Sejadah di hadapan direnung seketika bersama alunan zikir di ulas bibir. Satu per satu ibu jari menarik buah tasbih yang terjuntai di tapak tangan. Sepenuh hati dia mendakap kitab suci al Quran di dada dengan sebelah tangan. Jam yang tergantung di dinding bilik menunjukkan lagi beberapa minit sebelum azan subuh berkumandang.
Hal ini sering kali dibuat jika memori hitam datang menerjah mimpi. Mungkin Sang Pencipta mahu mengingati supaya tidak mudah alpa dengan dunia yang fana ini.
Sekilas dia berpaling ke arah katil melihat adiknya lena dibuai mimpi. Sedikit sebanyak hati ni di sapa kecewa atas apa yang terjadi. Sejak dari kejadian itu, Ira berat mulut untuk bercakap dengan semua orang yang tinggal di dalam rumah. Sepatah orang tanya, beberapa perkataan sahaja keluar dari mulut.
Sikapnya dari seorang yang ceria, suka berceloteh bertukar menjadi seorang yang pendiam. Mungkin dia tak pernah tengok ibu kena rasuk sebelum ini. Sampaikan tak mahu tidur berseorangan dalam bilik, terpaksalah dalam beberapa hari ini dia berkongsi bilik denganku. Trauma mungkin?
Pasal ibu pula... selepas apa yang berlaku padanya, ibu tak sedarkan diri selama dua hari. Oleh itu, seorang ustaz dari perubatan darul syifa datang mengubati ibu sebaik mendapat panggilan dari ayah, sehari selepas kejadian buruk itu berlaku. Ustaz Latif memberi tahu dari apa yang dilihatnya bahawa orang yang hantar sihir ini mahukan ibu mati dengan cepat dan selama ini niat orang yang hantar hanya mahu menyeksa ibu semata-mata.
Tambah pula sihir yang dihantar bukan datang dari satu dukun ataupun bomoh. Allahu...Laju jantung ku berdetak pada ketika itu. Dengan apa yang menimpa ibu sebelum ini, segala sakit yang dihadapi. Rupanya niat orang itu hanya mahu bermain main sahaja...
Katanya lagi, bukan seorang sahaja yang mahu memporak perandakan keluarga ini. Pelbagai persoalan timbul di benak selepas mendengar penjelasan dari ustaz Latif. Hmm, haruskah hidup ini dikelilingi akan hasad dengki, tamak dan dendam dari manusia. Di manakah hati nurani seorang insan sebagai manusia, tak takut kah mereka dosa dan balasan dari Sang pencipta? Petikan ayat dari kitab suci al Quran pernah disebut oleh ustazah Munirah di sekolah datang menyapa minda.
(Sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada) SURAH TAHA, ayat 69.
Tatkala merenung perkara yang sudah lepas, terngiang giang di kotak fikirannya mengenai perbualan antara Atuk, Tok Ma dan ayah pada tempoh hari selepas sahaja doktor yang merawat ibu pulang. Pada ketika itu dia ingin pergi ke dapur untuk membasahi tekak selepas menghantar Ira ke bilik. Cuping telinganya menangkap suara Tok Ma seakan menahan marah. Lalu dia berjalan mendekati mereka bertiga tanpa sebarang bunyi. Dia berselindung di tepi dinding bilik tetamu.
Flashback......
"Macam mana boleh jadi macam ni?! Awat mak gan abah tak call orang ataupun ustaz," soal Saiful sambil sebelah tangan bertindak meramas kasar rambut, sebaik sahaja keluar dari bilik Isterinya. Serabut kepala otak dia rasakan.
"Mak dah call hang banyak kali, tapi tak dapat tau takk. Guna telepon cik Nah gan abah hang pun tak boleh. Call si Sya pun tak dapat. Dah la Atul tengah mengamuk masatu, cemuih aku tau dak dok call banyak kali," gerutu Tok Ma bersama sebelah tangan menayangkan jumlah miss call yang terpapar di skrin telefon. Sebelah tangan pula bertindak mencekak pinggangnya sendiri.
