. Syafiqah pula sudah mendaki tangga.
"Tahu........." laung Syafiqah di pertengahan tangga rumah. Tergeleng kepala makcik nah dengan karenah si Syafiqah.
'sebelum sampai rumah lagi dah dapat 'hadiah'. Selepas ni apa lagi kejutan yang akan aku dapat. Sungguh ku berharap peristiwa yang lalu tidak terulang kembali... ' bisik hatinya lalu membolos diri masuk ke dalam bilik.
Share this novel