Dia merengus kasar, belakang tengkuk dipicit dengan sebelah tangan. Peluh dari tadi berlumba lumba keluar di tepi pelipis walaupun suasana dingin malam yang mencengkam. Pening mula dirasakan di kepala, masakan darah tinggi sedang mencanak naik. Atuk yang mengambil tempat di sofa dikerling dengan ekoran mata.
"Lama dah ka Atul jadi macam tu?" soalan tersebut diajukan kepada Atuk. Sesambil itu peluh di dahi dilap pada lengan baju. Dia mengatur nafas supaya oksigen sampai ke seluruh pelusuk tubuh badan. Lalu melabuhkan punggung di kaki tangga bersebelahan bilik tetamu.
Atuk melepaskan keluhan. Kedua belah tangan disilangkan pada dada, kemudian mata dipejam rapat. Kepala di geleng perlahan.
"Sebelum hang balik lagi bini hang dah jadi lagutu. Nasib baek abah gan mak ada kat rumah, kalau tak jenuh la hang. Silap haribulan hang sampai rumah, bini hang pulak yang keluar. Benda dah besa jadi, tak kan hang DAH LUPA kot?" dua patah perkataan sengaja ditekankan. Kata kata dari atuk yang bercampur sindiran telah membuat Saiful mendongak ke arahnya.
Berkerut dahi Saiful apabila cuba menghadam apa yang di dengari sebentar tadi. Dia tahu, atuk mahu mengingatinya tentang perkara yang pernah berlaku. Perkara yang membuatkan dia menjadi salah satu asbab utama atas perkara ini terjadi. Ahh... Cepat cepat dia menepis apa yang terlintas di fikiran.
"Mak gan abah dah sepakat nak bawak balik Atul kat kampung lepas ja hang hantaq Ira di asrama," celah Tok Ma di sebalik perbualan antara bapak dengan anak lelakinya itu.
Serta merta Saiful berpaling melihat ke arah Tok Ma yang berdiri tak jauh darinya. Dia melemparkan pandangan kepada Tok Ma seperti kurang mengerti apa yang di maksudkan emaknya.
"Aik, mak tak bagi tahu pun kat orang pasal ni. Suka suki ja buat keputusan sendiri" ujar Saiful senada.
Kedua belah mata Tok Ma disepetkan. "Hang ni kan, yang mak dok cakap la ni apadia? Hang tak tengok ka punya sikit teruk sakit bini hang tu," balas Tok Ma sedikit emosi.
"Nanti orang panggil lah ustaz mai rumah," perlahan dia bertutur. Lantai mozek berwarna putih marble direnung dengan pandangan kosong.
"Ustaz, ustaz.. Tu la keja hang. Mak tengok kebelakangan ni hang ambik mudah ja pasai Atul. Dah masuk lima kali Atul jadi lagu ni tau dak. Keja ja dalam kepala otak hang tu. Habis tu, hang nak suruh dia duk sini sampai manusia yang hantaq santau ni buat dia mati ka!
"Nahhh...." atuk bersuara memberi peringatan kepada isterinya agar tidak melebih lebih dalam berkata. Saiful pula seperti terkedu selepas mendengar bicara dari emaknya. Sedikit sebanyak apa yang dikatakan Tok Ma menusuk ke rongga jiwanya.
Tok Ma menghela nafas, lalu dia berjalan menuju ke arah anaknya yang duduk di gigi tangga. Bahu kiri Saiful di sapa dengan tangan tua itu.
"Haiiih.... Mak bukan apa, cuma kalau boleh hang izinkan lah Atul ikut mak abah balik kampung. Kita ikhtiar cara kampung pulak nah. Sebab mak tengok lagi lama Atul berubat dengan ustaz ustaz yang hang panggil, lagi teruk dia kena. Mungkin sementara ni dia kena duk jauh dari Epul.
Hati mak kuat mengatakan orang yang sama buat semua ni. Walaupun semua ustaz yang rawat Atul tak sebut nama, tapi firasat seorang ibu tak pernah salah kan. Orang lagutu dia tak pernah berubah Saiful, melainkan datangnya azab dari Allah swt,"
"Betul cakap mak hang Epul. Mula mula abah pun tak setuju dengan cadangan mak hang tu, tapi bila dipikir balik... Lebih baik kita wat gutu.
Dahulu pun macam tu jugakan, tapi dengan izin Allah Atul sembuh. Biar dia duduk kat kampung sampai dia sihat sikit," sampuk Atuk tanpa mengalihkan pandangan dari rancangan al hijrah di kaca TV yang baru dibukanya.
Selepas mendengar pendapat Atuk dan Tok Ma, akhirnya dia terpaksa akur dengan cadangan dari orang tuanya. Tangan Tok Ma di bahu disentuh lalu diusap lembut olehnya.
"Syafiqah nanti macam mana? Soal Saiful sambil menatap wajah agak berkedut di hadapannya.
Soalan Saiful dibalas dengan senyuman tawar dari Tok Ma. "Nanti pandai pandai mak cakap dengan dia, Sya pasti paham,"
"Kalaulah betul orang yang sama... Apa dia nak sebenarnya? Kenapa dia langsung tak bersyukur yang Epul tak sumbatkan dalam penjara. Kalau bukan sebab ihsan Atul, lama dah dia meringkuk dalam penjara," gumam Saiful.
"Jangan di ingat benda yang dah lepas sebab tak dapat merubah apa yang jadi la ni. Buatlah solat hajat, tahajud. Lama dah abah tak dengaq hang baca al Quran. Rezeki pun datang dariNya," pesan atuk selepas mendengar rungutan dari anak tunggalnya.
"Hmmmm," Pelipis di antara dua mata dipicit seketika. Nak buat macam mana lagi, haih.
Flashback end.........
'Apa yang dimaksudkan Tok Ma dengan atuk. Penjara? Dia penyebabnya semua ni... Siapa dia, arhh sakit kepala aih bila fikir semua ni' getus Syafiqah.
'Tapi... Mesti lama kan ibu nak stay dekat kampung, Allahu... kenapa boleh jadi sebegini hah' hatinya dilanda gundah apabila di fikirkan balik semua ini.
Azan subuh mula berkumandang di masjid berdekatan mengejut dirinya dari dunia khayalan sendiri. Dia bangun dari posisi duduk lalu bergerak ke meja tulis untuk meletakkan Al Quran dan tasbih yang berada di tangannya. Kemudian dia kembali ke tempat asal untuk menjalankan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini.
Sesudah itu, telekung yang tersarung di wajah dilucutkan. Kain telekung dilipat lalu diletakkan di atas tempat sidai sejadah.
Dia bergerak menuju ke katil untuk membangunkan adiknya. Tilam empuk itu dipanjat olehnya. Bahu Syahirah di tepuk lembut.
"Adik... Bangun adik, nanti terlepas subuh," ucap Syafiqah sambil melihat muka Syahira sedang diulit mimpi itu.
Berkerut dahi Syahirah apabila masa tidurnya diganggu. Perlahan lahan kelopak mata dibuka, wajah Syafiqah yang tersenyum dilihatnya sebaik sahaja kedua belah mata dibuka. Senyuman kakaknya dibalas.
Separuh badan ditegakkan. Getah rambut bewarna hitam yang berada di pergelangan tanga diguna untuk mengikat rambut agak serabai itu. Dengan langkah longlai dia menuju ke arah bilik air.
Bayangan Syahirah hilang dari pandangan matanya apabila dia menutup pintu bilik air. Hurmmm kejap lagi turun bawah la pulak nak alihkan sofa dekat ruang tamu, nanti orang masjid nak datang. Selepas itu dia turun dari katil untuk mengemas apa yang patut di bilik tidurnya.
KENDURI doa selamat berjalan dengan lancar tanpa ada sebarang gangguan. Kebanyakan mereka terdiri dari kalangan orang masjid dan jiran setempat. Kira kira lebih sepuluh orang yang datang.
Bungkusan plastik bewarna biru yang berada di atas meja makan direnung seketika. Terlintas di fikirannya ketika hendak packing semua bungkusan yang berisi makanan. Tergopoh gopoh Syahirah mahu mencedok nasi ke dalam bekas plastik sampai berselerak nasi di atas kabinet dapur. Tak tunggu lama, habis Ira kena peluru 'airgun' Tok Ma, aih Ira..Ira nasib ko lah.
Ibu pula macam biasa lah. Hanya terperap di dalam bilik kerana kudratnya untuk berjalan agak terbatas. Namun, jika dipandang dari sudut positif keadaannya sedikit membaik daripada sebelum ni. Tapi..... Entah la, kekadang dah macam air laut pasang surut. Hmm.....
Begitu cepat waktu berjalan sampaikan tak sedar, majlis ini sudah sampai ke penghujung. Setiap orang dalam rumah ini beransur ansur keluar dan juga tak lupa untuk bersalaman dengan ayah dan atuk di muka pintu masuk.
"Sya.... Hang tolong panggil pak hang mai sini jap," laung Tok Ma di sebalik ruang dapur.
"Ok Tok Ma," sahut Syafiqah lalu mula membuka langkah menuju ke arah mereka berdua di hadapan. Aih... untung si Ira tu, lepas buat kerja sikit ja terus lentang dalam bilik tidur. Aihhh padahal tolong cedok nasik ja pun, baloq liat (penyegan) sungguh. Tengok, kan dah terkeluar loghat utara....
"Kami semua balik dulu nah, assalamualaikum," ucap Pak Kassim selaku orang terakhir keluar dari rumah, sambil mengambit bungkusan plastik biru. Tangan Atuk digapai untuk bersalaman, diikuti juga dengan Saiful.
"Waalaikumssalam," spontan Atuk dan Saiful membalas. Satu per satu mula beredar dari kawasan rumah dengan menaiki moto legend kapcai.
"Ayah....." panggil Syafiqah di belakang Saiful.
Terus dia mengalihkan pandangan ke arah Syafiqah yang berlari anak datang kepadanya. "Awat Sya?" soal Saiful terlebih dahulu.
"Ni.. Tok Ma panggil ayah suruh datang dekat dapur," beritahu Syafiqah sebaik sahaja berada di depan ayahnya.
Tanpa menyoal banyak, terus Saiful melangkah pergi ke ruang dapur. 'Mesti ada apa apa ni' getus hatinya.
"Semua orang dah balik ke Atuk?" tanya Syafiqah sebagai pembuka bicara selepas ayahnya berlalu dari situ. Terlihat seperti soalan bodoh, yela... dah nampak tak dak moto dekat halaman rumah. Takkan ada lagi orang kut.
"Sebelum Sya sampai sini, semua orang dah balik. Ada apa Tok Ma panggil ayah hang tu," kata Atuk sambil mulut dijuihkan ke arah dapur.
"Entah lah, Sya pun tak tengok apa Tok Ma buat dekat dapur tu," balas Syafiqah bersama bahu diangkat sedikit. Ish semua benda tak tau, apa nak jadi lah.
"Ramai juga yang datang kan atuk," sambungnya lagi.
Kata kata Syafiqah dibalas dengan senyuman Atuk. "Besalah Sya, kalau kat kampung lagi ramai. Lepas ni, Atuk harap semua ni sedikit sebanyak dapat membantu ibu kamu tu, insyaallah,"
"Amin...... Dah la atuk, Sya pergi katup pintu pagar jap," pinta Syafiqah lalu selipar di muka pintu disarung dengan sebelah kaki terdahulu.
"Yelah, pergi lekas," balas atuk kemudian dia pun masuk ke dalam rumah tanpa menutup pintu untuk mengemas apa yang patut di ruang tamu.
Semasa Syafiqah hendak menutup pagar, kelibat seorang wanita dalam lingkungan 40 an berdiri di sebalik pokok tecoma yang ditanam tak jauh dari rumahnya.
Apabila serasa diperhatikan, serta merta dia berpaling melihat ke arah pokok itu. Tapi.... Apa dilihat tiada sesiapa pun di situ, entah kenapa hati ni yakin ada orang disebalik pokok itu. Hurmmm mungkin hanya perasaan saja kot.
Tanpa berfikir panjang, terus dia menutup pagar yang gah itu lalu menguncinya. Segera dia berlalu masuk ke dalam rumah. Lagi lama dia duduk situ, merinding bulu roma dibuat. Haih....
________________________________
Tika sepi malam yang indah dicemari dengan bunyi bunyian dari kelab malam yang membingitkan telinga bagi sesiapa sahaja yang berada di kawasan tersebut.
Lain pula bagi pengunjung tetap kelab malam yang ingin melepaskan apa yang terbuku di dalam jiwa mereka. Tanpa rasa bersalah kepada Sang Pencipta, sesetengah dari mereka meneguk air kencing setan yang sentiasa terhidang. Asalkan ada duit, segalanya boleh didapati di situ seperti wanita, bir, dadah dan sebagainya.
"Yowwww Sally..... How are you sweetheart?" ujar seorang lelaki berusia 50 an diiringi nada yang menghairah. Pipi mulus wanita itu dijilat dengan hujung lidah. Tangan kekar lelaki itu mula melilit pinggang rampingnya. Manakala sebelah tangan memegang botol arak.
Dia melepas keluhan. "For your information, Harini I ambil cuti. Simple word, I tak layan costumer malam ni," wanita itu menepis tangan lelaki yang mula meraba betis mulusnya. Air liur yang tersisa di pipi di lap kasar. Gelas berisi cocktail di atas meja disisip.
"Ehh, sebelum ni bukan main kau serah diri dekat aku. Badan kau ni dah barai la. Jual mahal konon... Puihhh," dia meludah di atas lantai, kemudian lelaki itu berlalu pergi dengan langkah terhuyung hayang. Habis orang sekeliling dirempuh.
'Diri sendiri jalan pun tak betul, ada hati kata dekat orang. Sepatutnya umur tu pergi masjid, bukannya lepak dekat sini. Silap hari bulan mampus pun dalam ni' desis hatinya. Dia menyangkut kembali tali bajunya sedikit melorot akibat pergelutan kecil tadi.
Dia membetulkan baju satin bewarna hitam yang menampakkan lurah dadanya. Dia menarik sedikit kain yang tersingkap di bawah walaupun baju tu hanya paras paha sahaja. Deringan telefon di dalam handbag menarik perhatiannya. Segera dia membuka zip handbag berbentuk bulat itu. Tersungging bibir tebal miliknya apabila melihat nama pemanggil.
Dia sedikit melibas rambutnya pada paras bahu itu dengan sebelah tangan. Punat hijau yang terpapar di skrin telefon di leret ke tepi. Handphone tersebut di dekatkan ke telinga.
"Hello beb, jadi tak esok malam pergi rumah Tok Abu," suara serak basah seorang perempuan di corong telefon memulakan perbualan.
"Jadi la... You tunggu I depan club ni esok," balasnya dengan penuh yakin.
"Alright, hah! Jangan lupa bawak barang yang dia suruh cari tu,"
"Dah cari pun, you pun sama. Dah la, you kacau I enjoy sekarang ni tau tak," ketawa halus mula kedengaran di sebalik corong telefonnya.
"Hahah ok, ok. Aku chau lu, bai," balas perempuan itu lalu menamatkan panggilan.
"Bai..," ringkasnya kemudian melihat skrin telefon sehingga tiada lagi cahaya yang terpapar di situ.
Senyum sinis mula terlakar di bibir munggil itu. Tak sabar aku nak tunggu esok, biar aku pula yang menggantikan tempat kau.......Faizatul.
.....
Jom meriahkan ruangan komen di bawah ^_^
Share this novel